Jawapan Dari Pihak Pengurusan Raudhatus Sakinah Berkaitan Dengan Konsert Maher Zain

Hiburan

Jawapan Dari Pihak Pengurusan Raudhatus Sakinah Berkaitan Dengan Konsert Maher Zain

maher zain

Kami sentiasa memberikan peluang kepada mana-mana pihak untuk menjawap segala persoalan yang kami timbulkan di sini. Dan kami baru sahaja mendapat email jawapan dari pihak pengurusan Raudhatus Sakinah berkenaan dengan luahan hati seorang peminat Maher Zain.

Advertisement

Nampaknya segala masalah telah diselesaikan. Tahniah kami ucapkan kepada pihak pengurusan tiket konsert Maher Zain yang cekap dan pantas. Berikut adalah jawapan daripada pihak mereka:-

[note]Saya mengambil kesempatan ini untuk menulis setelah menerima pengaduan daripada ramai kawan2 ptg ni.

Saya tahu saudari Farihah tak pernah kenal saya dan tentu tak dapat melihat reaksi saya ketika bercakap melalui telefon. Persepsi pasti akan datang jika kita memang sudah memikirkan hal yang negatif.

Setelah saudari Farihah memberitahu kedudukannya, saya terus mencatat kesemua maklumat yang diberi dan terus mengambil tindakan untuk mendapatkan seats yang berbaki (yang tidak dibeli walaupun sudah booked). Saya sendiri meminta petugas meletakkan nama Farihah utk seats C30, D15 dan D16 dengan harga rm200 untuk tarikh 15 oktober seperti permintaannya. Kemudian saya terus turun ke bawah untuk membuat panggilan kepada nombor talian yang telah diberi, mula daripada saat saya mendapat tiket untuknya itu sehingga hari in, nombor tersebut tak dapat dihubungi.

Dan, saya meminta petugas untuk mencuba nombor yang berlainan supaya dapat juga menghubunginya. Sangat menghairankan sebab saya pasti nombornya saya ulang dua kali untuk pengesahan semasa bercakap dengannya. Jika saudari Farihah masih berminat untuk mendapatkan tiket ini, silalah menghubungi pejabat saya sebab tiket saudari memang telah diketepikan ke dalam sampul mengikut arahan yang telah saya berikan kepada petugas.

Maaf jika kesilapan komunikasi ini telah menjadikan saudari Farihah begitu marah. Maafkan saya sekali lagi.[/note]

Sila baca artikel ini sepenuhnya untuk membaca maklum balas penjaga Facebook Maher Zain kepada Budiey. Budiey juga rupanya telah mengeluarkan artikel luahan hati peminat Maher Zain ini. Apa pun tahniah atas tindakan pantas pihak pengurusan. Kami respek.

1. Tuan website Budiey perlu lebih bertanggungjawab mendapatkan penjelasan daripada Raudhatus Sakinah, bukan sewenang2nya mengeluarkan post ini kemudian meminta penjelasan. Sila dapatkan penjelasan dahulu. Mungkin ini budaya pemberita2 hiburan, kami akan cuba faham.

2. Yang membaca juga diharapkan adil dalam menilai keadaan. Kadangkala salah faham antara beberapa pihak sahaja berlaku, maka yang lain tidak mendapatkan gambaran sebenar, jadi keadaan ditambah seolah2 kami tidak menjalankan kerja secara professional walhal kami berusaha bersungguh2 melaksanakan kerja dengan baik.

3. Ada sebab kenapa kami gunakan sistem tiket begini yg menyebabkan ada kekeliruan. Kalau nak mendapatkan penjelasan sila call Pengarah kami. We can’t simply publish everything to everyone.

4. Gelak ketawa yang berlaku di pejabat, sembang menyembang pada pandangan saya adalah perkara rutin yang berlaku di pejabat antara staff tidak ada kena mengena dengan pemanggil telefon di pejabat. Kami memberikan penghormatan tinggi kepada semua pemanggil melainkan pemanggil telefon tidak menghormati kami pula.

5. Kami daripada RS memohon maaf atas ketidakpuasan hati semua pihak. Kami mencuba yang terbaik untuk melayan semua 2800 orang yang menempah tiket showcase. Saya percaya semua boleh menuding jari terhadap kesalahan RS tetapi tiada yang dapat menyelesaikan apa yang berlaku melainkan hanya meminta RS bertanggungjawab, dan kami mencuba sebaiknya.

6. Sebarang masalah boleh menghubungi pejabat kami atau Pengarah sendiri. Sila mendapatkan penjelasan yg adil dahulu baru mengeluarkan kenyataan.

T.kasih

*** budiey sy harap awak lebih bertanggungjawab bukan main copy2 n post dlm blog. kaji dulu cerita sebenar. jgn nak mengeruhkan lg keadaan.
sy tau la budiey lebih minat dgn adam lambert gay tu..

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...