Written by Bella | April 7th, 2016

Jika anda mengikuti kes penceraian Jimmy Shanley dan Nursuhaila anda pasti tahu ia sudah berlarutan beberapa tahun.

Malah, Nursuhaila telah diarahkan untuk menjalani hukuman penjara selama tiga hari oleh Mahkamah Rayuan Syariah kerana didapati bersalah melanggar perintah mengenai isu lawatan dan bermalam membabitkan anak mereka iaitu Zahra Rania Shanley.

Mungkin tidak berpuas hati, Nursuhaila mendakwa Jimmy tidak pernah memberi nafkah terhadap anak mereka.

Tidak mahu terus dipersalahkan, Jimmy bertindak untuk mempertahankan dirinya dan memuat naik resit-resit bukti pembayaran nafkah yang dibuat olehnya. Ramai yang menyokong tindakan Jimmy itu agar membuka mata pihak-pihak yang mengecam dirinya sebelum ini.

Namun ketika dihubungi pihak media, Jimmy nampaknya tidak mahu berkongsi mengenai isu berkenaan dengan lebih lanjut dan hanya ingin berkongsi kebahagiaan beliau bersama isteri baharu, Mariam Jamilah Abdul Jalil, bersama anak mereka, Hannah yang kini berusia 11 bulan.

Saya tidak mahu komen lagi perkara yang sudah berlaku. Apapun, Alhamdulillah, setiap hari saya sibuk menjaga Hannah. Jika terlalu bercakap mengenai perkara lain, takut nanti jadi macam tukul dan skru.

Sabar lah Jimmy mungkin ini adalah salah satu dugaan buat anda apa yang penting jangan biarkan perkara lalu menghalang anda untuk merasa bahagia bersama isteri baharu dan anak tercinta. InshaAllah setiap masalah ada jalan penyelesaiannya.

Sumber Berita : BH ONLINE

10 responses to Jimmy Shanley Enggan Komen Kes Bersama Bekas Isteri, Mahu Bahagia Dengan Keluarganya Kini

  1. Anonymous says:

    gambar last mcm leonardo dicaprio

    0

    0
  2. jemilah says:

    kenapa aku rasa jimmy cam psiko je

    0

    0
    • Lembu Gemok says:

      bingai punya org..saiko tang mana? kepala bana betoi komen…jimmy ko terbaek…aku paham perasaan seorang ayah..aku seoarang ayah…semoga ko tabah di duga dgn dugaan ex wife macam tu…respect brada!!!

      0

      0
  3. cikikaka says:

    kenal jimmy shanley ni sejak zaman trek selebriti dulu2 lagi.. jenis happy go lucky sepanjang masa. tak sangka dia diuji ujian seberat tu sebelum ni. ape2 pun bersyukur sbb dah happy skrg dgn isteri & anak tercinta.

    0

    0
  4. mak lampir says:

    lelaki yg baik utk perempuan yg baik
    apa yg terjadi org ramai boleh menilai
    kehidupan jimmy semakin teratur dgn isteri tersayang/anak yg comel
    perniagaan yg baik… allah ganti dgn yg lebih baik

    yg sebelah pihak lagi…sila muhasabah diri..smpi bila nk kejar dunia. berdosa putuskan silaturahim anak dan bapanya.
    Hukum allah jgn ambil ringan, sekaya mana pon kita.. kaya lagi ALLAH diknon!

    0

    0
  5. benar says:

    aku taknak komen apa2 melainkan 1 je. anak2 jimmy semuanya comel2.

    0

    0
  6. mrs positive says:

    Semua kita tidak akan terlepas dari ujian dari Allah…semuga jimmy tabah hadapi ujian ini..laksanakan tanggungjawab sbgmana yg diperintah Allah…in sha Allah kita akan selamat didunia dan diakhirat…

    0

    0
  7. xperlu menjoyah says:

    tu la aku cakap puak2 sana tu cakap kosong je jimmy xbagi nafkah bagai…diorang tu yg busuk hati xnak bg jimmy jumpa anak dia…

    0

    0