Jom Katakan Tak Nak!!!

Hiburan

Jom Katakan Tak Nak!!!

Sempena tahun baru 2011 yang lepas, Abang Nara dah buat list untuk azam yang hendak dicapai tahun ini. Sekarang dah bulan November, antara azam-azam yang sudah tercapai ialah:-

1. Jadi seorang suami.

Advertisement

taknak

2. Honeymoon di tempat belajar dulu, Korea

taknak

3. Jumpa Yunalis Zarai live

taknak

Tapi ada satu azam nie dah dekat 6 tahun nak tunaikan tapi tak berjaya-jaya. Ingatkan dah kahwin bolehlah berhenti, tapi masih gagal lagi sehingga hari ini.

taknak

Berhenti merokok. Nampak mudah, tapi ternyata susah gila-gila punya. Abang Nara mula merokok sejak tahun 2003. Sehingga kini masih tak ada tanda-tanda nak berhenti walaupun tahu merokok sangat membahayakan kesihatan. Sekali sekala apabila membaca tentang penyakit-penyakit yang boleh datang akibat merokok, seriau jugak darah Abang Nara dibuatnya.

1. Merokok boleh menyebabkan mati pucuk

Ini kesan yang paling Abang Nara takuti. Iyerlah, rasanya semua orang tahu betapa pentingnya hubungan seksual antara suami dan isteri. Kalau dah mati pucuk, memang bukan sahaja boleh meruntuhkan rumah tangga, confidence sebagai seorang lelaki pun boleh hilang terus. Seram ~~~

2. Merokok boleh mengakibatkan serangan sakit jantung dan kerosakan otak

Yang ini pun seram jugak. Sekarang pun kadang-kadang Abang Nara dah terasa sakit dan berdenyut-denyut di bahagian dada. Yang tambah menakutkan ialah serangan sakit jantung ini boleh menyerang secara tiba-tiba. Itu belum kira sel-sel otak yang dah mati akibat merokok.

taknak

3. Merokok membahayakan orang tersayang dan anak dalam kandungan
Semenjak dah kahwin ini, Abang Nara dah berjaya kurangkan jugaklah kadar merokok. Kalau dulu confirm satu kotak sehari, sekarang separuh kotak pun tak sampai. Paling penting, Abang Nara dah tak merokok bila wife ada. Lagi-lagi wife tengah mengandung. Rasanya semua tahu kesan asap rokok kepada orang di sekeliling terutamanya kepada ibu mengandung.

taknak

Banyak lagilah bahaya merokok ini. Abang Nara pernah cuba nak berhenti hisap rokok satu ketika dahulu tetapi gagal. Badan menggeletar bila tak dapat merokok selepas beberapa hari. Mungkin selepas ini Abang Nara perlu hadiri kaunseling atau pun berjumpa doctor untuk berhenti merokok sepenuhnya. Lagi-lagi selepas membaca fakta dan melihat gambar di bawah:-

Di Malaysia, merokok menyumbang lebih 10,000 kematian setiap tahun. Dan lebih daripada 100,000 rakyat Malaysia dimasukkan ke hospital akibat penyakit seperti kanser, sakit jantung dan strok yang berpunca daripada merokok

taknak

Seram kan? Abang Nara faham perasaan seorang perokok tegar sebab Abang Nara pun boleh dikira sebagai seorang perokok tegar. Namun begitu, marilah kita sama-sama cuba berhenti merokok bersama-sama. Kalau tak boleh berhenti terus pun, berhentilah sedikit demi sedikit. Kalau tak sayangkan diri sendiri, sayangkanlah anak bini kita.

taknak

Dan untuk makluman anda,  Kementerian Kesihatan Malaysia sedang menjalankan peraduan gambar paling kreatif untuk kempen Tak Nak ini. Syaratnya sangat senang. Cuma ambil gambar sekreatif mungkin bersempenan kempen Tak Nak tetapi gambar tersebut mestilah TIADA sebarang rokok atau kotak rokok. Mencabar kan? Tapi hadiah-hadiah dia menarik sangat-sangat:-

  • Tempat pertama – wang tunai RM 1,000.00
  • Tempat Kedua- wang tunai  RM 700.00
  • Tempat Ketiga- wang tunai RM 500.00
  • Tempat Keempat- wang tunai RM 300
  • Tempat Kelima- wang tunai  RM 150
  • Hadiah Saguhati – voucher bernilai RM50

Markah untuk penyertaan akan diberikan 50% secara undian dan 50% oleh juri daripada Kementerian Kesihatan. Lebih info di www.gayahidupsihat.my.

P.S: Jangan lupa LIKE http://www.facebook.com/TAK.NAK.MEROKOK kalau anda menyokong usaha murni ini. Banyak info, tips, maklumat tentang bahaya merokok dan kempen-kempen yang sedang dijalankan dimuatkan di sana.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...