Written by AbangNara | May 4th, 2015

Sekali pandang, memang tak perasan yang Jojie, kakak kepada ratu rock Malaysia, Ella ini sudah berusia 50 tahun. Masih awet muda dan nampak seperti baru berusia 30 tahun. Setelah hidup seorang diri dan membujang sekian lama, Jojie akhirnya bakal bergelar isteri kepada seorang usahawan dan pengurus acara, Syahrizal Ismail yang berusia 36 tahun. Jutaan tahniah diucapkan atas berita gembira ini.
jojie kahwin

Perbezaan umur sebanyak 14 tahun ternyata tidak menghalang Jojie dan Syahrizal untuk membina mahligai cinta mereka. Kata Jojie:-

Faktor usia bagi saya bukanlah masalah untuk kami meneruskan niat murni ini. Walaupun jarak usia yang berbeza, Syah seorang yang matang dan tidak kebudak-budakkan. Kami berkenalan kira-kira setahun yang lalu apabila kami terbabit dalam sebuah acara membabitkan Ella dan saya pula perlu berurusan dengannya.

Selepas beberapa kali berjumpa, kami mula akrab dan hubungan itu kemudiannya menjadi lebih serius. Selain itu apa yang membuatkan saya terpikat padanya kerana beliau seorang yang sangat menjaga solat. Dia sering mengingatkan saya mengenai solat, terutama sekali solat subuh. Saya memang mencari seorang yang dapat membimbing saya ke arah kebaikan dan Alhamdulilah impian itu dimakbulkan.

jojie kahwin

Kata orang kalau dah jodoh tak ke mana kan? Jojie dan Syahrizal bakal disatukan sebagai suami isteri pada bulan Jun ini. Majlis resepsi pula akan diadakan selepas Hari Raya Aidilfitri. Tahniah sekali lagi buat Jojie dan Syah. Semoga segala perancangan berjalan dengan lancar. Sama-samalah kita doakan. Sumber Berita Harian.

jojieP.S: Sabtu ini 9 Mei, ramai-ramai kita meriahkan pembukaan 3 butik hebat iaitu Minaz, Hijriahome dan Marshmallowscarf di Bangi Sentral bermula jam 8 pagi. Pellbagai hadiah menarik seperti percutian ke Bali, penginapan di Grand Lexis Port Dickson dan macam-macam lagi untuk dimenangi. Paling penting, harga produk ketiga-tiga butik ini akan dijual pada harga MEGA SALE. Dijamin puas hati. Jangan lupa ikuti Instagram @minaz.my, @Hijriahome, @Marshmallowscarf sebab di situ pun ada contest best!!!

 

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

14 responses to Jojie Bakal Berkahwin Jun Ini Pada Usia 50 Tahun

  1. mek som says:

    Dah tua.tak bleh beranak.

    0

    0
    • Norhafiza Md Noor says:

      KE NEK SOM YG TUA X BOLEH BERANAK?????

      0

      0
    • minah jambu sayang nenek says:

      bagos jojie usia bukan penghalang untok u berkahwin..tk boleh atau tknk beranak tkpe asalkn u ngan bakal laki u bahgia sudaa..semoga bahgiaaa..

      0

      0
  2. kak Kiah says:

    Seriuosly 50? wow tak dimamah usia langsung. Cantik & nampak muda. Btw tahniah. Jodoh tu rahsia Allah

    0

    0
  3. beliak says:

    Sirius, kalau kawin tak boleh bagi zuriat laki boleh tahan kah.berapa yg kawin laki muda kekal.ada juga tapi kawin masa boleh melahirkan. Ni dah menopos.

    0

    0
  4. Ermm says:

    Aku kenal mamat ni… Kaki flirt etc to jojie kata sgt menjaga solat? Errmm..btul ke drama

    0

    0
    • minah jambu sayang nenek says:

      jaga tk jaga solat tu dia punye pasal lah ! yg kau sebok kn sangat tu apesal ! kau ke yg jaga dia punye dosa pahala Nye ????????? huh !!

      0

      0
  5. bedah bedot says:

    Memang cantik mcm kak bedah gak… umur dah masuk 50, tapi awet muda. Bezanya cuma Kak bedah nak sambut menantu… si jojie ni pulak baru nak kahwin….

    0

    0
  6. Anonymous says:

    Ni husband ke berapa? Dulu dia pernah kawin kan? Jojie ni awet muda. Tak nampak macam umur dah 50thn. Adik beradik kawin dapat suami muda. Kata orang kalau dapat husband tua, makan hati sebab nafkah batin miss. Kalau dapat suami muda pun makan hati juga sebab takut husband tak puas sebab isteri dah tak larat nak beri layanan batin.

    0

    0
    • Lols says:

      Saper kater tak boleh? Kalau badan masih mantap mcm retis hollywood?
      huhuhu hubungan tidak mengenal usia la.. kalau nak, kalau masih boleh, teruskan ajerrrrr :D

      0

      0
  7. melati biru says:

    50 tahun muka camni??!!nampak macam 30++ kot..jiran i 24 muka macam 56 tahun..

    0

    0
  8. This&That says:

    Me at this age probably will be like: “Too old for all this shit”

    0

    0
  9. Skywalker says:

    aku kenal sgt mamat ni…Syah ni player!brapa byk pompuan daa ko nak sebat weyy??dlu ada bini cerai…kawin baru cerai…adeyyy..kalau tak ubah perangai tu mmg sampai bila dok kawin cerai kawin cerai je syah oii…

    0

    0