Jet Peribadi Untuk Rozita Che Wan, Teknik Mengorat VIP Tahap Tertinggi

Hiburan

Jet Peribadi Untuk Rozita Che Wan, Teknik Mengorat VIP Tahap Tertinggi

rozita che wan

Wow ~~ Kaya sungguh orang-orang VIP di Malaysia nie. Sanggup perabih beratus-ratus ribu ringgit semata-mata untuk dapatkan “private” time untuk artis-artis hot Malaysia seperti Rozita Che Wan, Alyah, Abby Abadi dan Fizo (artis laki pun kena jugak). Sampai satu tahap sanggup sediakan jet peribadi semata-mata untuk bawak Rozita Che Wan melancong ke luar negara. Mungkin dah terpukau dengan keanggunan si janda panas nie kot.

Advertisement

Teguran kami kepada VIP-VIP yang banyak sangat duit sampai tak tahu nak buat apa nie, baiklah korang gi tolong orang-orang miskin kat Malaysia nie. Ramai lagi orang yang perlukan duit. Artis-artis nie dah kaya dah. Buat apa nak tolong kayakan diorang lagi. Nasib baik artis-artis Malaysia nie maruah diorang tinggi. Tahniah kami ucapkan sebab berjaya menolak kesemua tawaran gile ini.

Baca sikit kisah Rozita Che Wan dan artis-artis lain dingorat dengan menggunakan wang ringgit oleh VIP-VIP Malaysia nie:-

1. ROZITA CHE WAN, 36 tahun:

[note]Tahun lalu seorang lelaki yang menjadi orang tengah menelefon dan minta saya menemani seseorang untuk makan malam. Katanya, makan malam itu privasi hanya untuk saya dan lelaki itu bagi tempoh dua jam saja.

Sebagai upah, saya boleh minta berapa saja walaupun puluhan ribu ringgit. Selepas saya menolak tawarannya, lelaki itu berkali-kali cuba menghubungi saya dan menghantar SMS dengan memaklumkan tawaran sentiasa terbuka. Katanya, saya boleh berhubung dengannya semula jikab erubah fikiran[/note]

[note]Saya berasa sungguh terhina dengan tawaran  sebegitu. Saya juga pernah menerima tawaran melancong ke luar negara.  Mereka bukan saja menelefon saya secara peribadi tetapi ada yang datang ke rumah dan sanggup menyediakan jet persendirian untuk mengambil saya.

Saya tidak layan semua itu dan jangan fikir juga semua artis boleh dibeli dan dikaburi dengan wang ringgit.[/note]

2. NOOR HASLIAH ABU HASAN ATAU ALYAH, 29 tahun:

[note]“Saya menerima tawaran membuat persembahan dengan bayaran RM35,000 hanya untuk dua lagu. Bagi saya itu terlalu lumayan, jadi saya bertanya lebih lanjut dan mereka maklumkan ada tugas tambahan untuk saya iaitu menemani orang tertentu berhibur selepas saya selesai menyanyi.

Dalam satu kejadian lain, saya ditawarkan RM15,000 untuk menyampaikan dua lagu di Jakarta. Harga itu saya rasa setimpal. Namun, selepa ssampai di sana, selain diberi jadual menyanyi saya turut diberi jadual menemani pihak tertentu hingga jam 5 pagi.

Terkejut dengan perkara itu, saya terus beli tiket dan pulang ke Malaysia tanpa melakukan sebarang persembahan. Saya yakin, ia cuma satu daripada taktik digunakan golongan kaya itu untuk menjerat artis seperti saya.”[/note]

3. WAN HAFIZOL OMAR ATAU FIZO , 25 tahun:

[note]“Sejak serius dalam industri hiburan beberapa tahun lalu, dugaan godaan daripada wanita kaya cukup ‘menakutkan’ dan sepanjang tempoh itu, saya menerima kira-kira 20 tawaran hidup mewah sekelip mata.

Jika dijumlahkan, mungkin ia mencecah jutaan ringgit kerana tawaran diajukan, termasuk kenderaan mewah, rumah besar, wang ringgit dan ada lebih hebat lagi, apa saja yang saya mahukan sanggup ditunaikan.

Wanita terbabit pula berusia antara lingkungan 30-an hingga 40-an, boleh dianggap sebagai mak cik atau ibu, dan menggunakan orang tengah untuk memancing saya.

Sebelum menceburkan diri dalam industri hiburan, saya berada dalam dunia peragaan dan ketika itu, ada juga tawaran tetapi ia menjadi lebih ‘rancak’ selepas bergelar artis.

Bukan mudah untuk mengelak tetapi saya cuba bercakap secara sopan dan normal kerana mahu menyelesaikannya dengan baik. Tawaran pula dibuat melalui perhubungan terus menggunakan orang tengah atau e-mel peribadi saya.

Kebanyakan tawaran itu mahu saya berurusan dengan mereka di luar negara. Mungkin kerana mereka anggap cara itu lebih selamat.

Setakat ini, walaupun ada kalanya terasa hidup agak sukar, saya tetap menjaga maruah dan mengelak daripada terjebak dengan gejala negatif seperti itu.[/note]

4. ABBY ABADI, 31:

[note]Taktik yang pernah mereka gunakan untuk menjerat saya ialah tawaran menemani seorang jutawan untuk minum teh di sebuah negara Eropah. Apa maksudnya ‘minum teh di luar negara’ itu? Saya percaya ia bukan minum teh biasa tapi ada tujuan lain yang tidak bermoral.

Oleh itu, saya menolaknya mentah-mentah. Selain itu, saya juga berkali-kali ditawarkan pakej melancong ke mana-mana destinasi luar negara dengan nilai ratusan ribu ringgit untuk bersama jutawan berlainan dengan dijanjikan pelbagai kemewahan ketika bercuti.

Ia juga saya tolak kerana dapat merasakan ia bukan satu tawaran yang jujur sebaliknya ada niat tersembunyi.

Biasanya, individu terbabit menggunakan orang tengah untuk mengatur tawaran itu. Lebih teruk lagi, ada pelakon yang turut terbabit mengatur  untuk ‘mendapatkan’ saya.

Ada juga yang mengirim SMS menyatakan hajat untuk rapat serta tawaran tidak masuk akal. Ada yang saya balas untuk menolaknya dan ada juga yang saya biarkan terus kerana sudah muak dengan perkara seperti itu.[/note]

PELAKON WANITA YANG MINTA NAMANYA DIRAHSIAKAN (Artis X):

[note]Cubaan untuk memerangkap saya menjadi pemuas nafsu berlaku beberapa kali pada 2009 dan tawaran paling hebat pernah saya terima ialah upah RM60,000 sejam untuk tugasan membuka botol dan menuangkan minuman keras.

Ada jutawan dari luar negara yang meminta saya menemaninya untuk sesi makan malam. Orang tengah yang menghubungi saya meminta saya memakai pakaian berwarna merah kerana jutawan terbabit mengatakan dia meminati gambar saya di majalah berpakaian warna itu.

Bayarannya pula cukup lumayan dan cukuplah saya katakan tidak perlu bekerja untuk setahun. Saya juga dimaklumkan pengantara lain ada kumpulan jutawan menjadikan saya bahan taruhan.

Maksudnya, jika saya setuju keluar dan melayani mana-mana jutawan terbabit, yang menang akan mendapat habuan mencecah jutaan ringgit.

Saya pernah bertanyakan pengantara bagaimana mereka mendapat nombor telefon serta maklumat peribadi lain dan jawapannya cukup memeranjatkan.

Ia diberikan seseorang dalam industri hiburan dan hanya kerana menyerahkan nombor telefon saja, individu itu menerima habuan RM100,000.

Bayangkan jumlah wang yang sanggup mereka laburkan untuk mendapatkan kepuasan daripada artis seperti saya. Jika saya tidak fikirkan rezeki halal, pasti saya gelap mata dan hidup dalam dunia serba mewah.[/note]

Saya tidak mahu itu semua. Cukuplah dengan rezeki yang ada kerana perkara seperti itu tidak berkekalan. Kini, masih ada yang mencuba  tetapi saya tetap menolak.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...