Jangan Ubah Budaya Dan Intergriti Pasukan Bola Sepak – Afdlin Shauki

Hiburan

Jangan Ubah Budaya Dan Intergriti Pasukan Bola Sepak – Afdlin Shauki

Luahan Afdlin Shauki mengenai isu penajaan Dato Seri Vida terhadap pasukan bola sepak Kelantan, The Red Warriors mendapat perhatian ramai.

Advertisement

Dalam status yang dimuat naik oleh Afdlin di akaun Facebooknya, pelawak itu agak kurang senang dengan beberapa syarat yang dikenakan oleh Vida.

Untuk makluman anda, Vida menginginkan pasukan bola sepak Kelantan memakai jersi warna pink dan khabarnya akan mengecat stadium  Sultan Muhamad dengan warna merah jambu serta menukar nama The Red Warriors kepada Pamoga Qu Puteh The Red Warriors.

Namun, tidak semua yang bersetuju dengan pendapat Afdlin. Walaubagaimanapun, Afdlin menerusi mStar Online berkata beliau sebenarnya agak bangga apabila ada syarikat tempatan yang terbuka hati untuk menaja pasukan bola sepak tetapi janganlah cuba untuk mengubah budaya pasukan bola sepak berkenaan.

Saya bangga ada syarikat tempatan yang menaja sesebuah pasukan bola sepak. Tetapi janganlah hanya satu pihak yang menentukan segala-galanya sehinggakan budaya dan integriti pasukan bola sepak itu berubah.

Sehinggakan untuk bergambar pun, pasukan TRW perlu beraksi dua jari di pipi, seperti yang sering dibuat oleh Datuk Seri Vida, bagi saya itu sudah melampau.

Afdlin juga memberitahu beliau tidak kisah jika ada pihak yang mengkritik beliau kerana apa sahaja yang beliau luahkan hanya sekadar sebuah pendapat.

Ini hanya pendapat dan saya tidak paksa mana-mana pihak untuk menyokong saya. Apa yang saya cuba sampaikan ialah walaupun pasukan bola sepak itu ditaja, biarlah perjanjian yang dibuat sesuai dan memberi keuntungan kepada kedua-dua belah pihak.

Saya juga meminati pasukan bola sepak tempatan dan pendapat yang saya luahkan itu dibuat dengan cara penuh hormat. Saya pun suka merah jambu. Cuma tak payahlah beraksi (gaya jari di pipi). Hilang warrior dah.

Sebagai penaja yang sudah melabur sehingga RM 16 juta, Dato Seri Vida mempunyai hak untuk menetapkan syarat beliau sendiri, tetapi mungkin apa yang Afdlin katakan itu betul. Tidak perlu untuk ubah gaya dan budaya sesebuah pasukan bola sepak yang dahulunya disegani sehingga menjadi bahan gelak orang lain.

Sumber Berita: mStar Online

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...