Written by serenity | April 5th, 2016

Kalau sebelum ini bekas ibu mertua kepada Jimmy Shanley mengibaratkan pengacara itu seperti bapa kura-kura kerana tidak pernah memberi nafkah anak, Nursuhaila Eliani Suhaimy menyifatkan banyak hikmah yang dipelajarinya bermula dengan kes penceraian hingga pengalaman dipenjarakan minggu lalu.

Nursuhaila yang merupakan Ketua Pegawai eksekutif Natasya Holdings telah menjalani hukuman penjara selama tiga hari mulai Khamis lepas di Penjara Kajang. Nursuhaila memberitahu Malaysia Gazzette:

Sebagai seorang ayah yang kononnya inginkan hak anak, dia sepatutnya tanpa gagal memberikan nafkah anak walaupun tidak dituntut.

Kedudukan saya yang dianggap mampu dari segi wang ringgit tidak sepatutnya di ambil kesempatan.

Saya dengan rela hati, bekerja, berkorban masa dan tenaga untuk masa depan anak saya ini tanpa bantuan bekas suami sepanjang penceraian kami.

Nursuhaila memberitahu hukuman yang dijatuhkan kerana ingkar hak lawatan bermalam JImmy itu ialah bukti kepada anaknya betapa dia mempertahankannya kasih sayang yang tidak ternilai harga sebagai seorang ibu.

Saya buat semuanya demi melindungi anak dari seorang ayah yang tak berperikemanusiaan yang tergamak memenjarakan bekas isteri yang pernah melahirkan zuriatnya.

Saya juga adalah bekas isteri yang membesarkan anaknya dan yang memberi kasih sayang dan nafkah pada anaknya.

Anak saya adalah anugerah Allah yang akan saya pikul tanggungjawab membesarkanya dengan penuh keikhlasan.

Saya berdoa agar Allah swt memberi kekuatan kepada saya terhadap dugaan berhadapan bekas suami yang mempunyai hati yang berdendam.

Wanita berusia 30 tahun itu berharap penjelasan ini dapat memberikan pencerahan terhadap tanda tanya pihak-pihak tertentu berkenaan hukuman ke atas dirinya yang ingkar hingga dipenjarakan.

Semoga apa yang baik terhadap pengalaman ini, saya jadikan semangat meneruskan hidup dan yang buruk diperbetulkan untuk hari-hari seterusnya.

Setakat ini Jimmy masih juga belum memberi kenyataan balas mengenai perkara ini atau menafikan dia tidak pernah memberi nafkah anak seperti dakwaan bekas ibu mertua dan isterinya.

Dan sebenarnya memang tidak ada alasan bagi seorang bapa untuk tidak memberi nafkah kepada anaknya. Diharap Jimmy akan tampil selepas ini untuk memberi penjelasan di pihaknya pula. Tidak adil dengar hanya sebelah pihak, bukan?

Petikan gambusmemecah keheningan sukmadentingnya menyusuk segenap juzuk jasadkeheningan angin Hadramautmembawa layar…

Posted by Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara on Monday, 4 April 2016

39 responses to Jika Ingin Hak Lawatan Anak, Dia Patut Tanpa Gagal Beri Nafkah Anak – Bekas Isteri Jimmy Shanley

  1. sep says:

    jimy ni mmg tak da hati perut..

    0

    0
    • neutral says:

      ya, mmg dia x kasi nafkah…tapi kau x sepatutnya gunakkan anak ko sendiri nak “blackmail” dan gertak si bapa. negara ada prosedur dan undang2. jangan buat pandai2 sendiri….anak tu hasil benih mani dia jugak.

      0

      0
      • Kak Tam says:

        dlm penceraian x de sapa salah. masing2 ada kekurangan diri masing2 tak ngam. aura clash…tak sepehaman. jodoh x panjang. kawin atas dasar apa x pasti. cinta zaman teknologi. dua tahun kawin terus jadi suram dan suam. tekan sms…cerai berai. gaduh2 mcm beruk rebut pisang. anak dibuat macam anak patung….dah tak berharga lagi. dunia oh dunia…

        0

        0
      • Rimas says:

        besok claim laki tak beri spender pula. retis oh retis. next?

        0

        0
        • cuit sikit says:

          time bahagia…mcm nak masuk celah dalam seluar laki.
          bila cerai cerita coli, spender, bengkung….habis semua keluar kasi tahu media. itulah retis malaysia…. :(

          0

          0
      • R i t a says:

        kalau jimmy gagal kasi nafkah makamah syariah kan ada, lawyer kan ada? mak kau banyak duit. lawan je lah naik court. jangan jadi loser…lawan hingga dapat. spender pon ko claim sekali sis. jangan berpeluk tubuh je. tak payah nak malu. hak kita..lawan je lah. hish, tampar baru taw.

        0

        0
      • semah says:

        bodohnya la jadi mak dia ni…..neneknya pon sama… mati sok nak jawab camaner ye.. nikah anaknya sok sapa nak diangkat jadi wali

        0

        0
    • Kiah Kongo says:

      pompuan ni nampak boleh tahan juga kebitchian nyer!

      0

      0
    • Anak Yang Melihat says:

      Penjarakan juga bapa2 yang ingkar pemberian nafkah. Hukum Allah.

      0

      0
    • minah jambu terlajak habis says:

      dia ni jenis pelokek huh ! ACM ada jugak kasi nafkah anak dia walau pon RM300 sebulan ..si jimmy ni satu sen pon tk campak untok anak dia ! ape punye bapak ni !

      0

      0
  2. Anonymous says:

    X bg nafkah tu mmg x patut sbb itu kewajipan seorg bapa.. Tpi si ibu jgk tidak bole menafikan hak lawatan si ayah.. Jika tidak tengok ank nnti timbul pula kta tidak peduli kn ank.. Timbul pula hak nafkah… Mungkin bila si bapa ambil ank tu skjp dia akan beli kn mcm2 utk si anak.. Sama2 adil.. Jika di bapa x ingat atau buat2 lupa hal nafkah kte bole ingt kn atau tuntut di mahkamah syariah..

    0

    0
  3. walau apa pun alasan … awak pun tergamak dan dengan sengaja memutuskan hubungan ayah dan anak… pasal nafkah ni mungkin jimmy ada alasan yang tersendiri.dan saya rasa jimmy harus jawab. …tapi apabila si ibu ni menidakkan hak bapa jumpa anak ni … nampak sgt mcm ada unsur dendam… setiap anak perlukan kedua2 kasih sayang.. jangan dinafikan

    0

    0
  4. Si Polan says:

    apa sajaaa laa labu. bila sana tembak sini, sini tembak sana, sampai bila2 pun tak kan habis

    0

    0
  5. anti poyo says:

    hukuman penjara ni memang jimmy tu jatuhkan ye? bukan hakim ye? confius plak aku

    0

    0
  6. Anonymous says:

    kita tak tau mana yang betul…… pedulikan mereka

    0

    0
  7. Anonymous says:

    pincang….buat anak tahu. tanggungjawab masing2 x lulus dik.

    0

    0
  8. Anonymous says:

    jimmy mana ada duit sis. ko pun tahu kan situasi dia. mak ko kaya pengusaha kosmetik di kedah tu. sebab tu dia kawin dengan ko.

    0

    0
  9. cik kiah says:

    tak relevan. setakat lepas geram.

    0

    0
  10. Anonymous says:

    Bosan kot. Memang biasa kes gini. Bapak x bagi nafkah sebab mak x bagi tgk anak. cer ikut procedure. Kalau x salah, x masuk jel la kau.

    0

    0
  11. Anonymous says:

    mmg lelaki tak guna sanggup ambik tindakan hukuman penjara… berdendam itu motif yg sebenarnye..

    0

    0
  12. kingkong says:

    dah tentu dua isu berbeza beb
    hak lawatan lain
    hak nafkah lain

    jgn campur aduk…
    hak lawatan ke nafkah.. mahkamah dah putuskan
    kalu x puas hati dgn isu nafkah.. ko bleh cabar lah di mahkamah… pungpang cn tak bg settle masalah cik kak…
    bkn salah jimmy pun ko dipenjarakan… dah ko yg x ikut arahan mahkamah… mmg kena komital lah.. adoii…samalah jimmy pun… ada perintah nafkah kalu dia x ikut.. bole ke pnjara jgk…. lawyer ko x bg proper advice yea….. ciannn

    0

    0
    • Anonymous says:

      well said..kalau kita tak faham konsep hukum hakam ni kene lah belajar lagi.hak lawatan , hak nafkah isu berbeza..macam mn teruk pun ayahnya, anak itu tetap ada haknya ke atas ayah.anak itu berhak utk dapatkan kasih sayang dr ayahnya.dlm kes anak ni, kebajikan dan hak seorg anak yg di utamakan bukannya nak ikut tekak mak bpknya semata.
      kalau kita yakin dan ada cukup bukti si suami merangkap si ayah seorang yang tidak berperikemanusian, kita boleh kemukakan kepada mahkamah..itu pun belum tentu hak si bapa kpd anaknya akan gugur.

      0

      0
    • Anonymous says:

      well said..kalau kita tak faham konsep hukum hakam ni kene lah belajar lagi.hak lawatan , hak nafkah isu berbeza..macam mn teruk pun ayahnya, anak itu tetap ada haknya ke atas ayah.anak itu berhak utk dapatkan kasih sayang dr ayahnya.dlm kes anak ni, kebajikan dan hak seorg anak yg di utamakan bukannya nak ikut tekak mak bpknya semata.
      kalau kita yakin dan ada cukup bukti si suami merangkap si ayah seorang yang tidak berperikemanusian, kita boleh kemukakan kepada mahkamah..itu pun belum tentu hak si bapa kpd anaknya akan gugur.
      selagi dua2 ata salah seorg tak blh nak let go, masih berdendam , selagi tu la masalah x selesai. dan sah2 akan memberi kesan buruk terhadap si anak.

      0

      0
  13. nak komen says:

    jimmy dah balas kenyataan di instagram die.. cer nara tgk…

    0

    0
  14. tarabas says:

    mak bapak gaduh…anak jadi mangsa..masing2 guna anak utk mencari kesalahan..
    sungguh kasihan anak itu..

    0

    0
  15. Anonymous says:

    contohilah kak abby abadi…cool aja.

    hehehehe…hidup kak abby. emuahahahahak.

    0

    0
  16. mawardi says:

    setuju. Hakim maklamah syariah slalu ambil ringan benda ni..nak hukum biar adil. Kalau nak bagi hak kat bekas suami make sure bekas isteri dapat hak yang sepatutnya dari suami.. Baru lah ADIL.

    0

    0
  17. Really??? says:

    Bermula lah dialog “He said. She Said” plus “ex-Mother in law said” (of course le nak back up anak yang kepala batu melanggar perintah mahkamah hak penjagaan.

    Kes penceraian yang paling TRAGIC….. kes yang tak akan berakhir selagi syaitan mencucuk kedua-dua belah pihak.

    Habis popcorn kat wayang di MAlaysia pun, kes ni tak habis habis….

    0

    0
  18. Anonymous says:

    bosaaaan!

    0

    0
  19. sekadar mengkondem says:

    basi….

    0

    0
  20. sue says:

    ex Jimmy ni tak tahu nak beza kan ‘melanggar perintah mahkamah’ dengan tuntutan nafkah. Dah terang, dia yang langgar perintah mahkamah bukannya Jimmy yang memenjarakan dia. Apa kuasa Jimmy untuk memenjarakan ex dia ni? Jimmy cuma nak hak lawatan anak dia. Dah ko tak bagi, dia repot lah ke mahkamah. Sekarang ko jugak yang merasa lagi nak salahkan orang lain. Sedarlah sikit, takde Jimmy takde anak ko tu. Cuba jangan kedekut sangat dengan anak tu. Kalau ko nak tuntut nafkah anak yang tertunggak silakanlah. Ikut prosedur yang betul. Kalau betul Jimmy salah, biar mahkamah tentukan.buat apa nak burukkan Jimmy pasal nafkah kalau ko sendiri pun tak berani nak buat tuntutan. ke kau yang tak nak terima duit Jimmy?

    0

    0
  21. Anonymous says:

    buang masa…

    0

    0
  22. mummymoomoo says:

    ermm dari statement dia patut la rela dipenjara..ada niat.. nnt senang nk citer kat anak yg ayahnya sanggup humban maknya dlm penjara, supaya anak benci ayahnya.. dia tak fikir ke kna penjara tu sbb langgar perintah mahkamah…

    0

    0
  23. annoyma says:

    Wow..jahatnye pompuan ni….masih blum insaf dan masih dendam kesumat. Kpd sesapa yg nk cari bini, elakkan dia ni….anak orang kaya yg sombong dan ego

    0

    0
  24. lv says:

    ex bini jimmy ni gila agaknya. hahaha.

    0

    0
  25. tuby says:

    Hahahah..hangpa dok perang dlm ney dpat apa wey..bkn dpa taw pwon..x dan nak layan komen hangpa pwon..depa tauk lam tong sampah ja komen hangpa ney..pakat2 dok buat kja hangpa dah no..jgn dok mandai2 hal orang

    0

    0