Written by AbangNara | December 10th, 2014

Dadah berbahaya. Dadah musuh negara. Amboi teringat pulak lagu tentang dadah yang amat popular masa Abang Nara muda-muda dulu. Selaku seorang penyanyi, pasti nama Akim Ahmad sedikit sebanyak tercalar apabila difitnah mengambil dadah ketika membuat persembahan untuk separuh akhir Muzik-Muzik baru-baru ini. Entah pihak mana yang menyebarkan fitnah tersebut. Mungkin ada yang cemburu melihat kebangkitan Akim Ahmad menerusi lagu “Mewangi” yang menjadi siulan ramai sekarang ini.

akim ahmad

Berdasarkan persembahan Akim & The Magistrate di AIM21 baru-baru ini, ternyata Akim sememangnya mampu memberikan persembahan yang awesome sekiranya tidak mengalami gemuruh seperti di separuh akhir Muzik-Muzik. Jadi diharap tak ada lagi fitnah yang cuba mengaitkan Akim dengan dadah. Kata Akim:-

Sejujurnya, ia sangat memberi kesan terhadap saya. Individu yang paling terkesan dengan perkara tersebut adalah ibu dan bapa saya. Ibu saya pernah menangis ketika membaca laporan tersebut. Saya mohon hentikan semua cerita tidak benar ini.

Saya berharap agar mereka berhenti daripada mengaitkan saya dengan perkara sebegini. Saya masih mempunyai keluarga dan saya tidak mahu mengecewakan mereka dengan cerita-cerita seperti ini.

akim ahmad

Sabarlah Akim. Biasalah bila kita tengah naik, macam-macam lah cerita kurang baik dikeluarkan oleh orang-orang tertentu untuk menjatuhkan kita. Ini semua asam garam dalam dunia hiburan. Semoga ia akan menjadikan Akim lebih tabah dan memberikan semangat untuk menghasilkan lebih banyak lagu berhantu. Good luck and all the best Akim. Sumber Kosmo.

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

22 responses to Jangan Kaitkan Saya Dengan Dadah – Akim Ahmad

  1. […] Berdasarkan persembahan Akim & The Magistrate di AIM21 baru-baru ini, ternyata Akim sememangnya mampu memberikan persembahan yang awesome sekiranya tidak mengalami gemuruh seperti di separuh akhir …read more […]

    0

    0
    • Jiran Mak Jemah says:

      kalau dillihat pada muka pucat, lesu dan kurus kering…memang sebijik kaki ambk barang. bersihkan imej anda tu dulu. kalau setakat pung pang pung pang depan wartawan2.. tak jadi dik hoi.

      0

      0
      • baby AA says:

        lain benor muka dulu dan sekarang. muka sekarang mcm…. x mandi.

        0

        0
        • Sofeah Latjuba Muller says:

          kalu kau xnak tengok parents menangis, ubah la penampilan. jadi la penyanyi yg berwawasan. kau dh mcm mynmar jual ikan kt pasar selayang je ghupernyer. serabai la ada,, dgn rambut justin bieber yg kering dan kusut tu. eeee,,

          0

          0
      • Cili Padi says:

        imej lalok, baru bangun tido n selekeh dah “out”.
        sekarang imej2 bersih dan sophistikated. walaupun rock tapi kemas gitu.
        kau kena upah imei konsultant le bro.
        ubah imej kau yg busok lagi comot tu wei!

        0

        0
        • melati says:

          Choiii. Buat mcm Adam Levine Maroon 5 tu la. Baru naik taraf sikit. Ko dah macam rock kapak tahun 90an. Selekeh siot !!!

          0

          0
        • vjgt says:

          tak ada pun rock kapak 90an nak selekeh bagai.. diorang kemas je pakai, cuma rmbut je panjang.. yg penting rock kapak 90an terbaekkkk evergreen

          0

          0
  2. ina says:

    sng je klu nk bersihkn nma.. g wat ujian air kncing… pastu tunjuk result kt peminat kalu benar nk bersihkn nama..

    0

    0
    • bedah bedot says:

      Yes….. pegi buat ujian dadah air kencing tu pastu tunjukkan result. Confirm nama bersih….

      0

      0
    • vivi says:

      tahu x per ..sokong2

      0

      0
    • Haterz Di Mana Mana says:

      Tak jugak..kalau dah name haterz, dia akan cari kesalahan artis tu..kalau tunjuk result air kencing pon dia akan kate edit..rasuah bagai..tapi at least ada usaha la di situ untuk membersihkan name dia..

      0

      0
      • penyanyi bilik air says:

        kami bukan “haters”. kami “objective haters”…. utk kebaikan Akim dan masa depannya sebagai anak seni. ngerti?

        0

        0
  3. nok gebuzzz says:

    ni namanyer dugaan sebagai seorng artis….kena la byk bersabar,lagipun kalau betul tak salah buktikan saja,tak payah nak pening2 kan diri kuar kan pelbagai statment.

    0

    0
  4. Kak Kiah says:

    Aku frust jugak lagu Akim ni tak masuk final

    0

    0
  5. kat says:

    ambil contoh macam penyanyi one direction dan k pop yg bersih segar dan kemas, baru syok tengok, gi makan vitamin dan buat facial ok

    0

    0
    • minah jambu tlajak habis merah says:

      penyanyi jantan Malaysia tak ada klas selekeh dengan misai jangot eeeeeeeeeeeeeeeee beserabot ! lebih2 lagi si wak doyok tu eeeeeeeeee rimas rimas rimas minah jambu tengok dia huh !! kalau zul tkpe la jugak muka dia bersehhhhhhhhhhhhhhhhh aje hensem !

      0

      0
      • abang jambang says:

        ketinggalan zaman minah jambu ni.. mmg suka mamat2 jambu jer bulu xda agaknya. skang ni mmg zaman berjambang, baru macho n sedap nk geli2. minah jambu nak try ker abg jambang boleh bagi. hihihi

        0

        0
  6. mak c kina says:

    aku suke dgn akim,tp skrg dia dah xsekemas time dia mula2 kuar dlu..yes,1 benda yg aku setuju dgn kpop..dorg sgt jaga keterampilan..imej bersih…aku xkisah psl dorg nye mekap n plastik tu,janji selera aku nk tgk..

    0

    0
  7. najwa says:

    bukan aje lalok, tapi tak boleh nyanyi live jugak!!

    0

    0
  8. Anonymous says:

    ko p AADK la minta dorg buat ujian kat ko hehe..

    0

    0
  9. MULUT CELUPAR says:

    i rasa akim ni terlebih makan collagen untuk putih, sbb tu nampak pucat..ngeeee

    0

    0