Written by Bella | October 13th, 2015

Beberapa pelakon lelaki yang cukup tegas dengan prinsip mereka untuk tidak menyentuh wanita bukan Muhrim ketika berlakon membuatkan Johan As’ari merasa kagum dengan mereka. Malah, beliau juga menyokong tindakan mereka apabila tidak selesa melakukan perkara berkenaan.

Tindakan pelakon-pelakon meletakkan syarat untuk tidak bersentuhan itu sesuatu yang bagus dan ia adalah hak mereka untuk berbuat demikian. Ketika ini pengarah drama susah boleh dibawa berbincang tentang apa yang boleh dan apa yang tidak, mereka boleh bertolak ansur.

Walaubagaimanapun, Johan buat masa ini belum lagi meletakkan sebarang syarat jika sesiapa ingin bekerja dengan beliau dan masih lagi cuba yang terbaik untuk membawa apa sahaja watak yang diberikan selagi sesuatu babak bersentuhan itu tidak melampau.

Bagi saya selagi babak itu tidak keterlaluan, boleh diterima dan tidak menjengkelkan, saya akan lakonkannya sehabis baik. Lagi pula kita ada sesi perbincangan dengan pengarah untuk menjayakan sesuatu babak dan dari situ juga kita boleh berbincang untuk kurangkan apa yang tidak sepatutnya.

Antara artis yang sudah mula meletakkan syarat untuk tidak menyentuh wanita lain adalah Nazim Othman dan Syarul Ridzwan.

Baru sahaja pulang daripada India serta Bangladesh selepas tiga bulan mendalami ilmu agama di sana, Johan menjelaskan beliau  tidak pernah menganggap dirinya seorang yang alim ataupun berniat mahu menunjuk-nunjuk kepada orang lain.

Mengenai perkembangan karier beliau, Johan kini sedang sibuk mempromosikan filem Juvana 2 yang akan ditayangkan pada 29 Oktober ini.

Sumber Berita: mStar Online

 

25 responses to Johan As’ari Kagum Dengan Pelakon Lelaki Yang Elak Sentuh Wanita

  1. melati says:

    Pilem..2 melayu dah makin mundur..pastu korang pelakon2 lelaki konon ..tk boleh sentuh Tgn pompuan…kalu camni ..tk lama lg Pupus lah citer2 Melayu…

    0

    0
    • Anonymous says:

      Bersentuhan je pun…bukan berzina. Tak nak sentuh, ko bukak gerai jual karipap je. X pyh jadi pelakon.

      0

      0
    • Pelik sungguh MELATI says:

      Melati, ko agama apa ek? Pelik sungguh dgn komen ko!

      0

      0
    • Pekerja Gomen says:

      Kalau mcm tu ko melati bleh jadi pelakon extra…
      Sbb bila part peluk ke..
      Pegang tangan ke… ko buat ngan pelakon lelaki tu..
      Konfem tak haram… sbb lelaki ngan lelaki bersentuhan..

      Yang haram cuma engko la sbb berpakaian mcm pmpn…
      ekekekekke

      0

      0
    • jalil hamid says:

      Astaghfirullahaladzim…. Mengucap la Melati & anon 3.08pm

      0

      0
    • Mak Jemah says:

      ko ni ade je tk puas ati kn ngan org lain..
      APE KATE pasni agak2 ade adegan peluk2 n ranjang blh la ko gantikn tmpt pelakon tu ea…
      kn tknk pilem melayu pupus…
      kalau pilem melayu pupus tkot org2 mcm ko pon pupus gak…

      KBAI

      0

      0
  2. kak nam says:

    tinggalkan saja dunia lakonan, itu jalan terbaik. byk lagi kerja boleh buat. masih perlu apa lagi bersekongkol dgn filem. buat mcm noorkumalasari…tinggal terus dan beristikomah!

    0

    0
    • pikah says:

      kalau semua tinggalkan dunia lakonan, dah tak ada lagi babak2 yg memaparkan betapa bod*hnya pelakon. kita sebagai penonton kena la belajar supaya jgn jadi bodoh cam diorang. i loikee

      0

      0
      • Kak Jah says:

        Kalau ko tk suka tngk drama atau filem yg banyak Haram nya ..
        Apa susah nya samgat . Ko tukar aje ANIMAL PLANET.,
        org mlaysia ni mmg tk blh tngk apa2 jenis hiburan atau Drama .

        0

        0
  3. Gayah says:

    Dr dulu mmg tak bkenan dgn mamat poyo ni! Lbh baik la ko tinggalkan terus dunia lakonan / seni. Byk lagi pintu rezeki halal yg blh dbuat.

    0

    0
  4. Anonymous says:

    Ikut kesesuaian

    0

    0
  5. says says:

    Poyo.Tak nak sentuh wanita.Tapi drama kisah kemaruk celah kangkang,kemaruk nak kawin saja yang bersepah.setiap babak cakap pasal nak kawin,nak bured,nak celah pepek.lain tak de.paling hebat pun aksi makan bersungguh2.

    0

    0
  6. lara alana says:

    Johan As’ari Kagum Pelakon Lelaki Elak Sentuh Wanita. hmmm !! aku pun kagum dengan pelakon tu tp kenapa Johan As’ari keluarkan statement ni? nak cakap dia sendiri tak ‘tahan’ kot dengan scene romantik. bagus pelakon tu dan tak bagusnya johan asaari. statement makan diri kesiannyaaa.

    0

    0
  7. Anonymous says:

    pelik la..die kagaum dgn pelakon lelaki yg xnk sentuh wanita bkn mahram..tpi knp dia sndiri x tolak..rasenye da cukup ilmu agama yg die menuntut selama ni

    0

    0
  8. Kak paridah jon says:

    Adoi sakit perut akak ni … Nk terberak la .,
    Baca statement Johan ni tetiba aje perut ni nk kluar Tahi !!!!
    Adoi .. Adooooiii ..
    Napa la ko balik sini johan oi .. Dok aje la pat Bangla tu .. Sedap pompan bangla yg bau masam pat sana tu..

    0

    0
  9. zaza says:

    sejak kisah dia propa dgn shila amzh gan tinggalkan lana nordin mcm org bodoh aq dh start tk percaya apa saja yg keluar dari mulut mamat ni. boleh jadi semua tu dusta semata mata. kalaw dgn shila dgn lana pon dia boleh main mainkan apatah lagi kita sebagai org luar ni. dia kencing kan aje.

    0

    0
  10. Anonymous says:

    Dulu ada sekor penyanyi da hijrah konon nk berhenti nyanyi .
    Pas tu ada plak pelakon pompan sekor plak da hijrah jadi plak ustazah jadi jadian.
    Ni plak Pelakon nk protest pegang tangan plak..
    Kan bagus korang dok carik makan pat Arab aje.
    Cam ni kuborkan aje industry hiburan dan perfileman,
    Hidup industry Melayu Alim ., hidup !!!

    0

    0
  11. minah jambu says:

    pegi sondol lah lu johan huh !

    0

    0
  12. Kkpl says:

    Kalau da takmo pegang pompan baikla ko jadi peniaga burger pat pasar mlm aje. Mcm2 la nk tu nk ni dah tu berlakon kaku mcm batu .

    0

    0