Jimmy Tidak Ikhlas Menjaga Anak Kami – Suhaila

Hiburan

Jimmy Tidak Ikhlas Menjaga Anak Kami – Suhaila

Mak bapak bergaduh, yang jadi mangsa ialah anak. Abang Nara pelik sungguh dengan Jimmy Shanley dan Suhaila ini. Mereka berdua tidak fikir ke kesan negatif yang dialami oleh anak mereka? Kesian sungguh si comel Zahrah Rania.

jimmy shanley

Advertisement

Walaupun mahkamah sudah memutuskan yang Jimmy Shanley mempunyai hak untuk bermalam bersama anaknya, Suhaila memberitahu yang dia merasakan Jimmy tidak ikhlas menjaga anak mereka. Kata Suhaila:-

Saya mahu proses menjaga Zahrah secara bersama dilakukan dengan ikhlas demi kebajikannya kerana tetapi saya merasakan Jimmy tidak ikhlas menjaga anak kami dan tidak pernah bertanya khabar tentangnya. Malah apabila saya maklumkan anak dimasukkan ke hospital pada 16 April lalu dia langsung tidak datang atau bertanya tentang kesihatan Zahrah. Tetapi sebaliknya dia boleh menghantar SMS marah-marah dan tidak menghiraukan mesej yang saya sampaikan mengenai tarikh hari lahir anak kami.

anak jimmy shanleyBuat pengetahuan anda, sehingga ke hari ini, Jimmy masih belum dapat berjumpa dengan anaknya walaupun mahkamah sudah membenarkan. Suhaila ada alasannya tersendiri mengenai perkara ini. Kata Suhaila lagi kepada Mstar Online:-

Saya membuat permohonan agar hak bermalam dengan Jimmy ditangguhkan hanya semata-mata kerana kesihatan dan kebajikan Zahrah. Malah perintah itu bukan dibuat secara kekal sebaliknya hanya sementara dia menguruskan dirinya memandangkan umurnya baru setahun 11 bulan. Tambahan pula Jimmy tinggal seorang diri dan dia selalu tiada di rumah. Malah keadaan rumahnya yang tidak terurus menyebabkan saya bimbang keselamatan anak.

Abang Nara rasa, kalau susah sangat nak jaga anak korang nie, baiklah bagi orang lain jaga. Ramai kot nak jaga budak comel macam Zahrah Rania nie. Patutnya Jimmy dan Suhaila bertolak ansur dan ikut sahajalah keputusan mahkamah. Orang kat luar sana berapa banyak yang berendam air mata kerana kahwin tak dapat-dapat anak. Ini korang bergaduh tak tentu pasal. Kesian anak korang yang mendapat impak negatif kerana pergaduhan anda berdua.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...