Written by AbangNara | April 11th, 2014

Tahukah anda apakah permulaan hari yang baik untuk setiap manusia di muka bumi ini tanpa mengira bangsa, agama dan warganegara? Ya jawapannya tak lain tak bukan ialah sarapan pagi. Sesungguhnya sarapan pagi amat penting untuk memberikan tenaga kepada kita untuk mengharungi segala cabaran dan kerja yang akan dilakukan sepanjang hari. Tanpa sarapan, badan kita akan lesu, minda kita akan tidak cerdas dan akan rasa “bad mood” sepanjang hari.

milo breakfastday

Walaupun kadang-kadang terlepas juga untuk bersarapan, sejak kebelakangan ini Abang Nara akan pastikan sekurang-kurangnya meminum MILO panas dan roti kosong sebelum memulakan apa-apa kerja. Walaupun nampak “simple”, memang banyak perbezaan yang ketara apabila Abang Nara bersarapan. Rasa lebih ceria, tak rasa nak marah kerana lapar dan lebih bertenaga untuk siapkan anak Abang Nara ke “playschool”nya. Memang diri ini terasa lebih positif apabila memulakan hari dengan sarapan pagi.

milo breakfastday

 Abang Nara lihat kesedaran orang ramai mengenai kepentingan bersarapan pagi semakin meningkat selepas penganjuran MILO Breakfast Movement pada tahun lalu. Tahun ini, MILO sekali lagi kembali dengan aktiviti MALAYSIA Breakfast Day 2014 pada 20 April ini di PUTRAJAYA untuk  memastikan kesedaran orang ramai mengenai kepentingan sarapan semakin bertambah. Kali ini aktiviti yang bakal dianjurkan pasti lebih meriah, lebih menarik dan paling penting, sarapan pagi akan disediakan untuk mereka yang hadir.

milo breakfastday

Tahun lepas Abang Nara turut menghadiri acara MILO Breakfast Movement di UPM. Agak menyesal juga kerana tidak turut serta dalam acara larian yang dianjurkan. Walaupun sekadar memerhati, Abang Nara dapat rasakan keseronokan mereka yang berlari mengeliling UPM. Tenaga yang ada selepas bersarapan pagi haruslah dikeluarkan. Tak gitu? Untuk tidak menyesal sekali lagi, tahun ini Abang Nara akan pastikan turut sama berlari bersama ribuan rakyat Malaysia di MALAYSIA Breakfast Day 2014.

milo breakfastday

Kali ini Abang Nara rancang untuk membawa isteri dan anak tercinta untuk merasai sendiri kemeriahan MALAYSIA Breakfast Day 2014. Tak sabar nak bersarapan bersama-sama ribuan rakyat Malaysia sekaligus memulakan hari dengan “positive energy”. Makin ramai yang sertai, makin banyak “positive energy” yang akan terhasil. Kalau pagi-pagi dah ceria dan gembira, sudah tentu sepanjang hari pun kita akan sentiasa bersemangat. Tak gitu?

milo breakfastday

Ajaklah kaum keluarga, sahabat handai, rakan-rakan dan saudara mara untuk bersarapan pagi bersama-sama dan memulakan hari dengan “positive energy” di Putrajaya pada 20 April ini bersempena MALAYSIA Breakfast Day 2014. Sarapan ramai-ramai sudah tentu lebih menyeronokkan. Lebih-lebih bila dapat minum MILO panas daripada lori MILO. Pergh!!! Tak dapat bayang kelazatannya. Untuk maklumat lanjut, layari www.milo.com.my/breakfast.

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

30 responses to Jom Sarapan Pagi Bersama-sama Di MALAYSIA Breakfast Day 2014 20 April Ini

  1. zaia says:

    Sape yang suka minum milo tu,disamping itu perbanyakkan minum air ye.
    Sebelum najis anda menjadi begitu kerass hingga anda menyesal tak dikurniakan lobang bontot yang besar..
    Sumber: hasil perbualan bersama rakan2 mengenai pengalaman. Boleh dikira betul nie kerana rata2 bersetuju. Terima kasih

    0

    0
    • deen says:

      Yess! Betul dr pengalaman aku, tiap kali minum milo mesti ada masalah berak!
      kalau hari2 yg x minum milo xde plak masalah tu!
      aku ingatkan kau soarng je bermasalah mcm tu! bile tanye kat member2 ramai yg ckp serupa!

      0

      0
    • Anonymous says:

      Setuju !!!

      0

      0
    • BUNKFACE NO.1 says:

      bukan milo jer…minum susu pun berak jugak.
      milo+susu lagi lah berdouble kau berak. wkakakkkaa.
      tips dia utk elak berak cair…kau minum air teh kelat tanpa gula.
      tips utk elak sembelit…kau makan sayur sawi or buah byk2, confirm lawas.

      0

      0
  2. Olga says:

    YANG ADA MASALAH BUASIR N SEMBELIT TU AWK JE,SEBAB TU AWK BG NASIHAT KAT SINI

    0

    0
    • semilo says:

      Kah… kah…kahhh. . Lawak la korang bedua niiii..?

      0

      0
      • semilo says:

        Sebenarnya minum milo ni elok waktu pagi beri tenaga… complete breakfst kena la seimbang so tak ler susah nak ekk…ekk… tak tegamak aku nak ckp.. so far my health n mind sngt berkesan terutama dr segi fokus keje… ikut masing2 la mana yg terbaik .. apa pun makan kena seimbang…

        0

        0
    • zaia says:

      hahaha.!tolong yee..??
      bukan aku,aku x minat milo ok.
      Feveret aku mineral water.
      ko tak cayakan,sukahati ko la.haha

      0

      0
  3. nok gebuzzz says:

    btol la….mmg ramai org milo kena sembelit..hikhik!!

    0

    0
    • zaia says:

      yup!..kawan aku,aku pelik kalau dia buang air besar mesti lama gila.Selalu sangat. Dah tu dia memang suka minum milo.
      aku pernah dengar,milo boleh buat sembelit.
      so satu hari aku tanya dia kuat minum milo tapi kurang mineral water ke?Dia cakap ye. Aku cakap tu pasal ko taik keras.dia mengaku.dan selepas tu dia try minum mineral water banyak dan katanya dah tak ada masalah sembelit lagi~
      so terbuktilah kan.
      n disebabkan kes ini,masa bersama kawan2 pernah la kitaorang bertanya,dan dorang2 pun kata ‘ye’ sebab ada yang pernah macam tu. So takkan semua tu pakat2 nak menipu pulak kot.
      So itu je la info tak seberapa hari ini.tq.heuheu

      0

      0
      • Anonymous says:

        mayb kawan ko tu suka minum milo ais,sebab tu taik dia keras.
        aku Alhamdulillah tkde mslh taik keras walaupun minum milo.

        0

        0
  4. Ntah says:

    sarapan ni sampai malam ke?

    0

    0
  5. no worries says:

    Registration utk run da closed.

    0

    0
  6. aku says:

    klu da sampai mlm xname sarapan la pulak…hadoiiyaiiii…pengsan…!!!

    0

    0
  7. minah jambu merah biru says:

    minah jambu lebih suka sarapan ngan nasi sejok n laok semalam punye lagiiii kenyang !

    0

    0
    • Olga says:

      KENYANG KE MINAH JAMBU???CONFIRM KEESOKKAN NYE CIRIT BIRIT KAN MKN LAUK N NASI YG DAH BASI HAHAHA

      0

      0
      • minah jambu merah biru says:

        jangan masak laok yg lemak lemakkkkkkkkkkkkkkk laaaaaaaa masak laok yg sambal sambal macm ikan sambal ke tau sambal ke telor sambal ke mana ada basi huh ! tapi kalau masak laok lemak sebelom tido kasi panas dulu jadi dia tk basi hehe…..6 – 4 brape ? =

        0

        0
        • semilo says:

          Minah jambu.. olga.. ni da la tak reti masak… malas ke dapur nak panaskan lauk lps tu basi… dia salahkn lauk bkn dia salahkan dia yg pemaleh…. jngn mara olga… umah aku x basi pun.. tak pun ko letak la dlm fridge…. aper le kemahiran idup ko fail ler olga… jngn mare.. aku tak paham nape.. org susah nak ekk… ekkk.. minum milo … aku dr toddler sampai skrng milo… brain aku… badan aku… sngt cergas n cerdasss….. aku chek IQ .. Doc sampai cek 3 x tak caya… dia tnya awak tau IQ awk braper? Aku ketawa tak penting la.. EQ lg penting… Pagi mesti milo dr toddler..

          0

          0
  8. minah jambu merah biru says:

    ok semilo kalau kau tau 10000000000000,0000000000 – 20 brape ? =

    0

    0
    • semilo says:

      Kah..kah…kah….Kelakor lerrr… minah jambu ni… IQ aku boleh ler… tp bnyk nyer telur aym… maleh nak ngira … hu..hu…hu… ni ler yg di katakan IQ tinggi pun tak guna klu da pemaleh…. hihihihi. Kutuk diri sndri sblum kena kutuk…

      0

      0
  9. YAHUDILUVER says:

    NESTLE COMPANY YAHUDI BAGUSLAH KITE MELAYU SUPPORT DIORANG YEAHHHHHHH

    0

    0
  10. nira says:

    Asyik tuh, sarapan yang anget dan manis membuat energi semakin bertambah.

    0

    0
  11. Esok nak join nie.
    Nak rasa air milo yang lori bawa masa zaman sekolah dulu.

    0

    0
  12. mat nor says:

    wife saya rajin beli milo for her office. wife ni mmg suka sgt Milo sbb barcode milo yang jadi pujaan hati dia. sekarang milo buat promosi redeem patung dan jersi bola utk bulan 5 dan 6. dulu ms redeem van milo merasa jugaklah dia dapat koleksi van tahun tertentu.

    0

    0
  13. […] Jom Sarapan Pagi Bersama-sama Di MALAYSIA Breakfast Day 2014 20 April Ini (25) […]

    0

    0
  14. […] Jom Sarapan Pagi Bersama-sama Di MALAYSIA Breakfast Day 2014 20 April Ini (26) […]

    0

    0
  15. […] Jom Sarapan Pagi Bersama-sama Di MALAYSIA Breakfast Day 2014 20 April Ini (27) […]

    0

    0
  16. […] Jom Sarapan Pagi Bersama-sama Di MALAYSIA Breakfast Day 2014 20 April Ini (28) […]

    0

    0
  17. farid says:

    ok la minum milo……hari2 mau

    0

    0