Written by AbangNara | August 15th, 2012

Wow. Agak terkejut Abang Nara membaca Berita Minggu semalam. Mana taknya, pengarah tersohor, Dato’ Yusof Haslam menegur Neelofa agar jangan lupa diri. Ini semua gara-gara sikap Neelofa yang tidak mahu memberikan kerjasama dalam mempromosikan filem Saya Amat Mencintaimu (S.A.M) terbitan Skop Production.

nelofa

Menurut tulisan Raja Nurfatimah Mawar, Yusof Haslam bukan sahaja marah tetapi kecewa dengan sikap Neelofa yang baru setahun jagung jadi artis, tapi sikapnya mengalahkan bintang filem. Dikatakan bahawa satu pejabat Skop Production cuba menghubungi Neelofa tetapi tidak dilayan langsung. Panggilan telefon dan SMS tidak langsung dibalas oleh Neelofa.
lofa

Pengurus Neelofa dikhabarkan bakal membuat kenyataan rasmi mengenai isu ini tidak lama lagi. Pastinya Neelofa ada jawapannya yang tersendiri. Sama-sama kita nantikan.

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

Comments are closed.