Jom Sama-Sama Kita #DoMoreLah4Malaysia

Hiburan

Jom Sama-Sama Kita #DoMoreLah4Malaysia

Kelajuan Internet di Malaysia semakin hari semakin pantas. Kat rumah Abang Nara ada Unifi, jadi memang berdesup laju kalau melayari laman web. Internet kat telefon pun dah semakin bagus lebih-lebih lagi sejak ada 4G ini. Kalau tak menghadap laptop, Abang Nara mesti akan online kat telefon. Sehari rasanya tak kurang daripada 6 jam Abang Nara pasti akan menggunakan Internet. Fuh, lama jugak tue.

Namun fikir-fikir balik, apa yang Abang Nara buat selama 6 jam tue sebenarnya? Hmmmm. Selain daripada update blog untuk bacaan anda, selalunya diri ini akan tengok Facebook, Twitter dan Instagram. Itu jerlah kot. Kadang-kadang layan lagu Korea kat YouTube. Sedih juga bila Abang Nara menyedari apa yang diri ini lakukan. 6 jam semata-mata nak tahu perkembangan orang lain dan update perkembangan sendiri untuk orang lain baca. Agak membazir masa juga sebenarnya.

Advertisement
mdec domorelah

sejak ada baby girl nie rajin plak update Instagram. Hehe

Dengan tahun 2014 yang sudah hampir ke penghujung, Abang Nara telah berazam untuk membuat sesuatu yang lebih berguna dan mampu memberikan impak positif kepada diri sendiri dan juga orang ramai terutamanya rakyat Malaysia. Tapi bukan mudah nak tukar mindset secara tiba-tiba begini. Maka Abang Nara pun cuba mencari inspirasi dengan membaca idea-idea yang telah dihantar bersempena kempen #DoMoreLah4Malaysia di Facebook Digital Malaysia (selaku seorang blogger memang wajib tahu tentang DigitalMalaysia).

mdec

Banyak idea-idea yang menarik perhatian Abang Nara. Kreatif juga rakyat Malaysia ini. Ada yang nak bantu badan kebajikan dengan mengambil gambar secara percuma. Ada yang nak letakkan rak buku di tempat-tempat awam untuk mengalakkan budaya membaca. Macam-macam lagilah. Idea yang paling menarik perhatian Abang Nara ialah daripada Naz Biz ini.
mdec

Simple dan cukup menarik kan? Brilliant sangat idea ini lebih-lebih negara kita memang perlukan lebih ramai rakyatnya yang mahir dalam bidang IT menjelang tahun 2020. Buat roadtour seluruh negara, anjurkan pameran, buat penerangan, tarik minat orang ramai dan terus boleh buat kursus yang akan berikan sijil apabila graduate. Kadangkala sesetengah rakyat Malaysia bukannya tak nak belajar, cuma tak ada akses serta tak tahu cara untuk mengikuti kursus-kursus sebegini. Dengan idea daripada Nas Biz ini, pasti akan memudahkan lagi orang ramai untuk belajar tentang ICT.

Bijak kan? Banyak lagi idea-idea yang best telah dikongsikan di Facebook Digital Malaysia sempena kempen #DoMoreLah4Malaysia ini. Contoh-contoh kejayaan yang terdahulu pun ada dikongsikan di laman web MDEC. Memang memberikan inspirasi sungguh. Terasa sangat diri ini membazir masa dengan sekadar online Internet dan tidak melakukan sesuatu yang mampu mengubah rakyat Malaysia. Kalau anda seusia dengan Abang Nara (31 tahun), kita kena berubah mulai hari ini jugak. Takkan sampai ke tua nak online tengok Facebook je kot? Selaku belia, inilah peluang kita untuk membuat sesuatu buat negara kita yang tercinta, Malaysia!!!

mdec

Disebabkan diri ini tak ada kepakaran lain selain menulis dan sedikit pemahaman mengenai cara-cara berblogging dengan betul, Abang Nara nak buat kelas one to one mengajar mereka yang berminat cara untuk menulis blog dengan betul. Kenapa blog? Sebab Abang Nara dah lihat ramai yang berjaya menerusi blog. Mula-mula hanya sekadar menulis, lepas itu bila dah ramai pengikut, ada yang boleh bukak kedai online, ada yang jadi selebriti, ada yang dapat jana wang dan paling penting, ada yang boleh ajar orang lain jadi blogger jugak. Abang Nara rasa dah tiba masanya untuk diri ini menurunkan ilmu di dada. Apa kata anda? Menarik tak idea Abang Nara nie? Semua nie akan Abang Nara ajar secara PERCUMA je.

Kenapa secara percuma? Sebab konsep yang dibawakan dalam kempen #DoMoreLah4Malaysia ini ialah ‘Digital Volunteerism’. Kita buat sesuatu secara sukarela dengan kemahiran kita menggunakan teknologi digital yang ada dengan harapan ia mampu memberi kebaikan kepada orang ramai. Konsep ‘Digital Volunteerism‘ ini memang sejajar dengan tagline kempen ini iaitu “Together, we can make a difference with digital”. Senang je sebenarnya nak join kempen ini. Cuba tanya diri sendiri apa kepakaran anda? Kalau anda power ambil gambar, mungkin boleh kongsikan gambar yang membawa aura positif di Instagram jadi bila orang tengok akan rasa bersemangat. Jangan lupa gunakan hashtag #DoMoreLah4Malaysia untuk memudahkan orang lain mengikuti apa sahaja yang anda lakukan.

mdec

Ini idea Abang Nara untuk memberi sedikit impak positif kepada industri digital Malaysia. Abang Nara percaya ramai lagi rakyat Malaysia terutamanya para belia yang mempunyai idea yang lebih kreatif dan inovatif. Jangan simpan sorang-sorang. Kongsikannya di Facebook Digital Malaysia. Kalau masih tak faham dengan kempen #DoMoreLah4Malaysia ini, boleh lawati laman web Digital Malaysia. Banyak informasi menarik disediakan untuk bacaan. Jom sama-sama kita bantu-membantu untuk memajukan diri kita.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...