Written by AbangNara | December 25th, 2013

Ah,sedihnya perkhabaran yang diterima lagi ini. Kisah cinta Johan As’ari dan Lana Nordin akhirnya tamat. Puncanya? Tiada restu daripada orang tua Johan. Percintaan mereka baru sahaha mencecah usia sebulan.
lana nordin dan johan putus cintaBagi Abang Nara,Johan sepatutnya harus lebih bersabar dan berusaha untuk memenangi hati kedua ibu bapanya. Nampak seperti mudah sangat putus asa. Ikuti kata-kata Johan di bawah:-

Saya mohon maaf pada Lana,mereka yang terbabit secara langsung dan tidak langsung juga peminat.

Lana seorang wanita yang baik, tetapi apabila menyentuh soal nikah dan kahwin,ia berupa perkara besar dalam hidup.

Lagipun untuk berumahtangga,restu dan doa ibu itu sangat penting, tetapi apabila perkara itu tidak berlaku saya terpaksa ambil tindakan.

Memang benar restu ibu sangat penting dalam sesebuah perkahwinan. Namun Johan menegaskan perpisahan ini adalah berpunca dari dirinya,bukan ibunya.

Saya tidak sangka kenyataan dibuat membawa kepada perpisahan ini. Pengumuman untuk bertunang dan menikahi Lana sebelum ini kerana saya benar-benar ikhlas,tetapi disebabkan pelbagai isu timbul,saya membuat keputusan ini.

Saya masih muda dan ini Kali pertama berhadapan pelbagai situasi dalam melayari hubungan cinta dengan Lana.

Saya akui segala yang berlaku berpunca daripada kesilapan saya yang masih tidak matang dan tidak tahu bagaimana mahu berhadapan Dengan masalah.

lana dan johanAbang Nara pasti Lana Nordin sangat kecewa dengan apa yang telah terjadi. Iyerlah sebelum ini Johan beria benar ingin menjadikan Lana sebagai isterinya. Nampak gaya memang tiada jodoh. Namun Abang Nara pasti ramai lagi lelaki di luar sana yang mengimpikan Lana Nordin menjadi kekasih/isteri mereka. Sabarlah Lana!!!

125 responses to Johan As’ari & Lana Nordin Putus Cinta

  1. hanny says:

    erghh…awl² mereka bercinta da nmpk cam poyo jer..rupenye mmg poyo..huh..!

    0

    0
    • konon says:

      Dlm hal ni lana mangsa keadaan.. buat johan.. nak seribu daya taknak seribu dalih.. jgn bg alasan keluarga.. benda blh dipupuk.. alasan ko dah lapuk..

      Buat lana.. bersabar bebyk.. ada hikmah.. teruskan penghijrahan.. ada jodoh yg lebih menanti ko di luar sana..

      0

      0
      • salami says:

        Si johan ni mmg laki mulut manis yg bermodalkan unsur dakwah dia.. laki mcm ni kalau dh kawen pun mahupun nk kawen lg.. lagak ustaz la konon.. tp ke lautttt.. lakonan pun ntah mcm apa.. nasib baik tak jadi dgn ko lana.. kalau tak makan hati la ko..

        0

        0
        • Kak Dibah says:

          Lana.. akak harap lana byk bersabar ya dik.. inshallah.. ada jodoh yg terbaik utk adik di luar sana.. teruskan hijrah ke jln yg diredhai..

          Johan.. jgn sesekali mempermainkan perasaan perempuan.. mudah melafaz cinta dan mudah juga ko beri harapan kpd perempuan spt lana mahupun lain2 yg diluar sana..

          Keluarga Johan especially ibunya.. jgn mudah memandang enteng kt perempuan seperti lana.. dia berhak dpt kebahagiaan seperti perempuan lain.. hanya kerna fizikal yg pernah seksi mudah saja datin menolak.. tak semua yg kita inginkan di dunia ni bakal kita kecapi.. belajar la menerima dr menolak benda yg kita tak pasti.. :-)

          0

          0
        • Wawa Zainal says:

          kahkahkah (gelak baik hati)

          0

          0
        • kikilala says:

          Blah la johan! Dah jelas kebuayaan ko.

          Lana be strong. Berlambak lelaki lagi bagus dari johan kat luar sana. lelaki yg baik utk perempuan yg baik.teruskan niat utk berubah tu.insyaallah jodoh yg baik menantimu.

          0

          0
        • kusssss semangat says:

          Pergi ke kedai membeli kaya
          Singgah sebentar rumah cik nona
          Johan memang si jantan buaya
          Harap bersabar je la ya cik lanaaaaaaa…

          0

          0
        • Anonymous says:

          kepada semua wanita.. please hati2 dgn org seperti johan lepas ni. jangan biar hati disakiti.

          0

          0
        • Didi says:

          Tak dapat restu org tua johan? Knp eh? Masih mengharap shila amzah jadi menantu ke? Ehem.

          0

          0
        • BUNKFACE NO.1 says:

          aku tergelak baca ni…hahahaha, kalau ada jodoh tak ke mana…kalau tak der jodoh tak rugi pun

          0

          0
        • K.A.A says:

          ade hikmah lana x dgn johan… mungkin lana akn dpt lebih baik dari johan..

          0

          0
        • aptb says:

          bersabarlah Lana… inshaallah ada jodoh yg lebih baik diluar sana.. respect utk Lana sebab tak mcm shilalalala sampai nak delete gambar then buat utubee… kehkehkeh

          buat Johan, nampak sangat awal2 dah kalah. btw, jgn jadikan alasan keluarga utk putuskan hubungan ni. Allah takkan uji hambanya jika hambanya tidak kuat iman.. mana pergi ilmu lepasan pondok tu…?
          buat si ibu, DATIN, jangan harapkan sangat menantu pilihan. kite semua tak sempurna mana, Lana juga manusia biasa, manusia boleh berubah.. kalau mengharap shilalalala tu menantu pilihan, dulu shilalalala pun free-hair juga.. terima la dengan hati terbuka. ada juga artis lain yang berhijrah, paling ketara, Noh hujan mendidik isterinya, Miz Nina.. renung2kan..

          1

          0
      • Neelofa says:

        baguslah, boleh aku nak masuk line!
        klik me..

        0

        0
      • Fahrin Ahmad says:

        jom kita tengok samada lana ikhlas bertudung atau tak,
        takut lepas ni buang tudung ke…

        0

        0
        • BUNKFACE NO.1 says:

          woi.. Lana mana ada pakai tudung. dia just pakai baju yg sopan jer kan sebab hari tu kat Anugerah Skrin dia tak pakai tudung pun

          0

          0
      • Aaron Aziz says:

        bini saya dah bertudung,
        yeay!

        0

        0
      • yell says:

        Tak baik johan mainkan perasaan org.Ingat hidup ni karma.tak mustahil esok2 memang ko kena balik kaw2 punya.

        0

        0
        • Karim Bin Zema says:

          karma tu untuk hindu mcm kau je..kami Islam tak percaya langsung dgn karma.kami percaya dgn qada dan qadar

          0

          0
      • ni prasan macam joe jonas lah ni…
        kejap2 dgn demi lovato, pastu dgn taylor swift plak, pastu selena gomez…
        nak awek yg retissss je…
        tukar2 pasangan….
        blakon n menyanyi ke laut….sendu….harap kat nick jonas je…

        *** joe jonas femes pon sbb kes2 cmni lah…puiiii

        0

        0
    • lava says:

      aku dah cakap johan ni buaya, cakap mesti nak baik punya. puiii

      0

      0
    • kamariah says:

      MGKN JGK DAH X DE JODOH….
      TP APE YG AKU PERASAN JOHAN
      NI MCM SUKE MAINKAN HATI PEREMPUAN….

      0

      0
    • lyeah says:

      Sabar BUAT KE2 ya mungkin ALLAH nak Bagi Yang BAIK buat Korang berDuA hara2 Tiada Yg Dengki antara 1 gan yg lain :-) :-)

      0

      0
    • Mika says:

      aku rasa johan ni mesti bajet dia ni digilai ramai wanita..and suka bagi harapan kat orang la..

      main2 pulak dia ni.. hailaaa

      0

      0
      • shahz says:

        baru 3 hari berkawan dah declare, bercinta sebulan lepas tu putus… nampak sgt johan ni drastik sangat dlm membuat sesuatu keputusan…

        0

        0
    • rr says:

      bahaya johan ni. mula2 izreen then shila skrg lana. johan ..johan.. harap kau insaf . tak baik la johan buat mcm ni. esok lusa kena kat diri balik. ingat sikit !

      0

      0
      • Anonymous says:

        Nabila pun kan

        0

        0
      • ni prasan macam joe jonas lah ni…
        kejap2 dgn demi lovato, pastu dgn taylor swift plak, pastu selena gomez…
        nak awek yg retissss je…
        tukar2 pasangan….
        blakon n menyanyi ke laut….sendu….harap kat nick jonas je…

        *** joe jonas femes pon sbb kes2 cmni lah…puiiii

        0

        0
    • u'olss says:

      rmai jgk la laki2 jnis mcm ni yg aku knal…tp yg pliknya ramai gadis2 yg suka bad boys mcm ni..

      0

      0
    • ciri2 manusia munafik says:

      Ciri-ciri munafik
      Dusta
      Hadis Rasulullah yang diriwayatkan Imam Ahmad Musnad dengan sanad yang baik:

      “Celaka baginya, celaka baginya, celaka baginya. Iaitu seseorang yang berdusta agar orang-orang tertawa.”
      Di dalam kitab Sahih Bukhari dan Muslim pula), Rasulullah bersabda:

      “Tanda orang munafik ada tiga, salah satunya adalah jika berbicara dia dusta.”
      Khianat
      Sabda Rasulullah s.a.w.:

      “Dan apabila berjanji, dia berkhianat.”[1]
      Petikan hadis ini menjelaskan bahawa barangsiapa memberikan janji kepada seseorang, sama ada kepada isterinya, anaknya, sahabatnya, atau kepada sesiapa sekalipun, kemudian dia mengkhianati janji tersebut tanpa ada sebab uzur syar’i atau halangan yang benar-benar menghalang tanpa dikehendakinya, maka telah melekat pada dirinya salah satu tanda kemunafikan.

      Fujur Dalam Pertikaian
      Fujur adalah keluar dari kebenaran secara sengaja sehingga kebenaran ini menjadi kebatilan dan kebatilan menjadi kebenaran. Maka, sabda Rasulullah s.a.w. tentang kemunafikan: [perlu rujukan]

      “Dan apabila bertengkar (bertikai), dia melampaui batas.”
      Ingkar Janji
      Sabda Rasulullah SAW:

      “Tanda orang munafik ada tiga: jika berbicara dia dusta, jika berjanji dia ingkar, dan jika dipercaya (diberi amanat) dia berkhianat.” [2]
      Malas Beribadah
      Firman Allah s.w.t:

      “Dan apabila mereka berdiri untuk sholat, mereka berdiri dengan malas.”[3]
      Jika orang munafik pergi ke masjid atau surau, dia mudah terasa berat dan seolah-olah mahu menyeret kakinya seakan-akan terbelenggu dengan rantai. Apabila tiba di masjid atau surau, dia gemar memilih saf yang paling akhir. Dia tidak mahu mengetahui apa yang dibaca di dalam solat.

      Riya
      Di hadapan manusia dia sholat dengan khusyuk tetapi ketika seorang diri, dia mempercepat sholatnya. apabila bersama orang lain dalam suatu majlis, dia tampak zuhud dan berakhlak baik, demikian juga pembicaraannya. Namun, jika dia seorang diri, dia akan melanggar hal-hal yang diharamkan oleh Allah SWT.[4]

      Sedikit Berzikir
      Firman Allah s.w.t.:

      “Dan apabila mereka berdiri untuk solat, mereka berdiri dengan malas. Mereka bermaksud riya’ (dengan solat) di hadapan manusia. Dan tidaklah mereka menyebut Allah kecuali sedikit sekali.” [5]
      Mempercepat Sholat
      Orang-orang munafik juga adalah orang yang mempercepatkan solat tanpa ada rasa khusyuk sedikit pun, tiada ketenangan dalam mengerjakannya, dan hanya sedikit mengingat Allah di dalamnya. Fikiran dan hatinya pula tidak menyatu. Dia tidak menghadirkan keagungan dan kebesaran Allah dalam solatnya.

      Hadith Nabi SAW:

      “Itulah sholat orang munafik, … lalu mempercepat empat rakaat (sholatnya)”[1]
      Mencela Orang Taat dan Soleh
      Kaum munafik ini gemar memperolok orang-orang yang taat dengan ungkapan yang mengandung cemuhan dan celaan. Termasuk dalam kategori orang-orang taat di sini adalah mereka yang memiliki komitmen dalam menjalankan syari’at Allah dan Rasul-Nya, serta mereka yang berdakwah dan berjuang keras di jalan Allah (fi sabilillah). Maka, dalam setiap pertemuan sering kali kita temui orang munafik yang hanya mencela orang-orang soleh ini sebagai orang-orang yang kolot, kuno, ekstrim, fanatik, fundamentalis, dan lain-lain gelaran yang tidak menyenangkan.

      Allah berfirman di dalam al-Quran:

      “Orang-orang (munafik) yang mencela sebahagian dari orang-orang yang beriman mengenai sedekah-sedekah yang mereka berikan dengan sukarela, dan (mencela) orang-orang yang tidak dapat (mengadakan apa-apa untuk disedekahkan) kecuali sedikit sekadar kemampuannya, serta mereka mengejek-ejeknya, – Allah akan membalas ejek-ejekan mereka, dan bagi mereka (disediakan) azab seksa yang tidak terperi sakitnya.” [6]
      Mepermainkan Al-Quran, As-Sunnah, dan Nabi Muhammad s.a.w.
      Kes kemunafikan ini adalah termasuk dalam kategori istihzaa’ iaitu adalah memperolok-olok atau mempermainkan hal-hal yang disunnahkan Rasulullah dan amalan-amalan lainnya. Orang yang suka memperolok-olok dengan sengaja hal-hal seperti itu dianggap jatuh kafir.

      Firman Allah:

      “Dan jika kamu tanyakan kepada mereka (tentang apa yang mereka lakukan itu), tentulah mereka akan manjawab, “Sesungguhnya kami hanyalah bersenda gurau dan bermain-main saja.” Katakanlah: “Apakah dengan Allah, ayat-ayat-Nya dan Rasul-Nya kamu selalu berolok-olok? Tidak usah kamu minta maaf, karena kamu kafir sesudah beriman. Jika Kami memaafkan segolongan kamu (lantaran mereka taubat), niscaya Kami akan mengazab golongan (yang lain) disebabkan mereka adalah orang-orang yang selalu berbuat dosa. ” [7]
      Bersumpah Palsu
      Firman Allah SWT: “Mereka menjadikan sumpah-sumpah mereka sebagai perisai.” (Al-Munafiqun: 2 & Al-Mujadilah: 16). Jika seseorang menanyakan kepada orang munafik tentang sesuatu, dia langsung bersumpah. Apa yang diucapkan orang munafik semata-mata untuk menutupi kedustaannya. Dia selalu mengumpat dan memfitnah orang lain. Maka jika seseorang itu menegurnya, dia segera mengelak dengan sumpahnya: “Demi Allah, sebenarnya kamu adalah orang yang paling aku sukai. Demi Allah, sesungguhnya kamu adalah sahabatku.”

      Enggan Berinfak
      Orang-orang munafik memang selalu menghindari hal-hal yang menuntut pengorbanan, baik berupa harta maupun jiwa. Apabila menjumpai mereka berinfak, bersedekah, dan mendermakan hartanya, mereka lakukan kerana riya’ dan sum’ah. Mereka enggan bersedekah, kerana pada hakikatnya, mereka tidak menghendaki pengorbanan harta, apalagi jiwa.[perlu rujukan]

      Tidak Menghiraukan Nasib Sesama Kaum Muslimin
      Mereka selalu menciptakan kelemahan-kelemahan dalam barisan muslimin. Inilah yang disebut At Takhdzil, yiaitu sikap meremehkan, menakut-nakuti, dan membiarkan kaum muslimin. Orang munafik percaya bahawa orang-orang kafir lebih kuat daripada kaum muslimin.

      Memperbesar Kesalahan Orang
      Orang munafik suka memperbesar sesuatu peristiwa atau kejadian. Jika ada orang yang tersilap tutur katanya secara tidak sengaja, maka si munafik ini akan memperbesarkannya dalam apabila bertemu dengan orang lain dan mengajuk kesalahan tersebut. Dia sendiri mengetahui bahawa orang itu mempunyai banyak kebaikan dan keutamaan, walau bagaimanapun, si munafik itu tidak bersedia mengungkapkannya kepada masyarakat melainkan kesilapan sahaja.

      Firman Allah s.w.t:

      “Demi sesungguhnya, jika orang-orang munafik, dan orang-orang yang ada penyakit (syak ragu-ragu) dalam hatinya, serta orang-orang yang menyebarkan berita-berita dusta di Madinah itu tidak berhenti (dari perbuatan jahat masing-masing), nescaya Kami akan mendesakmu memerangi mereka; sesudah itu mereka tidak akan tinggal berjiran denganmu di Madinah lagi melainkan sebentar sahaja.”[8]
      Mengingkari Takdir
      Orang munafik selalu membantah dan tidak redha pada takdir Allah s.w.t. Maka, apabila ditimpa musibah atau ujian, dia mengatakan: “Bagaimana ini. Seandainya saya berbuat begini, nescaya akan menjadi begini.” Dia pun selalu mengeluh kepada manusia lain. Hal ini jelas menunjukkan bahawa dia telah mengkufuri dan mengingkari Qadha dan Qadar.[perlu rujukan]

      Firman Allah s.w.t.:

      Katakanlah: “Siapakah yang dapat melindungi kamu dari kemurkaan Allah jika Dia mahu menimpakan bala bencana kepada kamu, atau (siapakah yang dapat menahan kemurahan Allah) jika Dia hendak memberikan rahmat kepada kamu? ” Dan (ingatkanlah) mereka (yang munafik) itu: bahawa mereka tidak akan beroleh sesiapapun – yang lain dari Allah – yang akan menjadi pelindung atau penolong mereka.[9]
      Mencaci Kehormatan Orang Soleh
      Apabila orang munafik membelakangi orang-orang soleh, dia akan mencaci maki, mengejek, mengumpat, dan menjatuhkan kehormatan mereka semasa bertemu dengan orang lain.

      Allah s.w.t. berfirman:

      “Mereka mencaci kamu dengan lidah yang tajam, sedang mereka bakhil untuk berbuat kebaikan.” [10]
      Sering Meninggalkan Solat Berjemaah
      Apabila seseorang itu segar, kuat, mempunyai waktu yang terluang, dan tidak memiliki uzur syar’i, namun tidak mahu hadir ke masjid atau surau ketika mendengar panggilan azan, maka saksikanlah dia sebagai orang munafik. [1]

      Membuat Kerusakan Di Muka Bumi Dengan Dalih Mengadakan Perbaikan
      Orang munafik akan selalu berusaha mengadu domba dan menghamburkan fitnah di antara sesama manusia. Dia juga sering memberikan kesaksian palsu, menyebabkan pertikaian antara seseorang dan saudaranya, atau antara ayah dan anaknya, serta selalu berusaha memfitnah dan menjelek-jelekkan nama seseorang. Firman Allah SWT: “Dan apabila dikatakan kepada mereka: janganlah kamu membuat kerusakan di muka bumi, mereka menjawab: ‘Sesungguhnya kami orang-orang yang mengadakan kebaikan.’ Ingatlah, sesungguhnya mereka itulah orang-orang yang membuat kerusakan, tetapi mereka tidak sadar.” (Al-Baqarah: 11-12).

      Tidak Sesuai Antara Zahir Dengan Bathin Secara Zahir
      Mereka membenarkan bahawa Nabi Muhammad SAW adalah Rasul Allah, tetapi di dalam hati mereka, Allah telah mendustakan kesaksian mereka. Sesungguhnya, kesaksian yang tampak benar secara Zahir itulah yang menyebabkan Mereka masuk ke dalam Neraka. Penampilan zahirnya bagus dan mempesona, tetapi di dalam batinnya terselubung niat busuk dan menghancurkan. Di luar dia menampakkan kekhusyukan, sedangkan di dalam hatinya ia main-main.

      Takut Terhadap Kejadian Apa Saja
      Orang-orang munafik selalu diliputi rasa takut. Jiwanya selalu tidak tenang, keinginannya hanya selalu mendambakan kehidupan yang tenang dan damai tanpa disibukkan oleh persoalan-persoalan hidup apapun.[perlu rujukan] Dia selalu berharap: “Tinggalkan dan biarkanlah kami dengan keadaan kami ini, semoga Allah memberikan nikmat ini kepada kami. Kami tidak ingin keadaan kami berubah.” Padahal, keadaan tidaklah selalu apalagi menjadi lebih baik.

      Mengelak Dengan Alasan yang Bohong
      Firman Allah s.w.t.:

      “Di antara mereka ada orang yang berkata: ‘Berilah saya izin (tidak pergi berperang) dan janganlah kamu menjadikan saya terjerumus ke dalam fitnah.’ Ketahuilah bahawa mereka telah terjerumus ke dalam fitnah. Dan sesungguhnya Neraka Jahanam itu benar-benar meliputi orang-orang yang kafir.” [11]
      Menyuruh Kemungkaran Dan Mencegah Kemakrufan
      Mereka (orang munafik) menginginkan agar perbuatan keji tersiar di kalangan orang-orang beriman. Mereka menggembar-gemborkan tentang kemerdekaan wanita, persamaan hak, penanggalan hijab/jilbab. Mereka juga berusaha memasyarakatkan nyanyian dan konser, menyebarkan majalah-majalah porno (semi-porno) dan narkoba.

      Bakhil
      Orang-orang munafik sangat bakhil dalam masalah-masalah kebajikan. Mereka menggenggam tangan mereka dan tidak mau bersedekah atau menginfakkan sebahagian harta mereka untuk kebaikan, padahal mereka orang yang mampu dan berkecukupan.[perlu rujukan]

      Lupa Kepada Allah SWT
      Segala sesuatu selalu mereka ingat, kecuali Allah SWT. Oleh sebab itu, mereka senantiasa ingat kepada keluarganya, anak-anaknya, lagu-lagu, berbagai keinginan, dan segala sesuatu yang berhubungan dengan duniawi. Dalam fikiran dan batin mereka tidak pernah terlintas untuk mengingat (berdzikir) Allah SWT, kecuali sebagai tipu daya kepada sewsama manusia semata.[perlu rujukan]

      Mendustakan Janji Allah Dan Rasul
      Firman Allah s.w.t.:

      “Dan (ingatlah) ketika orang-orang munafik dan orang-orang yang berpenyakit dalam hatinya berkata: ‘Allah dan Rasul-Nya tidak menjanjikan kepada kami selain tipu daya’.” [12]
      Lebih Memperhatikan Zahir, Mengabaikan Bathin
      Orang munafik lebih mementingkan zahir dengan mengabaikan yang batin, tidak menegakkan sholat, tidak merasa diawasi Allah SWT, dan tidak mengenal zikir. Pada zahirnya, pakaian mereka demikian bagus menarik, tetapi batin mereka kosong, rusak dan lain sebaginya.

      Sombong Dalam Berbicara
      Orang-orang munafik selalu sombong dan angkuh dalam berbicara. Mereka banyak omong dan suka memfasih-fasihkan ucapan. Setiap kali berbicara, mereka akan selalu mengawalinya dengan ungkapan menakjubkan yang meyakinkan agar tampak seperti orang hebat, mulia, berwawasan luas, mengerti, berakal, dan berpendidikan. Padahal, pada hakikatnya dia tidak memiliki kemampuan apapun. Sama sekali tidak memiliki ilmu, bahkan bodoh.

      Tidak memahami masalah-masalah agama
      “Keistimewaan” orang-orang munafik adalah: mereka sama sekali tidak memahami masalah-masalah agama. Dia tahu bagaimana mengenderai mobil dan mengerti perihal mesinnya. Dia juga mengetahui hal-hal remeh dan pengetahuan-pengetahuan yang tidak pernah memberi manfaat kepadanya meski juga tidak mendatangkan mudharat baginya. Akan tetapi, apabila menghadapi dialog (tanya-jawab tentang persoalan-persoalan Ad Din (Islam)), dia sama sekali tidak dapat menjawab.[perlu rujukan]

      Berpura-pura Dalam Dosa
      Watak inilah yang paling penting membezakan antara orang munafik dan orang mukmin.

      Orang munafik menganggap ringan perkara-perkara yang melawan hukum Allah, menentang-Nya dengan melakukan pelbagai kemungkaran dan kemaksiatan secara sembunyi. Akan tetapi, ketika dia berada di tengah-tengah manusia dia menunjukkan sebaliknya; iaitu berpura-pura taat.

      Firman Allah SWT:

      “Mereka bersembunyi dari manusia, tetapi mereka tidak bersembunyi dari Allah, padahal Allah beserta mereka, ketika pada suatu malam mereka menetapkan keputusan rahasia yang Allah tidak redhai. Dan adalah Allah Maha Meliputi (ilmu-Nya) terhadap apa yang mereka kerjakan. ” [13]
      Seseorang mukmin selalu merasa bahawa dirinya diawasi oleh Allah, baik ketika bersendirian mahupun bersama-sama orang lain. Malah, dia merasa lebih diawasi dan diperhatikan oleh Allah ketika seorang diri.

      Senang Melihat Orang Lain Susah, Susah Bila Melihat Orang lain Senang
      Orang munafik apabila mendengar berita bahawa seorang ulama yang soleh tertimpa suatu musibah, dia pun menyebarluaskan berita duka itu kepada masyarakat sambil menampakkan kesedihannya dan berkata: “Hanya Allahlah tempat memohon pertolongan. Kami telah mendengar bahawa si fulan telah tertimpa musibah begini dan begitu. Semoga Allah memberi kesabaran kepada kami dan beliau.” Padahal, di dalam hatinya dia merasa senang dan terhibur karena musibah itu.

      0

      0
  2. Sakura says:

    semudah abc!

    0

    0
  3. mama lanaa says:

    ahhh johan si pelayyyboyy , ingt dia hensem kott.
    semua nak. ! cuyy tau pemaain hati org jee…
    aku dah agak la johan permainan kau :O ! hahaha

    0

    0
  4. lala says:

    dun be sad kak Lana.. Allah know the best for you.. maybe johan bukan yang terbaik untuk kak lana .. moga sentiasa tabah selalu

    0

    0
  5. didi says:

    Kesian lana. Pape nth johan

    0

    0
  6. Siti says:

    Padan muka.

    Sy harap Shila Amzah jgn terima johan ye. Ramai lagi laki lain.

    0

    0
    • . says:

      Aku pon harap johan tak terima shila amzah ni. Ramai lagi perempuan lain yg lebih elok perangai.

      0

      0
      • Anonymous says:

        sudh lh yg baik utk yg baik,,johan atau pon shila mgkin mmg xberjodoh kn so xpyh lh korg2 ni nk mgaturkn sndri…xplu meneka tkdir ok

        0

        0
      • Anonymous says:

        Lagi mau back up Johan ka? Nanti Johan tu akan bertemu buku dengan ruas, mainkan perasaan org. Tak ada kena mengena dengan Shila Amzah yang dah mencipta nama kat Shanghai tu, ko ader???

        0

        0
  7. hanya aku says:

    wahai sekalian wanita di luar sana~~~

    lelaki spesis mcm Johan yg suka tukar2 aweks,mulut manis ni 1 je ubat nye,jangan layan!!!jual mahal kat dorang!!!…

    ni belum2 dah tlebih feeling,trus terima..ni menunjukkan dia dah dapat apa yg dia nak..pastu try pompuan lain pulok lerrr…

    jangan terlalu mudah ngan dorang,bg dorang keje kerass skitttt..

    pastu baru dorang lebih hargai anda,kalau x dorang pike korang sama je macam pompuan2 lain yg pernah dtekel..

    0

    0
    • nida says:

      Ntah ape-apeeeee la ngko ni johan??! Kau dah tau mak kau mmg masalah bab pilih calon menantu. Dah kenape ko tak bawah lana jumpe mak kau dulu sebelum declare ape2. Sebelum btau kat paper ko nak masuk minang die ape sume. Ape ke ban***g nyeeee la ko ni.. nampak benor nak cari publisitinyeee. Tak tau nak cakap pasal ape ek dekat wartawan? Saje bikin panasssssssss

      0

      0
  8. tah ape says:

    Kesian kt lana. Baru tgk kt melodi aritu.. dlm ati mmg da agk, mcm xjauh hubungan ni.. johan2.. seronok la kau kan, canang 1 malaysia nk kwen lana, last2 mcm ni statement ko.. yg malunya pmpn.. lelaki?relax je, cari lain.. puihhhhh

    0

    0
  9. tersesat says:

    lafaz cinta mudah…lafaz putus pun mudah…nie la jdi nye klu buat keputusan tak fikir betul2…ingat perasaan org leh main2 ke…semoga johan lbih matang n lana dpt terima segalanya dgn hati redha jgn jadi cam dlu lak lps putus nie…doakan yg terbaik utk diorg..:)

    0

    0
    • Dena says:

      Kesian bila ade hati yg dipermainkan.. Org yg baru nk berubah ni sukar dijangka.. Takut memberontak..takut jd lebih dahsyat daripada dulu,,tanda protes…harap lana teruskan belajar utk berubah jadi lebih baik. Utk johan, kalau nk jadi lelaki, kalau betul syang, sama2 pujuk hati ibu anda…semua ibu nak yg terbaik utk anak… Kalau betul sayang buktikan la yg pilihan sendiri tu pilihan terbaik.. Bukan dah lamar anak org baru fikir ibu leh terima ke tak. Anggap je la masing2 xde jodoh.. Ape lg boleh dikata

      0

      0
  10. Hafiz Rahim says:

    Elok2 orang tu nak berubah..kena tinggal macam ni, takut niat nak berubah tu hilang balik je.

    0

    0
    • unknown says:

      huhu..kalo niat nak berubah tu hilang sebab putus cinta means dari awal dah tak ikhlas. kalo niat nak berhijrah kerana Allah..apa2 dugaan n rintangan pon dia tetap akan berubah. hopefully lana ni berubah kerana Allah la. bukan kerana johan

      0

      0
      • Dena says:

        Ikhlas tu x mudah untuk semua org.. Mungkin niat kerana Allah..tp johan sebagai support selama ni,, belum sempat belajar apa yg patut dipelajari,tibe2 sokongan tu patah… Ibarat nk naik keatas guna tangga, kalau tangga patah, habislah.. Kalau sempat berpaut alhamdulillah..

        0

        0
  11. layann aje la.. says:

    kesian!!

    0

    0
  12. BUNKFACE NO.2 says:

    beriya sangat mula2 tu.. kn dah..

    adehh la korang..

    0

    0
  13. Lulu says:

    Hurmm, da la jantan oi.. Meluat dgn statement ko dr dlu ko becinte dgn artis pompuan yg lain. Ending mesti clash. Pastu konon da mendalami islam sedalam2 nya. Plzz laa wey.. Jadiklaaa jantan sejati weyyy..

    0

    0
  14. Anti Jantan Tak Guna says:

    Spesis lelaki gini patut disunat 2 kali!

    0

    0
  15. Ngokngek says:

    inilah dia erti sebenar bangang abadi…terima kasih.

    0

    0
  16. kerangman says:

    Aku bukan nak puji diri sendiri, ini berdasarkan pengalaman aku sendiri.
    Pasal restu keluarga tu sebenarnya kalau di Johan ni sabar, ada jalannya. Aku pun melalui benda yang sama, perhubungan ditentang keluarga. Memang tentang kaw-kaw punya. Tapi aku sabar, aku bulatkan hati. Aku percaya hati manusia tu Allah yang pegang dan boleh dilembutkan.
    Aku tunggu selama 3 tahun untuk hati mak ayah aku lembut. Alhamdulillah selepas 3 tahun, apa yang aku hajatkan dimakbulkan Allah. Tanggal 13 disember baru ni aku dah selamat diijab kabulkan dengan wanita pilihan hati aku.
    Bagi aku, kalau betul2 kita nak sesuatu tu, tekadkan hati..cari jalan macam mana. Bukan awal2 terus surrender.

    0

    0
    • Long distance relationship says:

      Saya pun ada kawan yang hubungannya ditentang hebat oleh keluarga sebab hubungan jarak jauh. Couple dalam setahun putus, tapi still keep in touch dan tak sampai pun setengah tahun dah sambung balik senyap-senyap. Macam2 cara laki tu nak ambil hati keluarga kawan saya ni. Alhamdulillah sekarang dah setahun usia perkahwinan dorg dan sedang menanti kelahiran bayi kembar perempuan lagi 3 hari insyaAllah..

      0

      0
    • mierwa says:

      kes kite sama. memang kena tentang kaw2. tapi berkat kesabaran selama 3thn, dan yakin tu jodoh kite, alhamdulillah, next year akan diijabkabulkan.
      semua masalah, ada penyelesaian dia. berdoalah, inshaallah, bukan buat keputusan tanpa berfikir.

      0

      0
    • ina says:

      waah..suka baca komen kerangman..alhamdulillah..congrats =)

      0

      0
  17. Kak Kalsum says:

    Apa lagi nak di gembar gembur kan memang sejak mula buat kejutan meminang Lana macam susah nak percaya. Sekarang lagi satu kejutan. Nasihat kak som Johan sabagai orang Islam jangan menganiaya orang Islam khusus nya saorang perempuan, kau akan terima padah nya dari Allah. Doa orang yang teraniaya cepat terkabul .Tengok lah nanti.

    0

    0
  18. Kom says:

    PENGAJARAN BESAR BUAT LANA IALAH DGN PERANGAI DAN TINGKAH LAKU MCM DIA NI MMG SUSAH NK DIBUAT MENANTU..HARAP DIA SEDAR DAN KEMBALI KE NORMA2 KEHIDUPAN YG LBH BERTAMADUN DAN BERAKHLAK MULIA. AWAK TU X SELAMANYA MUDA. DH TUA NTI MALU DGN PERANGAI MASA MUDA..

    0

    0
  19. akuey says:

    Johan nie mmg teruk..wlaupon dah agak hub ni x btahan tapi masih berharap yg johan betol2 ikhlas kali ni. johan ni mcm hampeh..dulu ngan izreen, pastu konon nak bimbing nabila huda, then shila hamzah, skrg turn lana nordin lak…

    Lepas nie jgn lah ader artis pempuan yg pcaya lagi pada johan beruk nie.. Shila cari lah lelaki lain, jgn lah balik pada johan nie..x sukerrrr.

    0

    0
  20. ilya says:

    Siapa kah mangsa Johan seterusnya…? kalau berani try la Rita Rudaini..heroin baru dia dlm drama kat TV3….siapla kau kalau berani wat mcm ni…huhu

    0

    0
    • markonah says:

      Hahaha.. Aku suke komen ko..

      0

      0
    • ddd says:

      Rita rudaini? Mmg kenyang kena lahar la kau johan,,, tp elok pon laki mcm ni kena bg pompuan mulut laser sket baru reti bahasa…tapi aku x rasela rita taste ngn muka johan ni..huhu

      0

      0
  21. Dia says:

    memang Johan ni lelaki yang selalu bagi komen berunsur dakwah…dr dulu hingga sekarang…memang xsuka dengan kelakuan dia yang selalu beri komen berunsur dakwah ni… please Johan, lau xbleh nk berkelakuan seperti komen anda yang berunsur islamik, tolong jgn bagi komen lansung n please hentikan.. jgn rosakkan identiti Islam.

    Buat Lana, memang xsuka dia coz seksi gilerr… tp dengan ikhlas saya mohon awak teruskan penghijrahan awak… saya doakan awak akan kuat dan diprmudahkan urusan awak untuk berubah…

    0

    0
  22. db says:

    Banyak drama…

    0

    0
  23. Hati Emas says:

    Family johan xyah nk up sgt. Kita didunia ni sama disisi Allah..yg membezakan iman.
    Jgn memilih sgt sepatutnya bg pro n contra pd anak2. Zaman skng bkn mcm dulu.
    Tp yerlah kan anak jantan sorg. Hmmmm terus xminat sbb johan xde pendirian.
    Kesian lana, semoga hatimu tegar utk berubah…buktikan ada org yg lbh baik sbg pengganti johan.
    Buat shila jgn patah blk dkt johan, mgkin ada restu kluarga tp syg xmatang…

    #Allahnakujisekejapsaja,takutdapatmenantulebihdasyatselepasini.

    0

    0
  24. izat says:

    bagi harapan kat orang pastu buat bangsat! macam sial je johan ni…pelik.

    0

    0
  25. to johan says:

    eh johan!kalau botol la ko ske permainkan org,ko tnggu plak turn ko..mcm tu baru ko tau rasa cmner,,bajet alim konon slalu ckap psal agama,boleh bla la wei!!

    0

    0
  26. madees says:

    Ini memang agak bodoh!

    0

    0
  27. questions says:

    lana… be strong, hokesss…
    semoga lana nordin diberi kekuatan yg luar biasa dan semoga Allah tetap trus mencurahkan hidayah kepada kamu…
    johan…!
    semoga kamu juga diberi hidayah supaya lebih berhati2..
    tindakan yg betul tetapi kurang tepat.. fikir laa sebaiknya sblm kamu mmberi apa2 kptsan utk mmbuat sesuatu.. amin

    0

    0
  28. samad says:

    Johan dah puas lettew, apa nak tgg la, bla la

    0

    0
  29. eyka says:

    kalau btul2 ikhlas, mesti
    ganjaran yg dpt setanding dengan apa yang
    diusahakan…

    0

    0
  30. Any conie says:

    Ape la Johan ni. Senang jatuh cinta dan senang putuskan. Suka mempermainkan perasaan pompuan. Takut suatu hari nanti bila Johan dah bertemu dengan pompuan yg betul2 Johan jatuh cinta dan direstu oleh keluarga, pompuan tu pula yang permainkan Johan. Masa tu barula Johan akan sedar bagaimana rasanya bila dipermainkan perasaan.

    Lana pula jika benar2 ingin berhijrah, jangan berhenti setakat ini saja. Berhijrahla kerana Allah. Bukan kerana nak kawin . Mungkin ini satu dugaan buat Lana. Walaupun tidak bersama Johan lagi, teruskan niat untuk berubah. InsyaAllah, jika ada jodoh, orang yang lebih baik akan hadir dalam hidup Lana.

    0

    0
  31. mrs crook says:

    agak dh…hepi ending kot…

    0

    0
  32. aku comel says:

    Bkn nak cakap a, tp dulu aku dh agak mcm neyh akhirnya. track record johan dgn bekas2 gf nya.. well.. mungkin johan pura2 aje ajak pompuan kawen sbb pompuan ni lemah bila org ajak kawen. kalo jujur ikhlas dia wajar bincang ngn parents dulu pastu baru hebahkan ke khalayak ramai. then pinang la .. tu anak org. kamu ingat kamu lelaki boleh wat sesuka hati? pompuan2 pun jgn la mudah terpedaya, bila jantan ajak kawen terus mcm dh kawen mesranya. beringat la. dlm masyarakat manusia ada byk musang, dlm masyarakat haiwan takde manusia.. so utk lananordin, beristiqamah dlm usaha kamu utk berubah. insyaa Allah akan dipertemukan dgn yg lebih baik. tgk contoh mcm irma hasmie, lps break ngn nabil dpt suami lbeh hensem dan sesuai.
    jika takde jodoh sekarang pun , di akhirat yg lebih penting. anggap lah ini ujian utk berubah. lg pun kita ni bkn semakin muda.. tarikan graviti akan melondehkan segala yg tegang dan mantap..so dont be so sad about the break up.

    johan pula, insaf la kamu. ingat sikit masa muda boleh la kamu main2kan anak dara org. dh tua nanti tgk lak cmner kamu fenin memikirkan keturunan kamu takut2 pembalasan atas sikap kamu.

    0

    0
  33. N says:

    seriously, terkejut jugak mula2 dulu.

    3 hari kenal, dah melamar? drastik sgt. klau boleh biar laa kenal betul2 dulu. klau rasa boleh bwak hubungan ni jauh, solat istikarah, mintak petunjuk.

    klau xde persefahaman, then, bawak haluan masing2 je. lagi senang. tak de istilah ‘ putus ‘ dlm kamus hidup.

    0

    0
  34. maya says:

    Kalau korang ada baca statement johan dlm akhbar tu.. dia putus sbb xde restu keluarga. Aku mmg da lama suk stalk2 ig mak johan tu. Dia x nak bermenantukan lana sbb dia nak shila tu yg jd menantu dia. Tgk je pd pic2 kat ig tu ada je muka shila. Ye la kan siapa yg x nak menantukan shila tu da la femes d msia n shanghai. Byk anugerah pla menang tu. Huhu yela org berdarjat kan mna nak pilih menantu spt lana. Aku doakan lana dpt some1 much better dari johan dgn familynya yg ala2 bajet vvvvvip. Lg 1 mak dia mmg pki tudung mcm tu ye… ? Opps..

    0

    0
  35. maya says:

    Kalau korang ada baca statement johan dlm akhbar tu.. dia putus sbb xde restu keluarga. Aku mmg da lama suk stalk2 ig mak johan tu. Dia x nak bermenantukan lana sbb dia nak shila tu yg jd menantu dia. Tgk je pd pic2 kat ig tu ada je muka shila. Ye la kan siapa yg x nak menantukan shila tu da la femes d msia n shanghai. Byk anugerah pla menang tu. Huhu yela org berdarjat kan mna nak pilih menantu spt lana. Aku doakan lana dpt some1 much better dari johan dgn familynya yg ala2 bajet vvvvvip. Lg 1 mak dia mmg pki tudung mcm tu ye… ? Opps….

    0

    0
  36. kesuma jiwa says:

    kalau betul dia fikir ttg restu keluarga masa mula2 bercinta duu mesti dia da minta restu sebelum umum kt public..knp perlu bgtau semua org sdgkan parent tak tahu? pastu canang satu malaysia lana ni bakal isteri la, perempuan yg baik la, lana nak berubah la, perlu dibimbing la…kononnya Allah temukan dia dgn lana slp dia pergi umrah dan berdoa utk dpt jodoh yg baik…jd apa yg ko karutkan sebelum ni setan???? giler playboy ko nih..ko sptutnya yg pegang watak king dlm pisa tu..seswai sgt ngn jantan propa mcm ko nih..
    and to lana, sila buktikan pd org ramai yg ko berubah bukan kerana johan tp kerana Allah..ko sendiri yg kuar statement mcm tu so jgn smpai dituduh munafik plak nnti ye…aku harap perubahan ko tu bukan kerana jantan tu…
    kite tunggu dan lihat nanti sape yg benar sape yg salah…

    0

    0
  37. maya says:

    Dear lana..aku doakan ko akan jmpa lelaki yg btl2 ikhlas dgn ko bukan mcm johan tu. Aku da agak da mesti xda restu family. Tgk je dk ig mak johan tu ada je muka shila kt sna. Yela johan kan keluarga vvip katakan. Mesti la dorg xnak menantu mcm lana tu. Of course dorg nak shila yg jd menantu. Family johan tu bajet2 vvvvvvip la sgt pilih menantu yg dri kalangan yg baik2 shj. Tgk la nanti. What comes around goes around. Allah itu maha adil. One more thing… Mak johan nmg pki tudung mcm tu ke.. oppssss..

    0

    0
  38. Anonymous says:

    sudah sudah la johan nak mempergunakan ayat ayat suci Al Quran milik Allah utk kepentingan diri yang secara terang terangan bertentangan dgn ajaran Islam. Johan dok berpung pang pung pang bg statement semua berunsurkan Islam. tapi berpeluk peluk berlaga laga pipi dgn bukan muhrim tak kisah plak kan. memalukan Islam je. berlakon pun sendu tak habis habis kontroversi nak menikah dari sorg artis ke artis perempuan je.

    0

    0
  39. ahark says:

    Tpi.. msaalahnye skunk shilaa nak lgi ke ngn si johan even baek ngn mak si johan nii.. sorry la.. aku pon de pngalaman mcm ni.. smpai skunk aku baek n keep in touch ngn mak xbf aku..but nak kat anak die balik mmg xlaaaa..

    0

    0
  40. taik ayam says:

    Tak yah nak salahkan mak johan. Put urself in her shoes.. mom wants the best for the kids, nothing to do with status..
    Be positif. Salah johan sbb janji dia tak tepati. Salah lana pulak, excited awal sangat. Chow..

    0

    0
  41. Buaya says:

    Johan dah sedap terus chow laaa . apa tunggu lagiii . dah dapat barang baik . nampak sangat dah sedap terus nak chow . haihhh

    0

    0
  42. Cik Qiqi says:

    Mangsa Johan: Izreen Azminda, Shila Amzah, Lana Nordin, ……next??

    0

    0
  43. Mak Jemss says:

    Bahalol pny johan! patutnya sblm kau bercinta dgn Lana kau mst dh pikir kot pasal hal ni. Sah-sah la mak kau x terima lana. Kau pikir la cara buat mak kau terima.

    Dasar lelaki buaya!!

    0

    0
  44. Tak menyabor tul lah.. says:

    Aku agak dh.. tu la ko johan gelojoh sgt, klu btul suke..lain kali first mintak restu dulu especialy ibu ko.. suke ke dia.. ndak ke dia si lana jadi menantu.. Jgn ikut rasa ati je pegi canang kat media.. restu orgtua tu penting oii.. klu x becerai berai la jadinye..

    0

    0
  45. Anonymous says:

    ada sesetengah pihak salahkan mak johan. tapi rasanya tak patut kita salahkan mak dia, sebab maybe dia ada sebab tersendiri tak setuju dengan pilihan tu. all parents nak yang terbaik untuk anak diorang. yang saah 100% ialah punca utama dia, mamat tak berguna tu. next time before anything,discuss dengan parents dulu. dah kau tau ada possibility mak kau tentang, pujuk dulu. baru ambil the step melamar. tak payah bagi alasan, memang obvious sangat kau nak publicity murahan je jantan oi.

    0

    0
  46. hani says:

    johan ni dah kenape??? mcm batak nk bercinta jerr.. same cm shilalat tu..

    0

    0
  47. layann aje la.. says:

    johan kawen je la ngn shilalat tu.. dua2 desperado, dua2 meroyan.

    0

    0
  48. zz says:

    memalukan kaum lelaki sungguh si Johan ni.Aku sebagai lelaki pun cukup takut untuk mempermainkan perasaan kaum wanita. Wahai sheila hamzah, macam ni ke yang ko anggap sebagai abang? Johan, jika ini masa untuk sheila dan lana, akan tiba masa untukmu sebagaimana yang kau buat pada sheila dan lana. To both lana dan sheila, lupakan si Johan, mamat tak boleh pakai!!!!!

    0

    0
  49. anakmalaysia says:

    Betullah ape yg aku komen 2,3 hari lepas, Johan ni nak amik kesempatan je…..dia cuma nak ‘sow his wild oats’ je. Takkan lah dia sebodoh tu nak amik perempuan mcm si Lana ni wat bini. Bukan setakat bekas org, dah bekas berapa lelaki. Nak wat bini mestilah nak cari yg baik2. Aku harap adelah mana2 ustaz yg duk berceramah and berdakwah situ sini tu, amik si Lana ni wat isteri, boleh tolong bimbing dia, and yg penting dpt pahala …

    0

    0
  50. semalu says:

    Hahaha….mamat poyo ni sengaja cari publisiti murahan, yelah dia cume suam2 kuku. Kalau tak wat mcm ni takde lah muka dia masuk paper. On the other hand,, si johan ni mmg cepat berubah hati. Hai…mcm mana lah kalau dah kawin nanti……duk atur ke isteri, agaknya terlebih quota nanti.

    0

    0
  51. alfatihah says:

    Padan muka korang..poyo je masing2..cinta ikhlas konon..kata shila x matangla..last skali mngaku diri x matang..wat lana ngan johan what u give u get back…alfatihah aku ucpkn..

    0

    0
    • red velvet says:

      ape salah lana?? ape yg die poyo?? kalau ade lelaki nk meminang ko lepas tu lelaki tu plak single..ko rase? kalau ko tknk sekalipun tp ko msti akan bg jgk jgk ruang utk tgk die betul2 ikhlas ataupun tidak kan…taktau la klu ko ni spesies org yg tkde hati dan perasaan..klu ye pun minat sgt shiela tu jgnlah tksub sgt smpai menyalahkan org yg tk spatutnye dislhkan..die pun mgsa keadaan jgk.. ko ni mcm bdk2 sekolah rendah

      0

      0
  52. Anonymous says:

    Mmg dh agak dh Johan Akan putus kan hubungan dgn Lana…Johan ni kan gila publisiti n buaya…jumpa sehari dh cinta konon…nak nikah…skrg bla dh tak mau…bg alasan krn keluarga tak restu…if u mmg hormat dan pentingkan org tua tak Ada la u tergesa2 hebahkan hubungan dgn Lana Tanpa pengetahuan dan persetujuan org tua…kan u kata Lana tu petunjuk jodoh u masa kat mekah…dasar penipu …masa Johan kata selagi belum nikah Lana belum tentu jodoh dia…masa tu dh tau buaya darat ni mesti dh nk tukar fikiran…Lana mmg nmpk liar but sekurangnya dia tak hipokrit …bukan mcm jantan ni tapi yg peliknya knp masih ramai yg tertipu dan percaya dgn tpu helah si Johan ni

    0

    0
    • minah jambu merah biru says:

      mungkin johan maseh sayangkn si shila amzah n besar kemungkinan mak si johan suroh johan kawin ngan shila emmmmmm mungkin jugakm eh…ahhhhhhhhhhhhhhhhh jantan mlayu memang macm gitu lah macm siak ! fizo jugak yg bagos lamar mawar kt panggong wayang sweetttttt je…tu baru kate iklassss…si johan ni sengaja nk main2 ajeeeeee dia bukan betol2 sukaaaaa mungkin in future johan akan dapat jodoh ngan orang asli lah mungkin tu buatkn dia iklas fmili pon hepiiii….

      0

      0
  53. dua kupang says:

    kehadapan Johan As’ari. lain kali, kalau nak melamar or nak meminang mana-mana perempuan yang kau berkenan, adalah sebaiknya berbincang dengan keluarga kau dulu. tanya pendapat parents, family tentang calon pilihan hati kau tu. sama ada diorang setuju ke tak. bukannya “bincang” dengan reporter dulu. bila dah jadi macam ni kan dah malu. restu mak ayah kau entah kemana, cinta hati kau pun ntah kemana. bro, jadi artis ni kena banyak pakai otak sikit. sebab orang amik taw pasal life kita. bukannya pakai cakap je depan reporter.

    aku rasa artis-artis kat Malaysia ni kena amik course dulu la before masuk dunia hiburan. amik course bagaimana untuk bercakap tentang soal peribadi kepada public.

    0

    0
  54. maria says:

    “Saya percaya ibu dan ayah mempunyai perasaan yang kuat terhadap kawan-kawan anak mereka di mana mereka boleh mengagak baik buruknya perangai seseorang itu.

    ayat ni shila amzah yg cakap masa dia tgh syok kat mamat playboy ni..
    geli hati pulak..ND lala mesti xtau nak letak muka kat mana kan..baik ke johan asari ni ? macam cilaka je..macam minta terajang je…

    0

    0
  55. daniel hanney says:

    Nabi SAW pernah bersabda :

    ” Rahsiakan pertunangan dan hebahkanlah perkahwinan.”
    (HR Ahmad).

    tapi org kita, terbalik…

    sama2 muhasabah diri.

    0

    0
  56. ratna says:

    ada hikmah yg paling manis buat lana… la tahzan.. Allah ada.. :-)

    tetaplah pada pendirian, wahai Johan Ashaari.. sapa pun cinta ati awak lepas ni, berusahalah meraih restu mak ayah dulu.. jgn jadi macam ayam… baru bertelur sebiji dah riuh sekampung..

    kalau kita nakkan sesuatu yg kita syg sgt, kita takkan sanggup kehilangan ia dan akan terus brusaha mendapatkannya….dengan usaha dan doa.. bukannya baru kena ‘jentik’ sikit, dah mengalah… macam ni ke nak jd suami org? mcmna nak prtahankn rumahtangga kelak jika dilanda badai?

    saya setuju dengan encik daniel hanney… selagi takde ‘respond’ dari mak ayah, usahla canang apa2, wallahu’alam.

    0

    0
  57. wazekage says:

    makin parah..

    0

    0
  58. wooo says:

    lepas ni ada drama ‘playboy/ustaz itu bukan suami aku’ dan heronya sesuai untuk Johan… mantop! hihihik…

    0

    0
  59. orang_penting says:

    tak sabar nk tgk ND lala bukan kenduri kawen anak pompuan sulong dia tu ;)

    0

    0
  60. Datin Hangit says:

    bodohlah johan ni…nmpk sgt suke mainkan perasaan orang..ni sume kes nk mencapap la ni..tah2 dh dirancang sume..dan2 la kate tkde restu org tua..klu ko mengharapkan restu org tua, kenape tk mintak restu awal2 sebelum melamar lana tu..bodosss

    0

    0
  61. peanut says:

    x jadi pulak? itu namanya kulit kacang di kupas tapi isi lupa nak makan…
    bercinta dgn org tu, nak bertunang dgn org lain. kawin nanti pun mesti org lain. eee… x minat ahh dgn johan dah lepas ni. nyampah!

    0

    0
  62. Anonymous says:

    rasanya shahnaz lagi baik dari johan,at least nak kat shila bkn main2..panas baran pun kalau org sentuh hal peribadi dia,cuma dah lepaskan hal diorg,si johan ni mmg suka main2kan org..xde sifat gentleman langsung..xde pendirian..mcm lalang,kan bagus shahnaz ngn shila jew..

    0

    0
  63. ABC says:

    statement Johan anggap Lana kawan biasa. so tak payah la ada nak clash2 , berpisah bagai..ckp putus kawan ajer udahler..

    0

    0
  64. BuDin says:

    lol….dh cretttt blah laaa….power bak hang!!!

    0

    0
  65. hehehe says:

    kalau aku jadi shila amzah, confirm aku x hingin si johan ni lepas ni

    0

    0
  66. melor berbisa says:

    Johan : kalau rasa xmampu nak kotakan janji, jgn beri harapan. ikhlas tp tak berusaha pun xbole jgk.bl diketahui ramai dh mengaibkn byk pihak. awk pun dicop itu ini. suka ke cmtu?
    lana : be strong, janji Allah itu pasti.
    pihak lain : doakan kebahagian walaupun mereka xbersama.
    datin a.k.a mak johan : datin, tiada insan berdosa yg tak inginkan bahagia dan berubah.
    wallualam.
    saya – melor berbisa

    0

    0
  67. geram aku says:

    suka hati mak bapak tiri sedara kembar ko je kan Johan.. kalo tak matang lagi ko xpayah la nak bagitau nak kahwin. ni tak pasal2 lana dapat malu jadi mangsa

    0

    0
  68. cik tom says:

    patut si johan usaha tambat hati ibu dulu sebelum give up..ni xsmpi sebulan dah giveup…kalau xsure lg nak kahwin..xyah nak canang 1 malaysia..bila dah banyak case dgn pmpn ni..rs si johan ni mmg problem..bajet playboy boleh main2 kan perasaan pmpn…hmm..isk2…hrp lana tabah..

    0

    0
  69. karen says:

    kan aku dah cakap…so pompuan2 di luar sana tlg berhati2 ye! sudah dijangka mamat ni poyo. anyway kesian kat lana, sanggup berubah tetapi rupenya ditipu oleh janji manis si poyo ni plak. semoga lana tabah dan teruskan usaha berubah ye? insyallah jumpa yg lg best la dr mamat “poyo” nih!

    0

    0
  70. adindalia100@yahoo.com says:

    Sabar ye Cik Lana,terus penghijrahan wanita muslimah,didoakankan bertemu lelaki yang baik membimbing Cik Lana.Insyaallah.AMINN

    0

    0
  71. mama parodi says:

    Ish…korang ni kenapa ek? dah takde jodoh, putuslaaa…dah mak dia tak suka…nk wat mcm mana? kalau dh kawin kena cerai lagi la kesian kat lana…kalau mama jadi lana, mama redha je lah…kalau dh bakal mak mentua tak suka, blah je lah…ramai lagi yg suka kat lana nk buat menantu…ada laa hikmahnya kat lana dan kat johan…

    move on ok :-)

    0

    0
  72. ntah apa apa says:

    Dia ni bukan lalat tapi langau…aku tak kesahla dia nak buat apa pun tapi tolong la jangan guna sentiment agama…asal cakap petunjuk Allah..asal cakap guna nama Allah asal cakap mesti nak selit agama tapi perangai cam hampeh…
    Tolong sedar bahawa dosa menyakitkan hati sesama manusia dan berlaku zalim terhadap hati dan perasaan manusia juga di kira dosa besar apatah lagi mengaibkan sesama manusia..kata ilmu agama tinggi tapi perangai tak macam orang berilmu langsung..
    Ada Ustaz berkata “Jika kita berani ‘memperkosa’ kesucian cinta, awas ia akan menuntut balas dengan cara yang paling kejam.” justeru kalau ada yang membunuh diri akibat gagal bercinta mungkin balasan dari tindakan mereka yang pernah meluka dan menzalimi perasaan hati dan cinta orng lain masa lalu..renung renungkan l

    0

    0
  73. ANON says:

    BOLEH X STOP CERITA PASAL MEREKA NI? SORANG X HENSEM, SORANG PERASAN LAWA SANGAT.. DAH DAH LA TUU

    0

    0
  74. Kemek Suhaiza says:

    mungkinkah johan nak meminang si noraida butang tercabut itu yg baru bergelar janda?

    0

    0
  75. Bunga says:

    Saya memahami merasai apa yang Lana alami.. bagaimana bila orang tuanya tidak merestui kita dan tidak berkenan kepada kita.. tetapi saya bukan mcm lana yg seksi saya btudung..tetapi sbagai perempuan apa yg dialami perasaan ttap sama… apa yg saya rasa apabila ibunya tidak menyukai saya pertama saya rasa terhina.. padahal keluarga bukanlah hebat sgt..sama je ng keluarga saya.. ttpi apabila ditolak mentah2 saya rasa mcm saya ni teruk.. n kedua saya rasa kecewa kerana sidia tidak bersungguh2 .. memang cinta tanpa restui keluarga tidak baik.. tpi baik ke selama ni bnyak memberikan harapan.. skrg saya dah bahagia walaupun msih single

    0

    0
  76. ahakss says:

    dah la tak hensem, bangsat la plak. belagak warak, lakonan ntah apa2 prasan bagus. blah la woiii

    0

    0
  77. Anonymous says:

    kena kau perempuan macam Rita Rudaini..siap kau Johan..!!!!

    0

    0