Written by Bella | February 15th, 2017

Sering dikaitkan bercinta dengan Sari Yanti sehingga timbul gosip kononnya mereka bakal bernikah pada 25 Februari ini, pelawak Jep Sepahtu sekali lagi memberitahu mereka hanya sekadar teman baik. Walaubagaimanapun, Jep mengakui beliau tidak menolak sekiranya Sari Yanti ditakdirkan untuk menjadi isterinya.

Buat masa ini, apa yang boleh saya katakan kami selesa bersama. Begitupun untuk mengatakan kami sering berjumpa tidak boleh juga. Masing-masing bekerja seperti biasa, namun begitu kami kerap juga berbalas mesej menerusi WhatsApp.

Apa yang penting, buat masa ini kami tiada sebarang komitmen. Cuma setakat ini, semuanya adalah menyenangkan dan tidak ada yang memeningkan kepala.  Dalam berkawan, saya mengharapkan sesuatu yang baik. Kalau betul dia (Sari Yanti) jodoh saya, tentunya saya mampu mengaminkan saja.

Dalam pada itu, Jep berkata beliau tidak mempunyai sebarang masalah andai jodoh dirinya sampai cepat atau lambat.

Meskipun begitu, saya tetap berharap dapat mengakhiri zaman bujang sebelum ibu bapa saya menutup mata.

Biarpun keluarga tidak bertegas dalam soal perkahwinan, namun ibu ada berkata, dirinya teringin untuk melihat saya mendirikan rumah tangga ketika hayatnya masih ada.

Andai ada jodoh tidak kemana, lagipun kalau rasa diri sudah sesuai bersama apa salah untuk membawa hubungan baik sebagai teman itu kepada tahap yang lebih lagi. Kalau benar-benar Jep dan Sari Yanti dapat bersatu di jinjang pelamin, kami pasti ramai yang akan mendoakan kebahagiaan anda berdua.

Sumber Berita : BH ONLINE

[jetpack-related-posts]

27 responses to Jep Sepahtu Bersedia Untuk Terima Sari Yanti Sebagai Isteri

  1. Anonymous says:

    cepat-cepat kahwin..

    7

    0
  2. Anonymous says:

    Jangan lame cite mcm ni..nnti dri org suke org jdi nyampah
    Tapi aku memang suke dorang berdua

    5

    0
  3. emma says:

    kalau tengok sepahtu reunion episod last, jep mcm ada kasi hint pasal majlis. lagi2 bila elizad mengusik. jep ada ckp, “jangan cakap macam tu, takut majlis tak jadi”. something like that la. aku suka je dorang ni

    12

    0
  4. Anonymous says:

    da kenapa cara aku baca ayat2 jepp rasa mcm berpuisi lak..tp dlm intonasi suara jepp..emmmph!

    0

    0
  5. melati says:

    Ok lew Jep..!! sesuai sgt, tapi yg tk sesuai bila tgk Rahim melawak & Hentak kepala Jep kt Meja…memang lew Rahim melawak tapi Over sgt..!!! fikir lew sendiri Jep, kalau nk kekal lama Sepahtu diminati..elok lah korang berdua pun lagi kelakar….!!!

    5

    0
  6. anon says:

    bro , mmg conferm2 ko akan terima dia tu tapi ko kena make sure bakal isteri ko tu kena terima keluarga ko terutama ibu bapa lu ..sebab ko ni jef family man ..jgn esok ko kawen dgn dia …ibu bapa di ketepikan …harap2 tak lah

    1

    1
  7. bungakekwa says:

    untung jadi mak janda ek.. mak janda laku skrg…. opssss!

    0

    2
    • greenfingers says:

      Mak janda dh xjadik isu dh skang. Dulu iyela orang kata lelaki xpndg paras rupa, tp skang bohong semua tu, lelaki mmg pandang paras rupa, status tu pakej. Bkn ckp lelaki, pompuan pon sama ja. Org cantik org hensem diagungkan walaupun depa tu perangai mcm lahanat! Aku tingat ada kenalan masa sekolah menengah idup dia smooth ja. Adik beradik keje besaq n dia dpt jadik doktor, banner kawen pon letak title dr jugak, siap letak title bapak dia which is dato seri yg dari pegawai PTD dpt pegang jawatan beso dlm kementerian umngok. Padahal dia MO/HO jewww.. Mak plak murah rezeki dpt jadik somebody jugak. Idup x humble langsung, dlm status mak dia siap state anak dia jadik apa, sorg tu jadik pengurus, sorg tu jadik pengarah n bla bla..Eh, status dengki plak pagi2 ni,huhu.

      3

      0
      • Liza says:

        Biasalah manusia ni suka yg cantik2. Rezeki dia kan idup kwn hg sempurna. Tp kdg2 idup yg sempurna ni ujian jugak, kekayaan, idup xpnh ada mslh tu semua ujian. Tmbh yg ada kuasa, hidup mendongak langit je, lupa Allah bleh tarik kejap je. Allah bg kita ujian sb dia sayang kita, nk kita selalu berdoa pada dia, tak lupa pada dia.

        3

        0
  8. John says:

    Used goods.

    2

    3
    • anon says:

      skrg ni susah nak cari yg bkn ‘used’. Budak2 sekolah pun dah pandai main. Yg belum berkahwin tak semestinya ‘dara’ lagi tau…
      Dasar lelaki, kalau nak cari bini nak yg ada ‘dara’, sedangkan diri sendiri pun bukannya ‘teruna’.. …double standard.

      3

      1
  9. kak mah kebabom says:

    Alhamdulillah..tahniah

    1

    0
  10. AKU says:

    ALHAMDULLILAH

    1

    0
  11. kalo betul la jodoh jep dgn sari yanti tu…Bila dah jadi suami nnt jep…Nasihat kan skit pd isteri awk tu jep…JGN SOMBONG! JGN PANDANG ORG MCM LEVEL BWH TAPAK KAKI JE! YG SETARAF DIA, DIA LAYAN LA ELOK2…YG BUKAN SETARAF DIA MUKA KETAT MEMANJANG…BELAJA UTK SENYUM & HORMAT ORG LAIN! JGN BELAGAK MCM DIVA SGT! tu jeee nak pesan…Semoga berbahagia jepp

    5

    0
    • anon says:

      betol ke sari ni sombong….agaknya dia perasan dia popular sngt kot. Honestly aku tak hadap sngt artis2 ni, kalau terserempak dgn dia org pun aku wat derk or tak heran je.

      2

      0
      • Anonymous says:

        pernah jumpe die ke??? pelik aku..aku jumpe elok je..korang kot muke x bertamadun..xkan la die jalan tepi jalan kene senyummmmmm je kat korang..korang la kne p tegur..xkan die pulak..mne la die tau ko peminat die ke x..alahai manusia…

        1

        0
  12. 000 says:

    kawin aje la cepat..lama2 lagi byk dosa..yg ditayang pada umum pun dah mcm2..kawin ajelah!

    0

    0
  13. anon says:

    Dia nak ke kat janda sedangkan anak2 dara berlambak2…

    3

    0
  14. Anonymous says:

    Jgn nanti baru sethn kawin da blacklist,ex hsbnd dia x cerai kalo ppuan tu bgs huhu

    0

    0
  15. Cahaya fajar ainun says:

    Ada owg ckp santy nie mcm gitu lah sombong ngok muka pun leh taw..tp serius serina anak chfwan tu btl baik,hri tu jumpa kat butik bwa bgambr dgn dia,dia siap pgang bahu kita lg..siap tnya nama dia n wish kalo kita jmpa ke2 kali tegus sy sy blnja mkn,sy ngan kwn 2 diam membisu je..hrp2 leh kak serina bahagia lah nie huhu

    3

    1

Leave a Comment

Optional