Written by Bella | October 6th, 2015

Kemesraan Sharnaaz Ahmad dan Noor Nabila sering menjadi bualan ramai, namun mengenali diri Sharnaaz beliau memang tidak akan mengaku sedang menjalinkan hubungan percintaan meskipun setiap foto yang dimuat naik olehnya bersama Nabila menggambarkan mereka sebagai pasangan kekasih.

Sebenarnya, Sharnaaz dan Nabila sudah mengenali antara satu sama lain agak lama, Cuma hubungan mereka baru-baru ini menjadi lebih rapat.

Saya sudah mengenali dia sebelum ini tetapi tidak rapat, cuma baru-baru ini ada rakan memberitahu bahawa Nabila boleh membantu saya dalam perniagaan yang saya ceburi. Akhirnya kami mulai rapat dan apa yang boleh saya lihat kami senang bersama sebab serasi.

Baru sahaja putus cinta dengan model dan pelakon Anis Al –Idrus,  Sharnaaz nampaknya tidak tungg lama untuk mencari pengganti. Hal ini menyebabkan ramai pihak melabelkan beliau sebagai seorang lelaki yang mudah bertukar pasangan. Namun, Sharnaaz sama sekali menolak dakwaan tersebut.

Jangan kata saya mudah bertukar teman wanita, sepatutnya mereka kena faham keadaan jodoh itu sendiri. Jika sebelum ini tidak membawa kami ke mana-mana saya anggap itu bukan jodoh saya.

Dan jangan juga menuding jari mengatakan Nabila sebagai orang ketiga atau sebagainya. Apa yang saya cari adalah keserasian, sebab itu saya mengambil jalan untuk tidak pernah mendedahkan hubungan saya seperti sebelum-sebelum ini, sebab takut disalah tafsir.

Untuk pengetahuan anda, Noor Nabila sebelum ini pernah mendirikan rumah tangga tetapi ia tidak kekal lama dan akhirnya beliau berpisah dengan bekas suaminnya.

Mengetahui tentang status Noor Nabila sebagai janda, Sharnaaz nampaknya tidak kisah dengan semua itu kerana beliau ikhlas berkawan dengan wanita tersebut.

Setiap orang sudah dianugerahkan dengan rezeki yang berbeza-beza, mungkin laluan kehidupan dia (Nabila) sudah ditakdirkan begitu. Kenapa saya perlu mempersoalkan status dia pula sedangkan saya ikhlas berkawan dengan dia. Saya tidak merasakan status yang dibawa Nabila merunsingkan saya, cukup rasanya saya serasi dengan dia .

Sampai bila pun kita tahu Sharnaaz memang tidak akan memberikan kenyataan beliau sedang bercinta, mungkin mereka sedang mengenali hati budi masing-masing dan siapa tahu kali ini Sharnaaz sudah bertemu dengan wanita yang cukup tepat dan serasi untuk dibuat isteri? Doakan yang baik-baik sahaja untuk belia dan Noor Nabila.

Sumber Berita: Utusan Online

46 responses to Jangan Kata Saya Mudah Bertukar Teman Wanita Dan Saya Tidak Akan Mengaku Bercinta – Sharnaaz Ahmad

  1. Anonymous says:

    ayat ko.. xnk ngaku la itu la ini.. tpi aku paling geli tgk ppuan dok g pelok2 laga2 pp.. pastu sok lusa putus.. sharnazz kata2 dan perbuatan x seiringg..

    0

    0
    • nd lalat says:

      ngaku je lah…..be a man for once.

      0

      0
      • kak nam says:

        X nak mengaku sudah la. Nyampah.
        Taktik sekumpulan penjenayah warga Amerika Latin yang menggunakan kereta mewah untuk memecah masuk ke kawasan perumahan elit di sekitar Lembah Klang sejak sebulan lalu akhirnya tumpas selepas ditahan polis, pagi kelmarin. Dengan menggunakan sebuah kereta sewa jenis BMW, semua lelaki yang dipercayai berusia 28 hingga 30 tahun itu aktif menyamun antara jam 6 petang dan 10 malam dengan menyusup masuk melalui pagar belakang sebelum mengumpil pintu rumah ketika penghuni tiada. Korang jaga.

        0

        0
        • Anonymous says:

          muka je mcm jantan tapi mentaliti pondan…..
          jadilah jantan 100% wei.
          bosan cakap mcm keling.

          0

          0
        • Cili Kering says:

          kalau ngaku, xde le reporter nk cari lagi dia kannnn??? dia ni kan desperate nk dpt lagi anugerah “artis kontobersi murahan tahunan”.
          tu la pesal.

          0

          0
        • Kak Semah Manzur says:

          Paling respek sama Bront Palare. Xde pun gossip2 picisan serta murahan mcm mamat ni. Tapi lakonan…tip top!

          Enough la drama…rubbish and full of shit!!!

          0

          0
      • Kiahd says:

        alah saja je ni..nak kasi cerita dia masuk blog. kasi suspense.
        poyooooo!!!

        0

        0
        • yucks says:

          kan? sejak putus sama shila amzah,,, mamat ni mcm low class sikit. attention male whore sngt. eeee…

          0

          0
        • Anonymous says:

          kecewa sgt kot dgn shila amzah,tu yang duk berkepit2 ngan pompuan ni pompuan tu..nk tunjuk dkt ex die kan,masih laku..

          0

          0
    • Zackz says:

      kaum hawa zaman sekarang nampak lebih desperate drp lelaki. mungkin kah jumlah yg lelaki sedikit berbanding perempuan. ha..mari berdiskusi.

      0

      0
    • Persetan kan says:

      ……..dah memang berkapel pun.
      Lets MOVE ON guys.

      0

      0
    • Anonymous says:

      kesian ko pompuan!
      nampak sgt dia buat stok geli geleman…huhu

      0

      0
  2. Sharnaaz poyo! says:

    Poyo la ko ni! Nyampah……….. Bpeluk bagai, masih taknak mengaku! Putar belit sungguh!!

    0

    0
  3. bravoo_girl says:

    I like yr statement Sharnaaz ~_~ Jgn pandang hina pada seorg yg b’titlekan “Janda”… Anak dara pun belum tentu baik 100% kan… Seolaknya, jika ALLAH dah tentukn jodoh sesesorang itu samada anak dara @ janda, jgn kita sebagai manusia biasa mempertikaikan tentang soal urusan ALLAH..Byk lg urusan2 lain yg bleh kita ambik kira drpd m’yibuk tentang status seseorng… :)

    0

    0
    • Anonymous says:

      status janda tu x salah kakk.. tpi biar lah jadi janda yg pndai jaga maruah… jgn salahkn org kalau “janda” tu yg tunjuk murahnya maruah… bole dpegang dpelok2… atlast dia dtggalkn.. kdg2 “janda” yg busukkan status janda tu sendiri..

      0

      0
    • Lovelyvic says:

      Janda detected…

      Heheheh…. alaa… yang merosakkan nama janda sbnrnya… segelintir janda2 jugak. Kerana nila setitik rosak susu sebelanga…
      Aku punya pepatah senang je, lebih2 lagi zaman skang ni:-
      Janda mmg dah tentu jandanya…
      Tapi anak dara belum tentu daranya…

      Yang masih pegang title isteri / anak dara… jangan sentap…
      Takde apa pada title pun..
      Satu hari nanti Allah menguji… dpt lak kita title Ms. J…
      Kita pun tak suka org klasifikasikan kita teruk2..
      So… bila dah jadi Ms. J… Tolong jangan gambar laga2 pipi mcm kat atas ni.

      0

      0
  4. Jane says:

    Booosan..kalau dh serasi gi la cepat kawin. Tak yah main laga pipi la, cium rambut la.. geli geleman okayyy

    0

    0
  5. Anonymous says:

    Kenapa orang2 perempuan sekarang x segan silu bergambar laga2 pipi or cium2 rambut macam dah kena pakai je….

    0

    0
  6. melati says:

    Memang lah ko tak bertukar Teman Wanita..tapi saya tgk Otak ko yg bertukar ::: ‘meroyan semacam jer?? Job kurang ker???? hihihi

    0

    0
  7. Anonymous says:

    officially a couple la….. next gossip please, nara.

    0

    0
  8. Yucksss says:

    gossip mamat ni makin lama makin murahan ….eee.
    pliz.

    0

    0
  9. sky says:

    bosan..bila orang komen lagak macam gangster nak cari sampai lubang cacing la ape la..makin bosan dah sbb dah perasan bagus

    0

    0
  10. kentang.bulat says:

    aku suka tgk dia berlakon, lagi2 dalam cerita solatku, hidupku,matiku kot tajuknya.. real jea.. tapi in social life kalau betul sebagai kawan mende laaa yg ko buat mcm tu.. peluk2, laga dada, laga pipi pastu mention teman rapat2.. tup2 kang kata putus..
    -aptb-

    0

    0
  11. K byeeee says:

    dulu minat dia. tapi semenjak 2 menjak ni mulut mcm azwan ali.
    terus akak potong stim.

    0

    0
  12. Kelantanese says:

    Kata kelantanese pandai jaga maruah..
    Ni segelintir manusia yg berasa dia keluarga yg punya nama so buat apa org lain jgn sibuk nk tegur.. Tak setaraf katanya..

    Dah janda buatlah cara janda… Tergedik2 berlga pipi… Esok2 kena tinggal muka yu tebal mcm bontot babun…

    Jagalah perlakuan… Tegur tak boleh kerja nak saman jer.. Lapar duit ke apa?

    Hi nelopa.. Adik kaki maki.. Kakak miang…
    Dah ko keluarga ‘femes’ kan.. Apa ko buat kalau langgar adat sebagai seorang islam.. Mmg org ‘maki’ lah

    0

    0
  13. mira says:

    bosannya llk mcm ni. nara pls la.. jgn ulang tayang crita basi ni

    0

    0
  14. orange says:

    artis paling poyo kluar statement acah2 bagus sgt setakat ini..

    0

    0
  15. muak dgn sharnaaz says:

    Apa apa la sharnaz oiii. Tak siapa kisah pun. Klau bkn nabila ni nak kan kau,rasanya tak sape nak kan kau kot

    0

    0
  16. . says:

    Promote barang lusuh ke?

    0

    0
  17. Anonymous says:

    Tak faham lagi ka Nabila.. You’re just his time pass.. Do you really think he will take you as his wife? Nope. Sharnaaz is perfectionist & he has different level of thinking on valuing people. Definitely bukan you as his wife. For a jolly time, yup, maybe..

    0

    0
  18. anon says:

    Wah, dah mcm laki bini berpeluk sakan. Tak tau malu betol…. Kerana janda ni sekor habis janda2 lain dilabel gatal.
    Apelah yg dia berkenan kat nabila ni, lawa pun tak. Dah lah tak tutup aurat. Yg mcm ni nak wat bini ke… Anis dgn Shila beribu kali lagi baik and cantek…

    0

    0
  19. gebang-gebang says:

    sharnaaz, azwan ali, chef wan, rita, abby abadi.. depa boleh geng…

    0

    0
  20. minah says:

    Sakit mata ooii tengok badan melekat..muka melekat bukan suami isteri..agak2 la.org lain pon bercinta.

    Jaga maruah awk sebagai lelaki…kata nk jadi ketua keluarga nnt..

    Nabia tu lagi la… “j”…x malu ke..klu x kisah maruah sendiri,maruah mak bapak and keluarga fikir jugaj..

    0

    0
  21. Saudagar says:

    WADEHEYYY!!!

    0

    0
  22. wawa says:

    Membantu saya dalam perniagaan?? ye memang pun, semua yang si Nabila baik dan “bantu” berniaga tu dia main sebat je. Tak kira boyfren or suami org. Si miang Low class.

    0

    0
  23. serra says:

    err korang yg komen2 ni faham tak maksud article ni? sharnaaz ckp jgn mengata dia mudah bertukar gf dan tak mengaku bercinta. meaning dia mmg mengaku dia bercinta lah. tak fhm aku part mane dia ckp tak ngaku pulak? dah ckp bahasa melayu pun korang tak fhm nak kena masok tadika balik ni

    0

    0
  24. anonymous says:

    Tak tahu kenapa tapi masih suka kalau Sharnaaz dengan Shila. Selalu doakan mereka boleh berbaik kalau masih ada jodoh. (CUma sedikit kesal kalau betul Sharnaaz ada maki Shila selepas mereka putus- bukan message sakai dulu- ada terjumpa di blog mana tah). Walaupun tak ada hak, tapi hati kecil rasa macam tak mahu S and N.

    0

    0
  25. Yekeni says:

    Dia punya pasal la. Private life dia. Kita pun masa berkenalan dgn orang, letak hati. Tapi makin lama, true colours semua keluar. So, berpisah. Takkan nak teruskan kahwin just so that org tak kata tukar2 pasangan?

    Dia nak glue pipi ke, bercekik leher ke, dia punya pasal lah. Dah baligh. Dosa tanggung sendiri.

    Dia tak nak ngaku ke, dia punya pasal lah. He doesn’t owe anyone any explanation or declaration.

    Tak minat ah mamat ni. Character mat melayu kentalan. Tapi life dia, dia punya pasal lah.

    0

    0
  26. Rodger says:

    I am really grateful to the holder of this website who has shared this impressive article at at
    this place.

    0

    0