Written by AbangNara | June 10th, 2015

Minggu hadapan, Johan As’ari bersama rakan-rakannya akan berkelana ke India selama 4 bulan untuk mendalami ilmu Al-Quran. Keputusan ini dilakukan demi menunaikan pesanan arwah ibunya. Pemergian Johan selain untuk mendalami ilmu Al-Quran adalah untuk mempertingkatkan ilmu hafazan dan mendekatkan diri kepada Allah. Johan juga bakal berpuasa dan menyambut Syawal di India.
johan as'ari

Kata Johan:-

Insya Allah selepas segala urusan kerja yang tertangguh selesai, saya akan berangkat ke sana secepat mungkin. Sekarang saya perlu melunaskan tanggungjawab untuk satu fotografi filem Juvana 2 dan 3, kemudian baru boleh berangkat ke India. Saya akan menghabiskan masa selama 4 bulan di India, sekaligus mengambil peluang untuk mendekatkan diri dengan Allah.

Sebenarnya saya telah lama menanam azam untuk ke sana, namun ekoran berdepan dengan tanggungjawab kerja, hasrat itu terpaksa ditangguhkan. Tambahan arwah ibu sendiri pernah menyuarakan hasratnya untuk saya memperbaiki ilmu hafazan kerana telah lama ditinggalkan. Disebabkan itu, saya nekad mengambil keputusan untuk meninggalkan Malaysia demi mengejar ilmu di sana.

Saya akan berangkat ke India secara berkumpulan iaitu seramai tujuh hingga lapan orang. Di sana sudah ada rakan yang menunggu kami. Seorang daripada kami akan dilantik selaku ketua rombongan.

johan as'ari

Selamat pergi dan selamat pulang Abang Nara ucapkan kepada Johan As’ari. Semoga pemergian anda dirahmati dan diberkati olehNya. Semoga mendapat apa yang dicari di sana. Apa-apa pun, jangan lupa untuk menjaga keselamatan ketika berada di negara orang. Selamat menimba ilmu. Good luck!!! Sumber Kosmo.

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

33 responses to Johan As’ari Berkelana Ke India Selama 4 Bulan Untuk Dalami Ilmu Al-Quran

  1. Anonymous says:

    ni retis2 yg bakal nak masuk PAS….

    0

    0
  2. Queen Aurora says:

    So happy to read news like this! Keep it up!

    0

    0
  3. Kaka says:

    Alhamdullilah… bagus sangat,

    Ingat mendalami Al quran kerana Allah, bukan kerana nk dpt pengiktirafan manusia.

    Doakan awak yg terbaik..

    Pas balik Malaysia ni, jgn gunakan pakej agama utk tabur ayat ayat cinta awak utk pancing wanita2….

    Gunaan utk membimbing kepada yg memerlukan..

    0

    0
    • classywoman says:

      Setuju-setuju!! Johan nie annoying gila show off pasal agama tapi tak setara dengan tingkah laku. Dipendekkan cerita, hipokrit!!

      0

      0
      • nik says:

        nickname kemain lg classywoman bagai… tp kritikan ke lauuuutttttt… x de class lgsg.. amende la ko ni… cube bg komen membina sikit… org mcm ko ni la yg wujudkan manusia jenis narrow minded…

        0

        0
        • classywoman says:

          HahaHa janganlah marah nik. Komen saya tu adalah apa yang saya rasa tentang Johan.

          0

          0
  4. Dibah says:

    Lbh elok tinggalkan dunia seni terus.

    0

    0
  5. pinana says:

    alhamdullila… teruskan usaha murni anda johan..
    semoga arwah ibu mendapat syafaat drpd amal baik n ilmu agama..
    aamin aamin ya rabbal alamin..
    subhanALLAH

    0

    0
  6. tecit says:

    Tabligh

    0

    0
    • minah jambu terlajak habis says:

      kesian kau ni johan huhu sampai ke india nk mendalami ilmu Al Quran ..kt Malaysia tk boleh ke ?

      0

      0
    • minah jambu terlajak habis says:

      minah jambu memang tk minat ngan mat tabligh tabligh ni terima khaseh aje lah ye thank u ..

      0

      0
  7. Haha says:

    Ne confirmmm tabligh!!!!!… Balik malaysia confirm bayann bayann kemudian.. Anti pembaharuan.. Kata dakwah dalam media sesat ..

    0

    0
  8. Miss Bunga says:

    Leps nie xyah laa lagi berlakon aksi suami isteri atau gf bf laa ye… ambil watak jadi polis ke doktor ke ataupun ambil watak jdi pelakon tambahan…

    0

    0
  9. anon says:

    Mamat sewel ni dulu mmg belajar pondok kan. Pahtu jadi artis, ni nak dalami islam pulak. Agaknya terkejut mak dia meninggal hari tu…. Ape2pun kalau betol2 nak dalami islam, tinggalkan je dunia seni yg penuh dosa & noda…

    0

    0
  10. nik says:

    ish ish ishhh… orang nak pergi beramal pon mcm2 korang nak kutuk kan… ada la sebab dia nk menuntut di india… mungkin kalau di malaysia ni, dia still x mampu nk tahan nafsu dia trima tawaran lakonan… cube la husnuzon sikit… ak pon x baik mane… tp x de la smpai semua benda ak nak kutok… agak2 la wehhh… at least dia ada kesedaran nak brubah… korang lak, bila nak brenti kutok orang??? diri korang perfect sgt keee???

    0

    0
    • Sedey gak bila tgk keyboard warrior nie asyik dok mengutuk orang.
      Peluang utk mendalami ilmu agama….ke India ke..ke China ke….ke Trinidad & Tobago ke… apa salahnya… nak luaskan pengetahuan… nie tak….asyik nak mengutuk je korang nie.

      0

      0
  11. putar alam says:

    balik jgn putar ayat quran nipu pompan mintak jais perati johan gilababi ni

    0

    0
  12. khadeeja says:

    Alhamdulillah. Semoga istiqomah. Rabbi yassir wala tu asir rabbi thamin bil khair. Rabbana zidna ‘ilma. Ameen ya rabb.

    0

    0
  13. Anonymous says:

    Pelik juga tengok Johan ni. Kata alim. Tapi bila cari bini nak yang seksi2.

    0

    0
    • Johan Jawa says:

      Hahahaha.. Setuju!

      0

      0
    • anonymous2 says:

      pelek nya kan..dh tu..klo bukan orang alim yg dpt selamatkan pompuan seksi…spa lagi? xkan org alim kawen org alim..pompuan seksi spa yg nak selamatkan??? engko? tula..sbbnya ..mungkin slpas kahwin ..dia nak ubah isteri dy jadi lebih baik..x smua org ada pengalaman baik masa lampau..apa yg baik adalah bagaimana pengakhirannya…pelacur pun boleh Allah masukkan syurga..haa ..jadi kta tak tahu mana amalan kta yg boleh msukkan kta ke syurga.. aku pon blum tntu ag baik…hmm… sma2 doakan utk johan..

      0

      0
  14. aku says:

    ramainyaaaaa dengkiiiiiii

    0

    0
  15. loyalmalaysian says:

    Kat Malaysia x bole belajar agama ke? Byk je ustaz2 bertauliah yg layak mengajar…

    0

    0
  16. Anonymous says:

    Ustaz kat Malaysia ni byk yg sesat. Kepalang ajar kebanyakannya. Terlebih belajar agama masuk ISIS. Terlebih ikut jadi ahli tabligh sampai abaikan anak isteri. Lepas tu guna agama utk puaskan nafsu. Kawin mesti lebih dari satu. Poligami ikut sunnah nabi katanya tapi nafsu yg lebih. Lepas tu biar bini pergi belanja anak sendirian. Dia sibuk ikut tabligh katanya. Tu yang si Johan ni tak nak belajar ilmu agama dgn ustaz kat Malaysia.

    0

    0
    • Kaka says:

      Walaupun comment awak ni mcm over sangat, tp sy setuju. Ustaz skrg ni bentang hukum pandai, diri sendiri x ikut hukum buat x tau..

      0

      0
    • sshhhh says:

      lebih kurg sme je dgn johan ni gune agama semata2 nk pikat wanita…xde beza pun johan dgn ustaz2 y seperti anda sebutkan…hahaha…

      0

      0
  17. Joyah Pok Pek says:

    bab agama dan amalan dia saya x berani nak complain. Allah lebih tahu niat dan keikhlasan Johan. Yang penting nak pesan : Sesiapa yang pakai baju bola tu usha2 sama logo diorg ni kekdg ada tanda salib lah tanda yahudilah..kita ni tak tahu kekdg rasa megah pakai baju bola terkenal mahal..padahal duk angkut tnda yahudi kristian merata2 kat badan..wallahualam >sekadar berpesan<

    0

    0
  18. Anonymous says:

    kalau ke India 4 bulan ni sah2 ikut tabligh…alhamdulillah…bagus lah kalau mcm tu…semoga beroleh taufik dan hidayah…jgn laa kutuk org nk buat benda baik…

    0

    0
  19. apanakbuat says:

    TABLIGH…. Alhamdulillah

    0

    0
  20. cik kak says:

    alahai…alhamdulillah walpn dia ada buat kontroversi tapi sekurangnya dia masih sedar utk berubah..kita doakan je yg baik2 utk dia..xrugi apa pun :) semoga kita juga Allah beri hidayah…kita tak tahu apa yg akan dia dapat selama perjalanannya mencari redha Allah

    0

    0
  21. Kak long says:

    As salam. Doa kan yang terbaik untuk johan. semoga johan akan menjadi muslimin yang hidup berpandukan al-quran dan sunnah.

    0

    0
  22. Doa lh untuk die semoga allah kekalkan dalam kerja yang sangat besar ni. Dakwah Cara Rasullullah saw

    0

    0