Written by Bella | April 29th, 2015

Didalam setiap kejayaan yang dikecapi sekarang, pasti ada kesusahan yang ditempoh dahulu sebelum berjaya. Begitu juga dengan pelawak terkenal Johan Raja Lawak dan isterinya Ozlynn yang pernah melalui zaman dimana mereka kenal erti merasa susah.

Dalam satu temubual di portal Utusan Online, Ozlynn mengakui merasa bangga dengan Johan dan menganggap suaminya itu anugerah yang terbaik dari Tuhan kepadanya kerana Johan seorang lelaki yang baik dan selalu mendahulukan keluarganya dalam setiap perkara.

Ozlynn juga memberitahu pada satu ketika dahulu, beliau terpaksa membenarkan Johan untuk menggadai barang kemas yang merupakan hadiah perkahwinan mereka demi sesuap nasi.

Sama seperti isteri lain, tentunya melihat kejayaan suami sendiri mendatangkan kepuasan buat diri ini. Maklumlah, kami pernah susah bersama-sama. Tidak ramai yang tahu, pernah satu ketika, saya terpaksa membenarkan dia menggadai barang kemas hadiah perkahwinan untuk makan seharian. Bayangkan, bagaimana susahnya kami waktu itu

Namun saya bersyukur sangat. Melewati waktu sukar itu, Allah limpahkan rahmatnya. Hubungan yang baru saja kami bina itu menjadi semakin kukuh dan utuh. Malah, kami jadi semakin sayang, tidak pernah bergaduh walaupun dalam keadaan langsung tidak berduit.

Tambah Ozlynn lagi, mereka juga terpaksa untuk memberikan air kotak soya sahaja kepada anak mereka  kerana pada waktu itu mereka tidak mempunyai wang yang cukup untuk membeli susu. Saat itu paling menyedihkan buat mereka.

Sikap positif yang dimiliki Johan jugalah yang membuatkan saya bersyukur apabila diberikan kesusahan di awal dahulu dengan dia. Pengalaman itu menjadikan kami saling menghargai .

Tiada rezeki yang datang bergolek,  kita harus berusaha untuk mengubah taraf kehidupan kita sendiri.  Bukan senang nak jadi senang, bukan susah nak jadi susah.  Kalau sudah berjaya jangan pernah lupa dimana kita bermula dahulu.

Sumber Berita: Utusan Online

 

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

47 responses to Johan & Ozlynn Pernah Gadai Barang Kemas Untuk Hidup

  1. nok gebuzzz says:

    mmg betul…masa suami ssh kita la pembakar semangat,bukan masa senang jer ,salute ngan korang & datin umi aida

    0

    0
    • miss lollipop says:

      mak miss cakap lebih baik kita gadai barang kemas dari kita pinjam orang..
      gadai kalau kita takde duit nak tebus balik, its ok, still barang kita sendiri
      pinjam orang, kalau tak bayar, berdosa boleh putus kawan, putus saudara..

      insyallah bersusah2 dahulu.. tahniah utk isteri2 yang tabah..

      0

      0
      • mutiara says:

        isteri diuji ketika suaminya tidak memiliki apa2..
        suami pula diuji ketika dia memiliki segalanya..

        0

        0
        • Kiah Kongo says:

          sekarang ni depa dah millionaire kan sbb menang kes saman baling kaca tu. rezeki lah kan. btw, you guys are cute couple. suka tengok.

          0

          0
      • Kak Wan says:

        Hanez Suraya, please take a notebook and pen, please.

        0

        0
    • minah jambu sayang nenek says:

      babtu kalau ada duit tu jangan buang2 beli yg bukan2 beli emas lagi bagosss kalau kite susah sape yg nk tolong ? kawan tk boleh tolong..peminat tk boleh tolong..emas yg boleh tolong kite masa kite susah..kalau tkde duit boleh gadai tol tak.. rantai minah jambu dari taon lepas maseh ada kt pajak lagi emmmm bila nk ambek pon tk tau la..

      0

      0
  2. aku says:

    bleh caye ker

    0

    0
  3. Anonymous says:

    memang macam tu lah hidup bersuami isteri. susah senang sama2 tanggung. bukan ada duit abg sayang x de duit abg melayang. suami pun jangan cari lain bila dah senang. ingat la isteri yang sama2 bersusah dengan anda dulu.

    0

    0
  4. sentap says:

    sebab kedai pajak gadai lebih dipercayai dari bank. huhuhu

    0

    0
  5. yo la tuu says:

    Tak susah le tu ada barang emas..klau susah apa pon xde

    0

    0
  6. i says:

    kata2 ozlyn ni mmbuatkn sy rase brsalah trhadap suami sy gara2 hidup sush,duit slalu tak ckup sy slalu mrh n mengamuk siap pi sndiri gdai brg kemas tp suami sy penyabar orgnya dan mmujuk sy agar brsabar.. kdg2 npk air matanye brgenang tp sy buat dek je..(dlm hati fkir nk cerai).. kni bru sy thu,ptut r knp rzeki slalu x ckup rpenye sikap sy yg x reti brsyukur.. thanx ozlyn, bru sy fhm kte kne redha dgn suami n cari jln same2 untuk maju ke hadapan

    0

    0
    • zaza says:

      Sy pn seperti awak..salu nak mrh2 bila somi xde duit..
      #Astaghfirullaallazim.. :(…berdosanye sy..

      0

      0
      • sekadar kongsi says:

        marah2 tu…syaiton sebenarnya. syaiton2 mmg suka mengapi-api, membisik supaya bermusuhan dan jadikan kita tak tenteram. sebab tu sabar separuh iman. ustaz aku ada cakap, kita kena redha, itu dugaan. allah akan menolong orang bersabar. nanti ada sinar/jalan allah turunkan. banyakkan berdoa. kalau tak boleh kawal amarah tu, digalakan mengambil wuduk dan solat.

        0

        0
        • Cik Siantan says:

          Gaya bahasa ketika marah awak tidak boleh digunakan bagi menyata-kan emosi. Ia sangat berbahaya kerana gaya itu menuduh pasangan kita ialah punca apa yang kita rasa. Apabila kita marah akibat tak cukup duit seperti dia bertanggungjawab ke atas emosi/kesusahan kita, itu bererti kita tidak mahu bertanggungjawab ke atas emosi kita sendiri. Sebenarnya, apa yang kita rasai ialah akibat perasaan kita sendiri. Gaya bahasa yang menyalahkan orang lain sangat menyakitkan hati sesiapa pun yang mendengarnya. Ramai suami isteri tidak sedar bahasa ini amat kerap diucapkan. Tidak ada orang yang suka dituduh bersalah. Kita tidak akan dapat memperkuatkan semula cinta suami kepada diri kita dengan cara menyerang dan merungut. Perbuatan itu cuma mempercepatkan lagi proses perceraian….

          0

          0
        • Budak nakal says:

          tah tah akak ada saka tak???
          hehehehehe

          0

          0
        • Mawar says:

          Marah itu mudah; sabar itu indah…percayalah !!!

          0

          0
        • ATOK says:

          atuk dgr suara Indah mmg indah sgt.. sampaikan atuk bleh jadi mude balik….

          0

          0
    • insansalah says:

      Saya pun mcm tu..xde duit mula la marah2 sbb asyik pkai duit sndiri..sian suami kene bentak2..skrg kami dah ok..kehidupan pun dah stabil

      0

      0
      • Anonymous says:

        Orang yang sudah kaya tetapi terus mahu tambah kekayaan, hakikatnya orang itulah yang miskin. Kerana dia sentiasa merasa tidak tenang dengan apa yang ada dan ingin terus tambah, itulah tanda kemiskinan. Manakala jika seseorang itu tak punya apa-apa, dan hatinya tidak mahu lagi apa- apa, itulah hakikat orang kaya yang sebenar. Kerana dia merasa tenang dengan hidupnya sebagai orang yang cukup (kaya).

        0

        0
    • Anonymous says:

      rezeki tu ada.. usaha.. cpt lmbt je mesti ada.. rzeki bkn duit je.. ank,kesihatan,umo yg pnjg,kuarga yg bhagia,ank2 yg chat.. tu sume rzeki.. sy dulu pun susah mcm awk.. smpai satu tahap sy bcerai.. dari ctu kmi pikir kesilapan kmi.. kmi susah tpi Allah bg ank2 yg comel dan chat.. bodohnya sy.. sy n suami mngaku ksilapan masing2 mungkin msa tu kmi muda.. then skrg sy dpt bcuti even dlm negara je.. ada kje.. dan ada kereta walau kereta biasa.. alhamdullilah.. bile kte bsyukur.. pikir apa kelebihan.. yg blom tentu org lain dpt walau mereka bduit…

      0

      0
    • u says:

      Kasihan awak. Bukan duit sahaja yang tak cukup, mengeja pun huruf pun tak cukup.

      0

      0
  7. azlin wati says:

    hak alaa ozlyn ni nak good good pulak,
    johan tu nampak kelakar independent kt tv
    kat rumah jadi kayu . . aku gerenti la weh
    gadai barang kemas kerrr ? alaaaa bini pon good good jerk citer dia

    0

    0
  8. jadila isteri soleha says:

    samela kes kita..ramai lg yg mcm kita cume tahu & x tahu je kisah duka rumahtangga orang. yg penting isteri terimala suami seadanya utk cium bau syurga.. jgn sbb duit minta cerai & jatuhkan maruah suami pd semua. zmn skrg isteri bkejaya, x salah pun bantu suami dgn duit gaji kita..pahala dapat lg ;)

    0

    0
  9. huhuhhu says:

    awat bagi anak minum ayaq soya kotak kak oi…manis…drpd bg soya kotak tu baik bg susu kotak…tp xpa lepas ni kalau diduga lg, beringat la no…sy doakan semoga kuat menghadapi dugaan! isteri yg baik

    0

    0
    • anon anon says:

      Kau tak de anak eh? Kalau anak dia lactose intolerant, memang la dia bagi susu soya. Karang panggil bongok, marah pulak. Kau ingat semua makhluk Tuhan tu lahir dia sama ke badannya semua?

      Ada la sebab dia buat macam tu. Nak comment je keje. Sukati dia la anak dia.

      0

      0
  10. adudu says:

    contoh yg baik utk isteri2 dan bakal2 isteri di luar sane :)

    0

    0
  11. ankel sikers says:

    Respek ankel ngan ozlyn ni….sentiasa di sisi suami walau susah atau senang. Org luar selalu nampak waktu senang jer…waktu susah hanya dia suami isteri je yg tahu….semoga ozlyn sekeluarge sentiasa dilimpahkan rahmat Allah…dan ankel doakan suatu hari nanti, ozlyn akan menutup aurat…insyaallah….ankel percaya rezeki akan makin bertambah, amin…..

    0

    0
  12. Anon says:

    Pernah tengok program temubual Sembang Teh Tarik bersama Johan.. dari gayanya bercakap ..memang Johan ni bukan calang2 orangnye, die penuh ilmu & prinsip..bukan cakap2 kosong je….

    0

    0
  13. Berkati says:

    Sy pn penah ssah msa mula2 kwin dlu.klu nk snaraikn pe yg kmi wat spjg tu..biarlh mnjdi rhsia hdup kmi.brgduh tu pn dh lli.tp msa tu suami pjuk kne byk kn sbar dmi ank2.sjak tu lah sy nmpk suami btul2 nk brubah dn bkerja keras.alhamdulilah sgt2.tp ade suami lain gak ske brada d tkuk lama..xnk brubah,hrapkn isteri bkerja dn hnya ckup2 mkn je.

    0

    0
  14. Aku Disini says:

    itulah pentingnya kesabaran dalam diri.. xde duit, mungkin Allah sedang menguji kita..jangan sekali mengeluh.. anggap semua tu sebagai ujian dari Allah… kalau xde duit, usaha sama2, jangan salahkan antara 1 sama lain.. Allah bersama orang2 yang sabar..siapalah kita tanpa ujian dariNya…

    0

    0
  15. Lara says:

    I pulak tetiba rasa bersalah, suami kerja keras, duit semua cukup tapi saya kedekut, semua saya kontrol, semua saya tak bagi beli, phone pun pakai cokia walau mampu beli smartphone semua.

    0

    0
  16. Nisa says:

    saya setuju dengan ozlyn, dulu masa awal2 kahwin tuhan saja tahu macam mana saya tak boleh terima bila keadaan ekonomi lagi teruk dari zaman single, kena bayar macam2 untuk tolong suami, memang tak redha masa tu duit gaji kena bayar macam2 untuk tolong suami, tapi perlahan2 saya belajar redha, dan percaya ni ujian Tuhan utk uji kesabaran, dan sekarang syukur sangat semua semakin stabil.

    0

    0
  17. Ifra says:

    Tu pon nk ckp ker? dah xda benda lain ng gtau media… yerk

    0

    0
  18. Jadoo says:

    sesungguhnya aku insaf..ampunkan aku ya Allah..

    0

    0
  19. Anonymous says:

    Alhamdulillah Allah kurniakan rezeki yang melimpah ruah..sy sgt suka dgn couple ni..tp jgn lupe rezki yang Allah bagi juga merupakan ujian buat kite setakat mana kita mensyukuri nikmatNya atau mengkufuri nikmatNya…(Ozlyn pls jgnlah tlalu seksi)

    0

    0
  20. melati says:

    ok cukup2 lah throwback ozlyn yer…bila dh rezeki melimpah ruah jgn pula sombong..ingat tu …dan kurang2kan lah sexy tu..jgn la pakai skirt pendek atas peha tu lagi…

    0

    0
    • minah jambu sayang nenek says:

      kalau rajin bekeja usaha cari duit kite tk akan jadi miskin n pape kedane…orang yg malas keja aje yg jadi miskin pape kedana …jenis malas nk cari keja..dh lah sekolah tk pandai pastu bila ada keja memileh pulakk tknk keja..

      0

      0
  21. cikna says:

    Bukan dorang yg nak citer kisah susah senang dorang. Kena faham tugas wartawan, nakkan kelainan..Dan cerita2 yg boleh bg motivasi atau inspirasi pd kita semua.

    0

    0
  22. Anonymous says:

    serabainye lahh laki kau.. x jaga ke?

    0

    0
  23. Isteri says:

    Setiap org ada zmn kesusahan masing2.. Saya pn pernah lalui sume tu.. Gadai brg kemas, pakaikn lampin kain sbb xckup duit bli pampers anak.. Sbb masa tu husband buat kerja ap sume xmnjadi.. Sy kerja n xkesah spend sume duit tuk family n support husband nk start bisnes. Alhmdulillah dr xde ap now hsband sy soh sy benti keje die support sume.. Siap support saya sambung Master.. Sy pulak duk rumah lyn anak2 mbesar hehe

    0

    0