Written by AbangNara | May 6th, 2014

Jenazah Allahyarham Seniman Datuk Aziz Sattar, 89 tahun telah pun selamat dikebumiaziz sattar meninggal dunia
kan Tanah Perkuburan Islam Bandar Tun Hussien Onn, Cheras Perdana kira-kira jam 2.10 petang hari ini. Sebelum itu, Allahyarham dimandikan dan disembahyangkan di Surau Al-Amin Bandar Tun Hussien Onn pada jam 11 pagi. Untuk makluman, Allahyarham telah meninggal dunia sekitar jam 2 pagi di Pusat Perubatan KPJ Kajang kerana serangan jantung.

Antara rakan artis yang hadir ialah Hans Isaac, Melissa Saila, Fauziah Ahmad Daud, Datuk Rosyam Nor Fizo Omar, Aizat Amdan, Datuk Mustafa Maarof, Datuk Sarimah Ahmad, Datuk Aziz Singah, AR Badul, Norlia Ghani, Datin Rosnani Jamil, Datuk M Nasir, Datuk Hattan dan Datuk Freddie Fernandez.

aziz sattar meninggal dunia

Sementara itu menerusi media sosial, para selebriti tempatan telah mengambil kesempatan untuk melahirkan rasa sedih dan takziah atas pemergian pelakon yang terkenal menerusi filem Bujang Lapok ini. Antaranya Rita Rudaini yang melahirkan rasa terharu kerana sempat berlakon dengan Allahyarham. Tulis Rita di akaun Instagramnya:-

Perginya seorang lagi bintang..AL-FATIHAH utk dato aziz satar…sy bangga kerana dpt peluang belakon dgn beliau walaupon sekali…xsangka masa kecil dulu sy tgk dia di tv sahaja…seorg seniman yg lucu,baik,suka bergurau.xsombong…sama2 kita sedekah kn ALFATIHAH utk pak ajiz…

aziz sattar meninggal dunia

Ramai lagi artis-artis yang telah melahirkan rasa sedih atas pemergian sebutir bintang ini. Apa pun, sama-samalah kita sedekahkan Al-Fatihah kepada Allahyarham dan doakan agar beliau ditempatkan di kalangan orang yang beriman. Al-Fatihah.

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

7 responses to Jenazah Aziz Sattar Selamat Dikebumikan, Rakan Artis Lahirkan Ucapkan Takziah

  1. Raiecai says:

    Bujang Lapok Tetap Di Hati
    Walau Sudah Tiada Lagi
    Kepergianmu Di Tangisi
    Moga Roh Mu Di Rahmati ..

    # Amin…

    0

    0
  2. eena says:

    sejujurnya..dlm byk2 pelakon veteran..pemergian pak ajis ni laa yg paling terkesan di hati… x dpt tahan air mata bila dengar berita pemergian beliau… mungkin kerana perwatakan dan sifat2 keikhlasan beliau mengabadikan diri dlm bidang seni..

    pak ajis tetap dalam kenangan… semoga Allah SWT merahmati perjalananmu di sana.. Innalillahiwainnailaihirajiuun

    0

    0
  3. freshgraduate93 says:

    Al fatihah untuk Pak Ajis ..

    0

    0
  4. cikfazi says:

    Gambar yang last tu buat org yg melihat nye, merasa sebak….sayu wajah nye…innalillahiwainnailaihirojiun….:'(

    0

    0
  5. ami says:

    amat terkejut mendapat berita ni… takziah buat keluarga.. innalillah, al-fatihah…

    0

    0
  6. Bujang Lapuk says:

    Salam Takziah.. Semoga roh arwah ditempatkan dikalangan kekasih2 Allah.

    “Heiiii! Kau jangan cuba hendak menyamarkan diri sebagai director. Walaupun rupamu tidak ku kenali, tetapi lubang hidungmu tetap menjadi pujaan hatiku!”

    0

    0
  7. It's Me says:

    Innalillah…Al-Fatihah. Semoga roh Pak Ajiz ditempatkan bersama2 para solehin. Ameen.

    0

    0