Written by AbangNara | October 3rd, 2012

Menderma sememangnya bukan satu perkara yang mudah. Selalunya kita menderma wang ringgit, baju terpakai dan alat mainan kepada mereka yang memerlukan. Namun adakah kita bersedia untuk menderma organ selepas kita meninggal dunia satu hari nanti?

organ

Secara jujur, Abang Nara takut untuk membayangkan badan tough ini dibedah untuk dikeluarkan organ supaya boleh didermakan kepada yang memerlukan. Senang cerita, Abang Nara memang skeptical. Jadi untuk menghilangkan rasa skeptical ini, Abang Nara mencari sedikit info tentang pendermaan organ. Rupa-rupanya memang ada website khas tentang pendermaan organ di www.agiftoflife.gov.my.

organ

Selepas membaca lebih kurang 30 minit di website itu, barulah Abang Nara tahu organ yang boleh diderma ialah jantung, paru-paru, hati dan ginjal. Selain organ, kita juga boleh mendermakan tisu kulit, injap jantung, kornea dan tulang. Pendermaan selalunya dilakukan selepas seseorang itu meninggal dunia kerana tiada risiko (kerana penderma telah meninggal dunia) dan ianya dinamakan pendermaan kadaverik.

organ

Namun hanya mereka yang mati otak (brain death) sahaja yang boleh mendermakan organ dan tisu. Kalau mereka yang mengalami kematian jantung (cardiac death) hanya boleh menderma tisu sahaja. Apa beza mati otak dan mati jantung? Itu anda kena layari www.agiftoflife.gov.my sebab Abang Nara nak terangkan pun sukar.

organ

Setakat 31 Ogos 2012, sudah 203,497 orang berikrar untuk menjadi penderma organ selepas mereka meninggal dunia. Manakala jumlah pendermaan organ (penderma meninggal dunia) ialah sebanyak 384 orang sejak tahun 1976 sehingga kini. Ini sebenarnya satu angka yang agak rendah jika nak dibandingkan dengan jumlah rakyat Malaysia yang seramai 28.3 juta orang. Manakala pada ketika ini, terdapat lebih daripada 15,000 pesakit yang sedang menunggu untuk menjalani transplant (dan jumlahnya meningkat setiap tahun). Sesetengahnya dah menunggu hampir berbelas-belas tahun! Bayangkan macammana perasaan mereka menanti setiap hari. Sedih kan?
organ
Bersempena dengan kempen derma organ ini, Abang Nara nak mengajak anda semua sama-sama berikrar menjadi penderma organ. Pendaftaran boleh dilakukan secara online di www.agiftoflife.gov.my. Namun pastikan anda terlebih dahulu berbincang dengan keluarga. Mereka wajib tahu yang anda ingin mendermakan organ selepas kematian anda. Kang tak pasal-pasal berlaku kekecohan pulak kalau anda berikrar menjadi penderma organ tanpa diketahui pihak keluarga. Kepada yang beragama Islam, jangan risau sebab para ulama telah mengeluarkan fatwa harus untuk pendermaan organ sejak tahun 1970 lagi.

organ

Sebelum anda membuat apa-apa keputusan, layarilah dulu www.agiftoflife.gov.my dan YouTube A Gift For Life untuk maklumat lanjut. Atau anda boleh berinteraksi dengan pihak National Transplant Resource Centre (NTRC) di Facebook NTRC dan Twitter NTRC.
organ
Pendermaan organ adalah satu anugerah kehidupan yang tidak ternilai…..

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

48 responses to Jom Derma Organ!!!

  1. Anonymous says:

    Abang nara, ko derma la dulu..hehe :P

    0

    0
  2. Anonymous says:

    haku 1st ke..haha

    memtang2 la entry ni general sesangat, bukan gosip2, takde orang nak berebut nak 1st ye..takpe abang nara, daku setia bersamamu..kihkih

    0

    0
    • Pieces says:

      kau 1st jadi bangang bin bahlol…..puas?

      0

      0
      • Kerja Kau Korek Jamban says:

        Zaman main 1st ni dah berlalu la.
        Hanya jakun dan sakai tak ada kerja main tenet 24 jam korek jubor sendiri bau aja yg sesibuk nak ber1st ni..

        0

        0
  3. Anonymous says:

    aku ada kencing manis..ada sesapa nak derma pankreas kat aku?

    0

    0
  4. AA says:

    dah register lama dah, cume belum dpt kn card yg btl2 punye kt HKL je lg, skg ni pkai card yg kertas keras tu je. huhuu nanti2 lah tukar..

    0

    0
    • roxannacash says:

      Ah ada pun yg bukan gossip berat…baik awak AA…S’pura dah lama ada pendermaan ni, masa saya derma dulu banyak yg kurang setuju katanya salah disisi Islam. Kalau ada org pandai dlm soal agama ni betul ke begitu? Tapi lepas fikir masak-2 klau takde org yg derma kat bangsa kita sapa lah lagi…jadi saya derma semuanya…dari hujung rambut ke kaki…mungkin tak perlu fikir takut, pasal klau fikir punya fikir banyangan mati pun dah cukup menakutkan…seram

      0

      0
  5. atoz says:

    masih tertanya2 la apa hukum derma organ dalam islam?
    setakat ni melalui pembacaan online

    Selain itu, sekiranya penderma mendermakan kedua-dua testisnya, ini akan menyebabkan dirinya mandul, walhal Islam telah mengharamkan proses pengembirian /kasi (al khisha’).

    Kedua : Hukum pemindahan organ bagi penderma yang telah mati. Hukum pendermaan organ bagi penderma yang telah mati adalah haram sama sekali. Ini adalah kerana, tubuh si mati bukanlah hak dirinya lagi ataupun warisnya, melainkan haknya kembali kepada Allah. Oleh itu, adalah haram untuk melakukan pewarisan mana-mana organ untuk didermakan setelah meninggal. Selain itu, Islam telah mewajibkan penghormatan terhadap mayat dan mengharamkan penganiayaan terhadapnya, di mana dosanya sama seperti menganiaya orang yang masih hidup. Daripada A’isyah RA, Rasulullah telah bersabda:

    “Memecahkan tulang mayat itu adalah sama dengan memecahkan tulang orang yang hidup” [HR Ahmad, Abu Daud dan Ibnu Hibban].

    Daripada sini, jelaslah bahawa hukum yang berkaitan dengan derma organ ini yang sepatutnya dilaksanakan oleh negara. Pelaksanaan hukum ini adalah wajib sepertimana hukum-hakam Islam yang lain dan ia perlu diterapkan secara kaffah (keseluruhan) tanpa memilih- milih. Wallahu a’lam.

    please reader,jom share knowledge kalau sesiapa yg lebih arif..=)

    0

    0
    • Anonymous says:

      saya setuju…pernah pg dengar ceramah tntng pndermaan organ…ianya tidak dibolehkn dalam islam kerana kita mngurangkn anng

      0

      0
    • kiki_lala says:

      Salam..saya pun x arif kalau nak discuss hal ni.Tapi setahu saya statistik menunjukkan ramai orang Islam tak mahu menderma organ kerana hukum. Sedangkan Ustaz Hasrizal dah jelaskan bahawa menderma organ adalah suatu kebaikan yang patut kita lakukan. Saya nak link ke article tu tapi currently saifulislam.com server down.

      0

      0
    • Dr Muhammed Anis says:

      Assalamualaikum…just sharing….
      Hadith yang dimaksudkan adalah berhubung konteks menghormati jenazah. Mematahkan tulang mayat seperti mematahkan tulang orang yg masih hidup.
      orang hidup dibenarkan melakukan pembedahan sekiranya perlu untuk tujuan perubatan, begitu juga pembedahan ke atas penderma organ selepas kematian. Ianya dilakukan dengan penuh hormat & teliti seperti pembedahan terhadap orang yang masih hidup. Ia diharuskan atas dasar  Selagi ianya memenuhi syarat2, terutama memenuhi maqasid syariah iaitu menyelamatkan nyawa. Sila rujuk buku Pemindahan Organ dari Perspektif Islam at http://www.moh.gov.my/v/edu_orga

      Dr Muhammed Anis
      NTRC

      0

      0
  6. nyah tetek says:

    nk derma tetek boleh ke bang

    0

    0
  7. mama meah says:

    secara jujurnya, saya yakin demi Allah ttg fatwa tersebut, secara jujurnya saya juga takot, tp sebagai seorang ibu, saya juga memahami perasaan seorg ibu atau seorang manusia lain yg menunggu organ2 tersebut, bayangkan jika anak kita sakit jantung, mesti kita harapkan seseorg utk menderma kpd anak kita, bygkan kehidupan dihabiskan di hospital, anak saya masuk hospital satu mlm pon dh susah hati, sedih, penat, kesian kt anak sebab dia takot..sedih, mengharap, segala bercampur baur.. sy pernah berbincang dgn ibu saya berkenaan isu ini memandangkan ibu seorg wanita yg cukup suka bersedekah dan mempermudahkan kerja org, maka ibu saya redha, jika saya ingin menjadi penderma organ, suami juga redha, cuma kalu sy nak derma, sy nak wasiatkan dan syaratkan bahawa penerima organ nanti haruslah seorg Islam..tp saya maseh mengumpul kekuatan untuk itu..terima kaseh nara sebab ko bagi benda ni..at least boleh ler wat research sket2…tp takut mmg takot…pelik kan/ padahal kita dh mati pon mase tuh, yg dihisab adalah roh, bukan jasad lg dh..huhu..iman tak kuat…

    0

    0
    • no name says:

      tp yg jadi persoalan…even org yg menerima itu org Islam..tp kite kene fikir juga mcmane dgn tingkahlakunya……bukan menidakkan..cuma terfikir..kalau org itu buruk tingkahlakunya…seolah2 pengorbanan kite sia2…..tp kalau tingkahlakunya baik dan beriman….alhamdulillah…kite juga mendapat nikmatnya….iaitu mungin pahala yg berterusan….tp itulah lain org lain pandangan…ape2 pun all the best tuk anda…….moga niat anda dirahmati ALLAH SWT…….peace……

      0

      0
      • Anonymous says:

        kita tengok la pulak dr persepsi yg baik.. org jahat mungkin xkan selamanya jahat..ade je kemungkinan org yg berubah drp jahat kepada lebih baik akan jadi lebih baik drp org2 lain… just my 2cents

        0

        0
  8. AA says:

    betul tu, kiranya menolong orang yg dlm kesusahan, itu je yg termampu, selagi hidup tlg yg termampu, bile dah x de nnti pn, itu jgk lah yg termampu.kan3x =)

    0

    0
  9. AA says:

    atoz,
    sy dah dpt pengesahan, x haram selagi keluarga dan empunya penderma IKHLAS menderma, berdosa klo x dpt permission empunya dan keluarga. sy bukan ustazah, tp klo nak dapatkan lebih info, dptkanlah dr yg lbh arif..

    0

    0
  10. Anonymous says:

    haram menderma organ bila kita mati. segala yang ada pada kita apa bila sesudah mati adalah milik Allah. kerana apa yang ada pada kita ini sekarang mungkin akan menjadi saksi di akhirat. kalau-kalau tidak cukup sifat mcm mana akhirat nanti? wallahuahlam.

    0

    0
    • roxannacash says:

      Saya percaya Allah SWT lebih mengetahui, saya percaya apabila kita mati kelak yg dihisab amalan kita.Kita menderma kerana ingin membantu, seperti akak yg kat atas tu ckp…sekiranya anak atau saudara menanti penderma organ…lebih-2 lagi anak-2 kecil…kesian kan? Tak tau la jika organ saya akan diberi pada seorang Islam atau sebaliknya…ditanam atau apa cara sekali yg didacing amalan kita bukan buah pinggang kita…entahla saya mati muda atau tua…adakah organ saya ni akan berguna lagi…tapi yg penting saya melakukan sesuatu pada akhir hayat saya…mungkin niat saya salah, tapi mungkin juga ini saja cara saya dpt membantu…hanya Tuhan Yg tau.

      0

      0
    • Anonymous says:

      Sebenarnya ada 2 jenis pandangan ttg hukum derma organ, mmg ada ahli agama yg mengatakan Haram tp byk juga yg menyatakan Harus. Bg pandangan sy sendiri iainya dibolehkan kerna semasa menderma kita tidak memecahkan tulang2 kita spt yg d sebutkn dlm hadis tp mengambil organ yg pntg utk membantu org lain. Dan moga2 dgn derma kita itu dapat membantu kita d akhirat nnt

      0

      0
    • Anonymous says:

      tindakan derma organ utk menyambung nyawa org lain adelah tindakan mulia.

      0

      0
  11. Dr muhammed ani says:

    Hadith yang dimaksudkan adalah berhubung konteks menghormati jenazah. Mematahkan tulang mayat seperti mematahkan tulang orang yg masih hidup. Sedangkan orang hidup dibenarkan melalukan pembedahan, begitu juga pembedahan ke atas penderma organ selepas kematian. Ianya dilakukan dengan penuh hormat & teliti seperti pembedahan terhadap orang hidup.  Selagi ianya memenuhi syarat2, terutama memenuhi maqasid syariah iaitu menyelamatkan nyawa. Sila rujuk buku Pemindahan Organ dari Perspektif Islam at http://www.moh.gov.my/v/edu_orga

    Dr Muhammed Anis
    NTRC

    0

    0
    • Anonymous says:

      apa maksud mematahkan tulang? x paham..ade ke organ yg bertulang yg boleh didermakan?kalau nk kata bodoh,pun bodohla..tp mmg betul2 xtahu

      0

      0
      • Farahf says:

        Tuan,

        mematahkan tulang yang disebut oleh Dr Muhammed Anis ni adalah beliau merujuk kepada hadis Rasulullah SAW yang disebut oleh salah seorang commentor di atas ; “Memecahkan tulang mayat itu adalah sama dengan memecahkan tulang orang yang hidup” [HR Ahmad, Abu Daud dan Ibnu Hibban].
        yang ingin dinyatakan oleh Dr tersebut pada hemat saya adalah pembedahan yang dijalankan untuk tujuan pendermaan organ tersebut bukanlah bertujuan untuk menyakitkan atau saja-saja merosakkan mayat tersebut seperti perbuatan mematahkan tulang mayat tanpa tujuan yang jelas.

        pembedahan tersebut dijalankan dengan penuh hormat dan teliti serta bertujuan untuk memenuhi keperluan yang diharuskan oleh syariah iaitu menyelamatkan nyawa insan lain yang memerlukan. kerana dalam islam nyawa adalah amat berharga dan perlu dijaga. sbb itu, dalam sesetengah keadaan sampai wajib kita berubat dan berikhtiar untuk mengubati penyakit. jadi, transplan juga adalah salah satu ikhtiar perubatan yang jelas bagi penyakit kegagalan organ.

        adapun organ seperti tulang boleh didermakan juga. tetapi tidaklah bermakna pendermaan itu bertujuan untuk mematahkan tulang dengan saja-saja melainkan untuk membantu insan yang mengalami masalah kesihatan. contohnya, telah mengalami kanser tulang yang memerlukan tulang dibedah dan dibuang untuk membuang kanser tersebut dan tulang yang didapati dari penderma ditransplantasi sebagai ganti untuk mengelakkan kecacatan. wallahua’lam

        0

        0
  12. Blood Test says:

    Aku dah 3 tahun cube derma darah.. Tapi x lepas, sebab masih dalam medical treatment..
    Tahun nie aku dah start x amik ubat, arap2 tahun depan leh derma darah. Insya’allah.. =)

    0

    0
  13. Farahf says:

    Sejujurnya masa mula-mula saya dengar pasal derma organ ini, memang saya pun berfikiran tipikal.

    Macamana bila mati nanti, dahlah selalu dengar ceramah, mati itu sakit. Roh akan rasa sakit selepas tercabut dari jasad. So kalau derma organ, bedah sure says pun akan rasa sakit walau dah takde.

    Macamana pula nanti, kalau jasad saya tak sempurna.

    betul ke harus sbb ada hadis pasal mematahkan tulang mayat tu haram. Ini kan bedah-bedah, untuk ambil organ?
    Dan macam macam lagi berlegar dlm minda saya.
    Tapi lepas saya dengar, rupa-rupanya fatwa dah ada since 1970 in Malaysia.Fatwa tersebut mengharuskan atas dasar keperluan melebihi Mudharat. Alim ulama kita advance awak! Sbb first transplant done was in 1975 in HKL. Lepas tu, saya dengar pencerahan lagi dari beberapa ustaz, hadis pasal mematahkan tulang mayat tu adalah bila Rasulullah saw melihat seorang penggali kubur tak silap saya mematahkan tulang mayat. Dia buat dlm keadaan saja2. Takde keperluan. So disitulah asbab hadis tersebut.
    Dlm konteks derma organ, diorang bukan suka-suka buat melainkan untuk membantu insan yg memerllukan. Which could be the ones that we love or maybe diri kita juga satu hari nanti. Wallahua’lam

    0

    0
    • ustaz don listen to me says:

      Time kte derma tu mmg kte akan merasa sebagaimana kte rasa sewaktu hidup apabila kta menjalani pembedahan, bezanya lps kta mati tiada bius yg di inject, sanggupkah kta? wallahuallam

      0

      0
      • farahf says:

        saya rasa Tuan patut berfikir begini.
        Allah SWT adalah yang paling mengetahui tentang perkara2 ghaib dan dia adalah yang maha berkuasa atas segala sesuatu.

        niat saya insya allah, hanya untuk membantu mereka yang memerlukan. dan atas niat saya itu, saya berharap kepada ihsan dan kasih sayang Dia. Saya tak tahu samada akan rasa sakit atau tidak. itu terpulang kepada Allah. kerana Dia yang lebih mengetahui dan menetapkan sesuatu. tetapi kerana saya percaya dan yakin bahawa Allah adalah maha pengasih lagi maha penyayang, maka saya yakin dan percaya bahawa Dia akan menetapkan yang terbaik untuk bahagian saya. sekiranya tak sakit, alhamdulillah. kalau sakit, saya mohon diringankan dan dijadikan kaffarah atas segala dosa-dosa saya. Saya beranggapan begitu, dan mohon dipermudahkan….

        0

        0
  14. human says:

    abg nara derma la dulu

    0

    0
  15. heyyyy october says:

    Orang Islam masih beranggapan bahawa individu yang menderma organ seolah-olah akan tidak sempurna jasadnya ketika dikebumikan kelak. Namun sebenarnya Islam tidak melarang akan proses pendermaan organ ini kerana ia sesuatu amalan yang mulia dan satu lagi bentuk kebajikan.

    Keputusan Lujnah Fatwa (Jawatankuasa Syariah)
    1. Pemindahan atau pendermaan organ adalah haram dalam keadaan bukan darurat, manakala hukumnya harus dalam keadaan darurat.
    2. Orang yang mati otak adalah dihukumkan mati.

    Mati otak
    * Menjalankan pemeriksaan perubatan dengan cara professional tentang berlakunya mati otak.
    * Digalakkan mendapat persetujuan dari keluarga terdekat dari suami, anak, ibu dan bapa.
    * Perakuan tentang berlakunya mati otak hendaklah dilakukan oleh sekurang-kurangnya tiga doktor profesional (doktor Islam diutamakan).
    * Sekiranya dengan kecanggihan rawatan perubatan (sains dan teknologi) boleh mengubat, maka suasana ini gugur.
    Pemindahan organ ada dua keadaan iaitu:
    i) Keadaan penderma masih hidup
    * Menjalankan kajian perubatan dengan cara terperinci dan profesional tentang kebaikan dan keburukan pemindahan ini, kejayaan dan kegagalan pemindahan.
    * Dengan reda penderma, tanpa paksaan.
    * Sudah dipastikan pemindahan itu berjaya pada kebiasaannya.
    * Keadaan darurat yang mendesak bagi menyelamatkan nyawa orang yang didermakan kepadanya, terutama yang ada hubungan nasab dan keluarga.
    * Organ yang dipindahkan bukan dijadikan dagangan dan jual beli, dagangan dan jual beli hanya akan mengundang perbuatan khianat yang memberi mudarat kepada penerima, memberi keuntungan kepada orang tengah dan juga kesempatan kepada doktor-doktor yang tidak bertanggungjawab mengaut keuntungan.
    * Kebenaran bertulis daripada penderma dan penderma dibolehkan menarik balik pada bila-bila masa.

    ii) Keadaan penderma yang telah mati
    * Menjalankan pemeriksaan perubatan dengan cara terperinci dan profesional tentang kebaikan dan keburukan pemindahan ini, kejayaan dan kegagalan pemindahan, ia memerlukan pemeriksaan rapi.
    * Dengan reda penderma, melalui wasiat ataupun waris-waris dan perakuan daripada kerajaan.
    * Sudah dipastikan pemindahan itu berjaya pada kebiasaannya atau dalam erti kata lain, pemindahan itu dijamin berjaya.
    * Dilakukan pemindahan itu dengan penuh disiplin ilmu, iman dan takwa, penghormatan yang sewajarnya kepada si mati mengikut hukum syarak serta tiada unsur-unsur penghinaan.
    * Keadaan darurat yang mendesak bagi menyelamatkan nyawa orang yang didermakan kepadanya, terutama yang ada hubungan nasab dan keluarga.
    * Organ yang dipindahkan bukan dijadikan dagangan dan jual beli, hanya akan mengundang perbuatan jenayah yang memberi mudarat kepada penerima, memberi keuntungan kepada orang tengah dan juga kesempatan kepada doktor-doktor yang tidak bertanggungjawab mengaut keuntungan.

    0

    0
  16. mama meah says:

    kelakar pulak, ade yg mempertikaikan yg jasad kita bile mati kena sempurna sebab anggota badan yg akan jd saksi, itu secara batiniah lah, kalu nak kira by the time kite diadili nanti, semua organ tuh dh hancur kena makan ulat ler.. dalam Islam solat 5 waktu adalah wajib, tp kalu kita bermusafir, boleh jamak qasar, maksudnya Islam itu mudah dan mempermudahkan, kalu dgn organ kta boleh selamatkan nyawa seorang Islam yg lain, boleh tamatkan perderitaan saudara seIslam yg lain, kenapa nak ragu2? kita kena ingat hadis ada byk jenis, n musuh2 islam sentiasa mencari jalan utk putarbelit supaya kita jadi bangsa yg mundur.
    kalu di barat, siap diorg ade kempen ‘donate body for science’. derma mayat anda utk pembangunan sains perubatan. dekat universiti diorg siap ade body farm ‘ladang mayat’ utk kajian forensik diorg, kita xder ler nak sampai mcm tuh, kita cedok jer research diorg, yg kita nak buat ni hanya selamatkan nyawa saudara se islam yg lain dgn derma organ yg kita dh x pakai pon. Wallahualam..

    0

    0
  17. mr.Tumble says:

    beautiful nara xnak ade mobile site ke? senang sket nak view/baca blog ni thru iphone… cdgn je :)
    tQ

    0

    0
  18. duds says:

    rasa nya kurang orang melayu nak jadik penderma organ selepas kematian ni, kenapa ye?

    0

    0
  19. Amira says:

    ATOZ
    Kalau diikutkan, baju, duit, rumah, semua ni bukan milik kita tapi milik Allah swt. Tapi kita masih derma kan.
    Dari Jabir Bin Abdullah (RA) berkata, telah bersabda Rasulullah (SAW) : “Sesungguhnya di antara cara untuk mendapatkan maghfirah itu, ialah engkau menggembirakan saudara engkau yang Muslim, memberi mereka makan dan melapangkan mereka dari kesusahan.”

    Sedangkan derma wang dan makanan, mengenyangkan perut org lain pun sudah terlalu besar pahalanya. Apatah lagi menderma kan organ. Memang mudah orang2 yang sihat seperti kamu dan yg lain mencari satu hukum untuk mengharamkan pendermaan organ. Tapi saya cadangkan saudara membaca buku tulisan Ustz Dr Zulkifli (beliau juga guru yg membimcangkan kitab hikan di tv Al hijrah).

    Moga Allah memberi hidayah dan buka hati org islam untuk lebih terbuka menderma organ. Sampai bila nak menunggu organ dari penderma kafir yang sebilangan kita benci amat2? Tidak rasa malu ker?

    0

    0
  20. Amirul Ramli says:

    Saya baru je lepas mendaftar sebagai penderma organ. Harap lebih ramai yang menyumbang. Dan di Malaysia orang cina yang paling ramai menjadi penderma. Harap boleh renung-renungkan tentang perkara ni.

    Setakat ni tiada agama pon yang melarang menderma organ. Dan mufti-mufti di Malaysia juga mengatakan ianya dibenarkan dan merupakan satu kebaikan. Bagi yang nak menderma tapi keberatan tu mungkin ini akan mendorong kamu juga untuk mendaftar.

    “Setiap tahun, ramai orang yang meninggal dunia dalam situasi menunggu penderma organ yang sesuai. Tetapi dalam masa yang sama, ada mayat dikebumikan masih lengkap dengan organ-organnya yang masih boleh digunakan lagi untuk menyelamatkan nyawa orang lain”

    0

    0