Jepp, Shuib & Rahim Sepahtu Kini Menyinari Pagi Anda Di Sinar FM

Hiburan

Jepp, Shuib & Rahim Sepahtu Kini Menyinari Pagi Anda Di Sinar FM

Akhirnya persoalan pengganti Krill Rashid, Salih Yaakob dan Kak Engku di Sinar Pagi Sinar FM terjawab jua. Teruja Abang Nara apabila mengetahui yang Jepp, Shuib dan Rahim dari kumpulan Sepahtu bakal ke udara setiap hari dari Isnin sehingga Jumaat untuk menyinari lagi pagi kita di Sinar FM. Pengumuman tersebut telah dilakukan di konsert Gegar Vaganza semalam. Rasanya semua boleh bayangkan betapa havocnya apabila ketiga-tiga pelawak ini bergabung tenaga.

sepahtu sinar pagi

Advertisement

Jadi pagi tadi Abang Nara pun bukalah Sinar FM untuk mendengar keletah mereka. Abang Nara rasa terharu apabila mereka tidak berlawak dan lebih kepada mengimbau kenangan bersama Allahyarham Yus Jambu yang telah pun meninggal dunia hari ini. Ini adalah satu cara untuk menghormati arwah yang telah pergi buat selamanya. Abang Nara dapat rasakan kesedihan Jepp, Shuib dan juga Rahim. Iyerlah, mereka semua rakan sepelawak dengan Pak Yus. Confirm banyak kenangan yang telah dilalui bersama.

sepahtu sinar pagi

Apa pun bagi Abang Nara gabungan ketiga-tiga pelawak ini di dalam slot yang diberi nama Sepahtu Sinar ini pasti akan memberi persaingan sengit kepada Johara Pagi Era. Seminggu dua ini Abang Nara nak try tengok kemampuan mereka bertiga. Mana tahu boleh pergi jauh. All the best dan good luck Abang Nara ucapkan. Apa pula pendapat anda?

sepahtu sinar pagi

P.S: Mesti selesa sangat anak-anak Abang Nara kalau memakai jumpsuit snapless dan buttonless daripada MyBabyButton nie. Boleh la lompat, terbang, bergolek dan bermain sepanjang hari dengan penuh keselesaan. Banyak lagi koleksi-koleksi yang cantik dan sedap mata memandang dengan harga berpatutan yang boleh dilihat di Facebook MyBabyButton. Selamat mencuba!!!

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...