Jika Boleh Saya Mahu Jadi Duta Ibu Tunggal – Elly Mazlein

Hiburan

Jika Boleh Saya Mahu Jadi Duta Ibu Tunggal – Elly Mazlein

Abang Nara tak dapat bayangkan bagaimana ibu-ibu tunggal di luar sana membesarkan anak mereka seorang diri. Pergh. Abang Nara yang ada bini ini pun kelam kabut kiri kanan depan belakang nak menjaga anak, inikan ibu-ibu tunggal yang terpaksa mengharungi 24 jam bersama anak secara berseorangan. Memang besar cabaran, dugaan dan pahala yang bakal mereka perolehi. Dialah ibu, dialah ayah. Sangat besar tanggungjawab itu.

elly mazlein

Advertisement

Seperti yang kita ketahui, Elly Mazlein adalah antara ibu-ibu tunggal yang begitu cekal membesarkan anak tanpa seorang suami di sisi. Selepas terkeluar dari Gegar Vaganza, rezeki Elly semakin murah. Malah Elly juga memaklumkan yang dirinya teringin ingin menjadi duta kepada ibu tunggal untuk berkongsi pengalamannya. Kata Elly Mazlein:-

Sekarang saya ditawarkan untuk jadi duta produk, berlakon dan memenuhi undangan nyanyian. Saya anggap ini rezeki untuk anak saya Putri Sara Sefhia. Terima kasih kepada Astro kerana memberikan saya peluang ini.

Jika boleh saya mahu jadi duta ibu tunggal. Nak berkongsi pengalaman dengan semua ibu-ibu tunggal yang lain. Kita kena kuat dan bersedia. Kena reda dengan apa yang berlaku

elly mazlein

Abang Nara ingin luahkan rasa respek, hormat dan kagum kepada semua ibu tunggal di luar sana yang berhempas pulas membesarkan anak mereka termasuklah Elly Mazlein. Bagus juga kalau ada persatuan ibu tunggal atau perjumpaan sebulan sekali untuk mereka ini berbincang, meluahkan perasaan dan berkongsi pengalaman. Sekurang-kurangnya tak adalah seorang diri fikir macam-macam masalah. Tak gitu? Apa pendapat anda?

manis app

P.S: Baru-baru ini, Abang Nara terserempak dengan sesuatu applikasi yang agak menarik di App Store. Nama dia “Manis”. Perghhh…first time Abang Nara tengok, rasa macam pelik pulak, tetapi fungsi applikasi ini memang cukup awesome. Tahukah anda bahawa, resit-resit yang anda suka buang itu sebenarnya bernilai. 

manis app

Senang je nak guna applikasi Manis ini untuk mendapatkan ganjaran. Cuba korang tengok video di bawah.

Fuhhh senang gila kot. Anda kini boleh mengumpul mata ganjaran dan menebusnnya untuk pelbagai diskaun dan voucher. Memang senang sangat, boleh la kita berjimat dengan apa cara sekalipun. Abang Nara dapat tahu yang anda boleh dapat reload DiGi, Steam Wallet, diskaun Lazada dan macam-macam lagi, memang tambah rambang mata la lepas ini kalau nak shopping online tu.
manis app

Ingat, anda hanya boleh menebus resit yang bercetak sahaja, bukan bertulis dalam masa 24 jam. Selamat Mencuba! Boleh download applikasi Manis di Google Play Store dan juga Apple App Store.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...