Jangan Kenakan Cukai Sahaja, Bantu Artis Buat Album – Anuar Zain

Hiburan

Jangan Kenakan Cukai Sahaja, Bantu Artis Buat Album – Anuar Zain

Penyanyi popular Anuar Zain dalam satu kenyataan hari ini berkata kerajaan tidak seharusnya lepas tangan dan membantu artis untuk menghasilkan album. Artis juga mampu mengharumkan nama negara di mata dunia.

Advertisement

Menurut Anuar, penggiat seni sukar untuk mendapatkan pinjaman kewangan kerana sukar untuk menyakinkan institusi kewangan. Mereka melihat tiada masa depan buat seseorang yang terlibat dalam industri kreatif.

Saya harap kerajaan mampu memberi insentif kerana penyanyi susah mendapat pinjaman untuk membuat album. Saya perlu menyimpan. Jika pergi bank kata mahu pinjam duit untuk buat album, mereka tak akan layan. Mereka melihat tiada masa depan di mana industri kreatif ini tidak digalakkan.

Menurut Anuar, kerajaan juga mendapat keuntungan hasil kutipan cukai daripada industri hiburan. Malah, ada juga artis yang turut membayar cukai.

Apa salahnya untuk kerjaan mewujudkan peruntukkan untuk bidang hiburan juga didalam bajet negara.

Banyak cukai yang mereka (kerajaan) dapat daripada industri ini. Kita ada cukai hiburan, cukai kepada penyanyi dan pelakon. Banyak yang dicukaikan. Saya harap kerajaan membantu industri ini kerana kita boleh menempa sejarah melaluinya dan ini yang menunjukkan muzik Malaysia kita.

Kita perlu bantuan kerajaan kerana dalam pembentangan bajet, kita tidak mendengar peruntukan untuk bidang hiburan. Bantu juga pendapatan kami dengan banteras muat turun haram.

Tidak dinafikan ada penggiat seni yang menempa kejayaan dan sekaligus mengharumkan nama negara. Apa pendapat anda, patutkah kerajaan mula mewujudkan peruntukkan untuk artis?

Sumber Berita : THE MALAY MAIL ONLINE

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...