Johan Juara Super Spontan, Bawa Pulang RM100,000 & Toyota Camry

Hiburan

Johan Juara Super Spontan, Bawa Pulang RM100,000 & Toyota Camry

Tuah ayam nampak di kaki, tuah manusia pada lawaknya. Tahniah Abang Nara ucapkan pada Johan kerana akhirnya telah berjaya bergelar juara Super Spontan. Kemenangan Johan telah pun diagak kerana deejay radio Era ini sentiasa menunjukkan prestasi dan lawak yang amat menggeletek ketiak setiap minggu. Dengan kemenangan ini, Johan membawa pulang RM100,000 dan juga sebuah kereta Toyota Camry.

johan juara super spontan

Advertisement

Sementara itu, Shahrul Shiro berjaya merangkul tempat kedua sekaligus menerima wang tunai sebanyak RM50,000, diikuti Shuib Sepahtue ditempat ketiga bersama wang tunai berjumlah RM25,000. Manakala Achey Bocey, Yus Jambu dan Tauke Jambu masing-masing berada di tempat keempat, kelima dan keenam serta membawa pulang wang tunai RM5,000 setiap seorang.

johan juara super spontan

Nampak gayanya tahun depan tiada lagi kelibat Johan di Super Spontan kerana kebiasannya juara memang tak akan masuk bertanding lagi. Mungkin Johan boleh kembali bertarung di Maharaja Lawak Mega 2015 pula nanti. Apa pun, tahniah buat semua pemenang. Semoga dengan kemenangan ini akan menjadi pembakar semangat buat anda semua untuk terus menghiburkan rakyat Malaysia. Tahniah!!!

[flowplayer id=”30008″]

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...