Jangan Tunggu Kami Datang, Selebriti Tidak Istimewa-LHDN Jawab Shaheizy Sam

Hiburan

Jangan Tunggu Kami Datang, Selebriti Tidak Istimewa-LHDN Jawab Shaheizy Sam

Sebelum ini, pelakon Shaheizy Sam telah diberikan notis muflis melalui sebuah akhbar oleh Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN). Keratan akhbar notis tersebut telah menjadi viral di media sosial dengan kebanyakan Netizen mengkritik Sam kerana tidak menguruskan pembayaran cukai dengan baik.

Advertisement

Gambar: Star 2

Sam kemudiannya dikatakan berasa bingung kerana dia tidak pernah diberitahu oleh LHDN mengenai status muflis tersebut.

Keseluruhan artikel dengan membaca entri ini sepenuhnya


Sam memberitahu Harian Metro:

Beberapa minggu lalu, wakil mereka ada datang berjumpa saya di rumah tetapi mereka tidak maklumkan apa-apa pun mengenai muflis.

Ejen yang menguruskan cukai saya juga sudah beberapa kali ke pejabat LHDN sebelum ini. Tetapi, mereka juga tidak diberitahu apa-apa mengenai status saya.

Dia juga memberitahu dia menunggu penjelasan dari LHDN:

Sehingga sekarang saya masih menunggu penjelasan sebenar daripada mereka dan berharap mendapat maklum balas hari ini.

Sementara itu, Pegawai Perhubungan Awam LHDN, Masrun Malim berkata, masih ada selebriti yang akan diberi notis muflis selepas ini:

Saya tidak mahu kata ramai (artis), tetapi dalam rekod kami, memang ada selebriti yang akan dikenakan tindakan serupa (seperti Sam) selepas ini.

Hanya tunggu masa saja. Jika mereka tidak mengambil usaha untuk menjelaskan tunggakan, mereka boleh dibawa ke mahkamah dan seterusnya diambil tindakan muflis. Ia adalah prosedur biasa dalam pungutan cukai.

Masrun menambah, selebriti sendiri perlu bertanggungjawab mencari maklumat mengenai cukai dan bukan tanggungjawab LHDN memberitahu mereka:

Segala maklumat mengenai tanggungjawab percukaian boleh dicari di laman sesawang LHDN.

Terpulang kepada selebriti itu untuk mengambil tahu mengenai cukai mereka. Jika masih tidak faham, mereka boleh berjumpa pegawai kami bagi mendapatkan penerangan.

Jangan hanya tunggu kami datang kepada mereka. Prosedur tetap sama untuk semua orang dan tiada yang istimewa.

Enggan menjadikan media sebagai medan perbalahan, Masrun meminta Sam atau wakilnya datang ke LHDN segera kerana notis muflis yang dikeluarkan telah mengikut prosedur dan mendapat kebenaran mahkamah. – beautifulnara.com

Sumber: BH Online, mStar

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...