Jangan Tamak Mahu Jadi Orang Kaya Baru, Akibatnya Derita Seumur Hidup

Hiburan

Jangan Tamak Mahu Jadi Orang Kaya Baru, Akibatnya Derita Seumur Hidup

mlm scam

Semenjak dua menjak ini, kami ushar-ushar yang ramai sangat rakyat Malaysia terutamanya yang berbangsa Melayu yang tergila-gila nak jadi OKB. Memanglah semua orang nak kaya. Tapi nak kaya dengan cara tak bekerja itu memanglah sangat tidak logik. Paling sedih bila baca ramai orang kita yang terjerumus ke dalam MLM yang sememangnya penipu besar.

Advertisement

Kami tak cakap semua MLM adalah tipu. Cuma kalau anda berfikir secara logik, wajar ke MLM yang sepatutnya menjual produk untuk mendapatkan keuntungan, tapi sebaliknya MLM-MLM nie cuma tekankan kepentingan mencari downline. Sudahlah produk tak pernah nampak, bayaran nak masuk MLM nie pun cecah puluh-puluh ribu. Itu yang habis berhutang dengan Along dan dengan bank-bank.

Nasihat kami, janganlah masuk MLM kalau anda sedar diri anda bukanlah seorang yang pandai berkata-kata. Memang ada orang yang jadi super kaya dengan MLM, tapi anda kena muhasabah diri anda. Adakah MLM kena dengan jiwa anda. Tak bermaksud 1 orang boleh jadi kaya dengan MLM, anda pun boleh jadi kaya. Paling penting JANGAN pergi mana-mana perjumpaan MLM. Kesilapan yang selalu dibuat ialah bila kita pergi benda-benda nie hati akan cepat terbakar dengan “kekayaan” yang ditayang.

Kami nak kongsikan website MLMSCAM.NET supaya anda boleh buat rujukan tentang MLM yang wajar dijauhi. Walaupun kebenaranya mungkin bukan 100%, tapi seeloknya dielakkan MLM yang disenaraikan di MLMSCAM.NET nie. Lagi bagus kalau anda tekadkan hati terus taknak masuk MLM.

Ingatlah yang semua orang boleh jadi kaya, cuma caranya tue biarlah betul. Jangan sampai menyusahkan orang. Jangan sampai putus member. Dan jangan sampai berhutang keliling pinggang. Nanti diri sendiri yang susah. Sekian pesanan khidmat masyarakat dari kami team BeautifulNara.com

P.S: Ayat-ayat cinta terbaik yang pernah kami dengar.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...