Written by Bella | November 24th, 2016

Sudah beberapa kali menjalinkan hubungan dengan artis wanita, terbaru Johan As’ari nampaknya memilih seorang lagi wanita yang terlibat dalam industri hiburan untuk dijadikan teman wanita.

Johan menerusi portal Harian Metro  mengakui beliau kini sedang hangat bercinta dengan seorang pelakon wanita. Walaubagaimanapun, buat masa ini Johan belum bersedia untuk mendedahkan identiti kekasihnya itu.

Johan dan pelakon wanita itu sudah mahu ke fasa yang lebih serius dalam perhubungan mereka dan difahamkan  cinta hatinya itu sudah mengenali keluarganya.

Saya menghormatinya sebagai wanita jadi tak manis untuk terlalu terbuka bercerita mengenai perkara ini. Apatah lagi hubungan kami baru lagi. Pada masa sama kami masih dalam proses mengenali hati budi.

Tak dinafikan saya selesa berkawan dengannya. Malah dia juga mengenali dan rapat dengan keluarga saya.

Menurut Johan, beliau akan berkongsi lebih lanjut mengenai teman wanitanya itu sekiranya ada khabar gembira.

Sebelum ini, Johan pernah dikatakan sedang intim bersama pelakon Wan Sharmila tetapi beliau menafikannya.

Sumber Berita : Harian Metro

13 responses to Johan As’ari Akui Sedang Bercinta Dengan Pelakon Wanita

  1. 2nd says:

    Baguslah..x minat mamat ni. X frust sikit pon …

    26

    0
    • Pekerja Gomen says:

      Possibility:-
      1- In Sha Allah kali ni mungkin jadi… kalau tak
      2- Jadi macam kes2 makwe dia yang lain… bercinta mcm nak rak hebohnya, pastu tak jadi kahwin
      3- Tp kalau tak jadi kahwin ngan Johan pun tak apa sebab end upnya kau akan dapat lelaki yg jauh lebih baik dari Johan. Sejarah telah membuktikan (kecualikan Izreen Azmida)

      14

      0
  2. enota says:

    Cinta sana-sini, kongkek pun sana sini…cis artis malaysia

    8

    0
  3. Pak man temper says:

    Wan sharmila ke??? Klau betol,dh sah mamat ni suke pmpuan tua dari dia

    7

    0
  4. Anonymous says:

    Lelaki jenis anak mak memang biasanya sukakan pompuan yg lebih tua. Matang & boleh bimbing mereka.

    6

    0
  5. Anonymous says:

    Umie Nazira???

    0

    2
  6. Anonymous says:

    Saw him at KLIA2. Mula2 tango dia…sebab pelik kenapa mamat ni kelam kabut cari beg di conveyor. Rupanya dia ni. Sentiasa nak pikir baik tapi dia macam risau sungguh org cam dia and ajak bergambar. Sorry ye. Selama ni, keluar je muka dia ni dlm drama, confirm i tukar channel.

    6

    0
  7. Najib says:

    Muka so so…berlakon xde laa bagus…asyik publisiti upload video mengaji sekerat xhabis…dengan skandal sana sini…

    5

    0
  8. Insan berdosa ingin ke syurga says:

    Inilah sikap orang melayu yang tak pernah lekang dari sikap busuk hati . Biar la depa nak buat apa pon . nak becinta ngn sapa pon . janji se sen duit mak pak hampa depa tak kacau . Inilah yang dikata haters gonna hate.

    0

    0