Written by Bella | March 21st, 2016

Sudah secara rasmi bergelar isteri  kepada Ungku Hariz semalam, pelawak popular Jihan Muse mula berharap agar beliau dikurniakan cahaya mata secepat mungkin kerana faktor umurnya yang sudah memasuki usia 33 tahun.

Saya tidak ada rancangan untuk anak, tapi kalau boleh saya ingin cepat sebab umur saya bukan muda lagi.

Pada masa yang sama, Jihan yang sedar bukan mudah untuk memikul tanggungjawab sebagai isteri serta akan cuba sehabis baik dan tidak akan memandang ringan perkara berkenaan.

Sembilan tahun bercinta, beliau sudah dapat belajar sedikit demi sedikit cara untuk menambat hati Ungku Hariz dan mengatasi sebarang masalah.

Selepas bergelar isteri sudah tentu tanggungjawab kita lebih besar dan apa juga yang kita lakukan perlu beritahu kepada suami berbeza dengan kehidupan bujang dahulu.

Saya tidak mahu ambil ringan tentang perkara itu dan nasib baik juga sepanjang sembilan tahun kami bercinta ini dia sudah melatih saya untuk sentisa beritahu apa yang saya lakukan.

Bagi saya yang penting ialah komunikasi walaupun kami masing-masing sibuk dengan kerjaya. Namun saya tidak menafikan kata orang kehidupan berkahwin berbeza daripada bercinta dan saya harap kami dapat laluinya dengan baik.

Walaupun sudah berkahwin, Jihan tetap akan aktif dalam bidang seni seperti biasa. Malah, beliau mendapat sokongan Ungku Hariz yang tidak melarang beliau untuk melakukan apa sahaja demi karier Jihan asalkan isterinya itu tahu menjaga diri.

Wah memahami betul suami Jihan bukan? Soal anak pula, inshaAllah kalau ada rezeki dapatlah Jihan dan Ungku Hariz bergelar ibu dan bapa dengan cepat. Apa yang penting usaha dan doa kepada Allah SWT.  Semoga perkahwinan anda berdua kekal sehingga akhir hayat.

Sumber Berita : mStar Online

 

13 responses to Jihan Muse Mahu Timang Cahaya Mata Cepat

  1. Anonymous says:

    alhamdulilah ..tahniah

    0

    0
  2. kikilala says:

    Alhmadulillah… tahniah..
    Muka diorg ni ade iras.
    macam adik beradik..
    Semoga kekal hingga ke jannah..
    :)

    0

    0
  3. entah says:

    MJ ade attend tak weeding pengantin chomel ni?

    0

    0
  4. hmm says:

    tahniah Jihan dan Suami

    yang suami dia nie pelakon Cinta 100Kg kan yang bawak watak Zain

    0

    0
  5. Anonymous says:

    Alhmadulillah… tahniah..
    Semoga kekal hingga ke jannah..

    0

    0
  6. Dr. Gigi says:

    Jihan tak pakai retainer ke? Sbb aku the gigi die slowly berubah ke bentuk asal..

    0

    0
  7. Anonymous says:

    Semoga jadi isteri yg soleHah ye jihan. Dan ungku hariz, jadi seorang suami yg dapat Membimbing Isteri ke arah kebaikan. Ameen

    0

    0
  8. SemogaBerkekalan says:

    Skrg memang trend pengantin perempuan pakai tudung time akad nikah je ehh? Pastu sanding tudung da x pakai? Confuse… ermm… semoga Allah bukakan pintu hati smua wanita islam utk berhijab dgn sempurna. Ameen.
    Semoga awk bahagia jihan dan suami hgga ke syurga. InshaAllah

    0

    0