Jom Ke Ekspo Perfect Livin’ 14 Bermula Khamis Ini

Hiburan

Jom Ke Ekspo Perfect Livin’ 14 Bermula Khamis Ini

Rumahku syurgaku. Selalu kan kita mendengar ungkapan tersebut? Bagi Abang Nara, rumah sendiri adalah satu tempat yang ‘magical’. Tak kiralah penat kerja ke, gaduh ngan boss kat ofis ke atau stress terperangkap dalam kesesakan lalu lintas, apabila sampai ke rumah je, ketenangan dapat dirasai. Best je dapat regangkan seluruh badan di atas sofa. Terus rileks seluruh badan.

Rumah Abang Nara sehingga ke hari ini masih tak lengkap lagi. Biasalah baru pindah jadi banyak benda yang tak ada lagi. Antaranya macam cabinet TV, katil kat bilik tidur utama, meja makan dan banyak lagi. Kebiasaannya pada hujung minggu, Abang Nara dan wife memang selalu keluar mencari barang perkakas. Dan hujung minggu ini, tempat yang kami akan tuju ialah ekspo Perfect Livin’ 14 yang akan berlangsung di PWTC.

Advertisement

perfect livin expo

Awal tahun ini pun Abang Nara dah pergi dah ekspo nie. Memang puas hati. Banyak booth yang ada sampai rambang mata dibuatnya. Ada kabinet dapur, tilam, katil, lampu hiasan, meja makan, sistem sekuriti, bilik air, dan macam-macam lagilah. Senang cakap semua benda yang berkaitan dengan rumah, ada dijual di ekspo Perfect Livin’ ini. Memang memudahkan kita untuk mendapatkan apa yang kita mahukan untuk menghias rumah kesayangan.

perfect livin expo

Antara pengunjung-pengunjung yang sampai awal di kaunter pendaftaran. Abang Nara nasihatkan korang datang awal untuk berpeluang untuk mendapat ‘earlybird gift’ dan mengambil bahagian dalam peraduan ‘Register & Win Contest’!

perfect livin expo

mencuba alatan memasak

perfect livin expo

Sila jangan rambang mata

Antara aktiviti-aktiviti yang dijalankan di ekspo lepas. Ada pelbagai acara yang berlangsung di atas mahupun bawah pentas. Memang meriahlah suasana ekspo ketika itu.

Berita baiknya adalah, bermula dari hari Khamis sehingga Ahad (25-28 September), Perfect Livin’ 14 akan berlangsung di PWTC.

Lagi best apabila ekspo Perfect Livin’ 14 ini menawarkan wang tunai RM50,000 untuk salah seorang daripada 51 pengunjung bertuahnya. Tak perlu nak beli sampai berpuluh ribu-ribu ringgit untuk mendapatkan hadiah ini, cuma perlu buat pembelian minimum sebanyak RM100 sahaja. Pergh!!! Beli RM100 ada peluang dapat RM50,000. Sapa tak nak kan? Kalau tak dapat RM50,000 pun masih berpeluang memenangi hadiah-hadiah lain yang super awesome.

perfect livin expo

Jangan sedih kalau anda tak jadi salah seorang daripada 51 pengunjung bertuah ini. Banyak lagi hadiah yang ditawarkan di Perfect Livin’ 14 ini. Salah satu daripadanya ialah apabila anda membuat pembelian minimum RM1,000. Yang ini confirm akan dapat hadiah. Cuma perlu bawa resit ke kaunter ‘redeem’ dan boleh bawak balik hadiah-hadiah best seperti seterika,pengering rambut, kuali memasak dan macam-macam lagi. Sambil membeli sambil dapat hadiah free. Puas hati kan?

perfect livin expo

Satu lagi hadiah menarik iaitu BWT Point-of-Entry Filtern boleh dimenangi dengan cara menjawab 2 soalan mudah di Facebook Perfect Livin. Ada 5 unit kesemuanya untuk dimenangi. Abang Nara dah jawab dan daftar dah. Mana tahu ada rezeki kan? Selain itu, setiap hari di ekspo Perfect Livin’ 14, akan ada seorang pemenang yang akan membawa pulang sebuah TV Panasonic 50 inchi Full LED. Macam mana nak menang? Tak perlu beli apa-apa pun. Cuma hanya perlu mendaftar di pintu masuk apabila anda tiba di ekspo ini. Kalau bertuah, TV tersebut akan menjadi milik anda.

perfect livin expo
Mesti korang semua sangat ‘excited’ sebab banyak sangat hadiah untuk dimenangi kan? Jangan terlupa pulak tujuan asal ke ekspo Perfect Livin’ 14 ini iaitu untuk mencantikkan rumah anda.

Kalau anda masih ‘blur’ dan tak tahu nak menghias rumah macam mana (seperti Abang Nara), jangan risau sebab di ekspo Perfect Livin’ 14 ini akan turut diadakan seminar mengenai cara menghias rumah yang terbaik! Tips-tips dan nasihat-nasihat tentulah akan dikongsikan oleh mereka yang pakar. Jadi sebelum mula mencari barangan di ekspo ini, bolehlah singgah dengar seminar ini terlebih dahulu.

Selain itu, akan terdapat juga bahagian Idea@The Ideas Corridor dimana barangan DIY akan dipamerkan . Tak adalah nanti rambang mata sampai terbeli semua benda. Sekurang-kurangnya dah ada idea di dalam minda anda. Tak gitu?

perfect livin expo

Abang Nara yakin korang semua dah tak sabar nak tunggu hari Khamis ini untuk hadir ke ekspo Perfect Living ’14 ini kan? Senang je nak pergi. Kat PWTC je. Boleh naik kereta tapi Abang Nara nasihatkan naiklah kenderaan awam. Takut ramai sangat sampai nak parking pun susah. Abang Nara dan wife Insya Allah akan pergi hari Sabtu. Tak sabar juga rasanya nak melihat barangan-barangan terkini yang ditawarkan di ekspo ini. Mesti ada 3,4 barangan yang dapat memikat hati kami.

perfect livin expo

Kita jumpa di ekspo Perfect Livin’ 14 nanti. Untuk maklumat lanjut, LIKE Facebook Perfect Livin’ atau layari www.perfectlivin.com. Jumpa di sana!!!

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...