Jika 1 Saat Dari Masa Di Dunia Ini Menjadi Milik Ku…

Hiburan

Jika 1 Saat Dari Masa Di Dunia Ini Menjadi Milik Ku…

//Abang Nara akan gunakan kata ganti diri “aku” untuk entri ini untuk efek yang lebih mendalam//

Kata orang, sekeping gambar membawa seribu satu makna. Mulanya aku memang tak percaya dan buat-buat tak faham dengan kata-kata ini. Bagi aku gambar hanyalah gambar. Mungkin ada cerita di sebaliknya tapi tak perlulah terlalu emosi sangat dengan sesekeping gambar itu.

Advertisement

Tapi apabila aku cuba menyertai pertandingan 1 Second You The World yang memerlukan sekeping gambar yang paling bermakna buat diriku, aku mula memahami apa maksud kata-kata “sekeping gambar membawa seribu makna”. Tak mudah rupanya untuk aku memilih sekeping gambar yang terbaik untuk pertandingan ini. Setiap gambar ada ceritanya yang sendiri. Setiap gambar ada kenangannya yang tersendiri.

ellesse

Hampir 10 jam jugak aku membelek gambar-gambar lama untuk mencari gambar yang mampu menunjukkan sesaat yang terbaik dalam hayatku. Habisku selongkar gambar semasa belajar di Korea, gambar semasa aku bayi, dan gambar semasa aku di sekolah menengah dulu. Akhirnya inilah gambar yang kurasakan terbaik bagi diriku.

ellesse

Inilah gambar kami sekeluarga berhari raya pada tahun 2008 di Pasir Puteh, Kelantan. Kenapa aku katakan gambar ini sangat berharga dan bermakna buat ku? Bukannya sebab ayah aku sedang membuat aksi free style di situ, tetapi kerana inilah kali pertama aku berhari raya bersama keluarga selepas 7 tahun berhari raya di Korea. Inilah raya pertamaku bersama keluarga selepas bertahun-tahun di perantauan.

Dan ini juga adalah kali pertama kami seisi keluarga dapat berkumpul tanpa ada sorang pun yang terkecuali. Kalau dulu kadang-kadang abangku akan beraya di rumah isterinya. Kadang-kadang kakak ku akan beraya di rumah suaminya. Tapi kali ini semua orang ada termasuklah bibik abang ku jugak. Dan anda pun dapat tengok betapa gembira dan happynya kami semua. Siapa pakai pink sedondon lagi tue. Comel kan?

Semasa aku membelek-belek gambar-gambar lama, aku terfikir apakah yang aku ingin lakukan atau impikan sekiranya sesaat di dalam dunia ini adalah milik aku. Untuk 1 saat, aku boleh lakukan apa saja dan tak ada orang yang nak marah dan mempersoalkan kehendak aku. Setelah berfikir lama, aku mahukan semua keluarga di Malaysia ini meluangkan 1 saat sesama mereka dan berkata:-

ellesse

Bagi aku, rakyat Malaysia masih malu-malu untuk mengucapkan kata keramat “I LOVE YOU” ini terutamanya bagi bangsa Melayu. Mungkin memang bukan budaya kita untuk menunjukkan kasih sayang. Itu yang aku mahu kita semua ubah dalam masa 1 saat kepunyaan ku ini. Aku mahu seorang suami melihat ke mata isterinya, seorang anak memeluk ibu atau ayahnya dan seorang kawan bersalam dengan best friendnya sambil berkata “I LOVE YOU”. Tunjukkan kasih sayang yang sudah lama terpendam dalam diri kita ini.

ellesse

Banyak gambar-gambar yang sangat menarik dihantar untuk contest 1 Second Your World nie. Aku percaya yang korang pun ada 1 gambar yang ada cerita yang sangat menarik di sebaliknya. Mungkin gambar kelahiran anak sulung anda. Mungkin gambar saat anda berjabat tangan dengan tok kadi di hari pernikahan anda. Atau mungkin gambar pertama kali anda mencium dahi isteri anda.

elesse

Hantarkan gambar yang anda rasakan adalah 1 saat yang terbaik dalam hidup anda dan ceritakan kisahnya di website 1 Second Your World nie. Tarikh tutupnya 31 Ogos ini. Untung-untung boleh menang seutas jam tangan Ellesse macam gambar kat atas tue. Memang sesuai sangat jam Ellesse nie dihadiahkan kepada pakwe, tunang, suami ataupun ayah anda.

ellesse

Bagi aku seutas jam tangan gunanya lebih dari sekadar untuk tengok jam pukul berapa. Untuk aku, seutas jam tangan melambangkan keperibadian dan pemikiran seseorang. Mungkin jam seperti Baby G dan G Shock sesuai mereka yang masih muda dan remaja. Tapi bagi aku yang sudah agak dewasa dan perlukan seutas tangan yang mampu menyerlahkan kematanganku, jam tangan Ellesse memang sangat sesuai dengan jiwaku.

ellesse

Sepanjang seminggu aku menggunakan jam tangan Ellesse ini, tak salah kalau aku katakan aku lebih confident terutamanya apabila berjumpa dengan client-client di tempat kerja. Paling best bila member-member bagitau yang jam Ellesse nie nampak seperti jam yang berharga beribu-ribu ringgit. Mungkin warna dan beratnya tue menampakkan value jam ini lebih tinggi daripada harganya.

ellesse

Apa lagi yang anda tunggu? Seutas jam tangan Ellesse dari City Chain sedang menunggu pemenangnya di contest 1 Second Your World. Ianya mungkin jadi milik anda. Hantarkan gambar 1 saat yang terbaik dalam hidup anda selama ini sebelum 31 Ogos 2010. 20 gambar yang mendapat Facebook “LIKE” terbanyak akan berentap di final untuk memenangi jam tangan Ellesse ini.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...