Written by AbangNara | July 3rd, 2014

Akhirnya Ustaz Kazim Elias menyampaikan apa yang terbuku di hati Abang Nara selama ini. Abang Nara tak adalah masalah dengan selebriti-selebriti wanita yang berhijrah. Abang Nara suka dan gembira mereka mengikut perintah agama. Namun apabila sesetengah selebriti tersebut tiba-tiba selepas bertudung terus jadi ustazah/pakar agama dan bagi ceramah sana-sini tanpa ilmu di dada, itu adalah sangat tidak wajar.
ustaz kazimTeguran Ustaz Kazim Elias ini wajar dijadikan panduan buat selebriti wanita yang bercita-cita mahu berceramah atau berkongsi pengalaman mereka berhijrah selepas ini. Jangan hanya cakap kosong, belajar dulu. Kata Ustaz Kazim menerusi Mstar Online:-

Alhamdulillah… bagus ramai artis yang berhijrah ke arah kebaikkan kerana ia dapat mempengaruhi peminat mereka untuk melakukan perkara sama tetapi biarlah ia disertai dengan ilmu agama yang cukup.

Jangan hari ini beritahu sudah berubah lalu mengenakan tudung dan terus hendak menjadi seorang ustaz atau ustazah kerana banyak perkara yang perlu didalami mereka terlebih dahulu.

Jika asas dalam bidang agama tidak cukup bagaimana hendak berceramah kepada orang lain malah ia boleh menjadi risiko besar.

Tambahan pula dengan teknologi hari ini apa yang kita perkatakan dalam masa lima minit, ia akan tersebar di laman sosial dan YouTube. Jadi golongan ini harus berhati-hati dan belajar terlebih dahulu

kazim elias

Walaupun bukan semua selebriti wanita berhijrah bersikap seperti ‘ustazah mee segera” ini, segelintir daripada mereka turut sama meminta bayaran yang melampau semata-mata untuk berkongsi cerita penghijrahan mereka. Hmmmm. Harap-harap perkara sebegini tak akan terjadi lagi. Daripada sibuk sertai ceramah sana sini, lebih baik pergi kuliah agama untuk mendalami ilmu agama. Tak gitu? Apa pendapat anda?

P.S: Songkok versi JDT di pasaran

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

86 responses to Jangan Hari Ini Bertudung, Esok Terus Jadi Ustazah – Ustaz Kazim Elias

  1. Olga says:

    Abby la tuh.

    0

    0
    • Jemah Jemahan says:

      Setuju 101%…adik2 diluar sana pergi belajar sampai Universiti Al-Azahar..balik Malaysia masih x konfident nak jadi penceramah. Sedangkan artis2 Malaysia, pakai tudung baru 3 bulan, umrah pergi guna pakej sambil melancong dan shopping….ada hati nak jadi pendakwah. Lucu sungguh.

      0

      0
      • Anonymous says:

        elok la dia bertudung bercita2 jd ustazah dari langsung x bertudung dan menyebarkan zina… ape nak jadi ngan manusia ni haa??

        0

        0
        • Datin Semah says:

          x setuju…jangan jadi hipokrit. dah byk dlm malaysia. bahaya utk rpeutasi islam. semak.

          0

          0
        • anon jugak says:

          setuju jgn sebarkan zina? tak setuju menyebarkan kebaikan… korang ni dah kenapa??

          0

          0
        • Anonymous says:

          UAI x penah tegur org yg baru berubah mcm ni, ustaz kazim ni over!!

          0

          0
        • dont waste your bloody please says:

          To anonymous,

          Kurang bersetuju. A dream without an action…is just a WISH.

          0

          0
        • Tipah Kurma says:

          Yg mana yg wajib..
          Bertudung atau menutup aurat??

          Ada hati nak jadi setazah, padahal padahal kening sebaris!!!!
          sebenarnya bukan nak jadi setazah sangat sebab berbaur2 politik..!!!
          Hentikan laaa!!!!! retis owhhh retis

          0

          0
        • Bedah Bubur Masjid says:

          Retis2.. sila contohi biduanita Noor Kumalasari!!!

          0

          0
        • sya says:

          hang ni tak paham statement ustaz kazim ni.

          0

          0
        • Fahrin Ahmad says:

          tak perlu la jadi ustazah,
          nasihat org sekeliling pun dah ok..

          0

          0
        • aini says:

          Alah..bkn artis pmpn aje..yg artis laki pn same..

          0

          0
      • mira says:

        korang perasan tak? selalunya artis2 yg zaman silamnya hitam dan kotor setelah bertaubat akan kecoh mengalahkan org yg terdahulu berhijab sebab terasa amat bersalah pada masyarakt dan tuhan. sedangakan artis2 yg mempunyai zaman muda yg molek/elok…biasa2 je. seperti kata pepatah- empty vessel makes most noise.

        renungkan….

        0

        0
      • abang norman says:

        artis- basuh jubor/beristinja pun x berape nk bersih….nak tegur orang plak dah. podahhhhh.

        0

        0
      • Aaron Aziz says:

        sama gak ngn berkopiah,
        xleh je terus jd ustaz kan..

        0

        0
      • Wawa Zainal says:

        bleh je nk jd ustzah, pstikan jgn hntam org,
        dan kalau nk nyatkn hukum, bgtau je nas atau hadis..

        0

        0
        • macam2 says:

          nak nyatakan hukum, bagitau je nas atau hadis? wow, senang betul la jadik ustazah?

          *geleng2 kepala*

          0

          0
    • Anonymous says:

      galakkan la mereka, bukan down kan mereka.. adoii pakai tudung salah, tak pakai dosa.. ape nak jadi ngan duni niwww!!

      0

      0
      • pendekarlaut says:

        la..kan ayat mula2 tu dh bg smgt..ustaz cuma nk INGATKAN je..ke ko saje nk provok?? kompom BM fail kan

        0

        0
        • Anonymous says:

          ingatkan benda baik2 la.. ingatkan diorg supaya istiqamah lagi bagus dpd ingatkan jgn jadi ustazah… sape jee yg bg gelaran ustazah ni pun xtau, pandai2 je nak gelar org ustazah bagai.. apa yg salah betulkan, bukan perli org nak berubah! ko BM lulus sangat ke?

          0

          0
    • Baby AA says:

      Pakai tudung dah jadi isu biasa. Gossip paling hot/meletop jika mama Rosmah mengumumkan dia kan berhijab. Tak gitu?

      0

      0
    • markonah says:

      tak salah kan sambil mengajar..kita boleh belajar….

      0

      0
    • minah jambu 24jam mengadap compter says:

      helo ustaz kazim emmmmmmmmmuah ! lov u ustaz kazimmmmmmmm.. !

      0

      0
    • asal tutup aurat jer kira muslimah says:

      Macam artis yg start dgn huruf W yg juga staf stesen tv…

      Si W tu sendiri masa mengaca MHI pun salah cakap, malu bukan kepalang

      Itulah dia W ni, ustazah mee segera

      0

      0
    • Anonymous says:

      Abby bukan ustazah but dia menegur.. beza kot ustazah dgn nk menegur.

      0

      0
      • minah jambu 24jam mengadap compter says:

        dia bukan Nye menegurrrrrrrrr tapi dia menghentam !

        0

        0
  2. Abby Mahu Patentkan Teknik Cakaran says:

    Guilt without a trial :-

    1)Abby
    2)Wardina
    3)Felicia Yap
    4)Neelofa
    5) (bakal) Emma Maembong

    0

    0
    • asal tutup aurat jer kira muslimah says:

      Yeszzzzahh…..!

      yg otak spanar jaya tu, dia la kepala dlm persatuan ustazah mee segera.

      Harap dia akan dimasukkan ke pusat pemulihan jiwa dan kembali ke pangkal jalan

      0

      0
  3. Marsha Londeh says:

    Ni uztas canon pd Neelofa. Over sangat. Orang lain pun tutup aurat jugak. Riuh mcm ayam bertelur. Sekampung heboh…

    0

    0
    • wani says:

      tolong bagi tau/tweet dia….makin nyampah pula. hampir jatuh dlm kategori…riak. relaks2 la. orang lain pun berhjab jugak.

      0

      0
      • miaw says:

        Org yg masyam hatinya aje nmpk mcm mek tu canang 1 dunia sdangkan masa kecoh dia dkatakan pakai tudung geng2 reporter x pat kontek dia.org len yg dok post pasai dia pakai tudung. Ni ustaz ngata abby n pringatan kt mek lopak jgn jd mcm dia le ni

        0

        0
  4. Anonymous says:

    Tu tuu bini bini pak menteri taknak tetegur ke setad?

    0

    0
    • kuku says:

      soklan ko xmatching ngan ape ustaz tu ckp..bleh cube dgn soalan yg lain

      0

      0
    • pendekarlaut says:

      dier dh tegur lame dh…lalu forum lagi..lepas dh tanggungjawab dier..anda bila lagi??

      0

      0
    • i know says:

      anon jgn cube cari kesalahan org yg cube perbetulkan keadaan..bace btl2 bait2 kata ustaz tu..pasal rosemah tu dah lame da die buat teguran..dlm youtube pn ade klu btl kite nk tahu kesahihannye..lain lah klu niat tu cume nk cri silap ustaz jer mmg xkn jmpe laa..sape jer yg silap dimata ustaz cnfirm kena tgur pnye..tp kali nie secara menyeluruh bkn pd sesiapa..so hrp jgn ade yg terasa nasihat tu utk artis kesayangan ko plak ye…nti emo lebih plak…
      hihihihi..

      0

      0
    • minah jambu merah biru says:

      nk tegor nk buat apeeeeeee ! dorang dh tua pandai2 dorang la berpikirrrrrrr…jangan nk pandai2 nk jadi ustazah pulak huh !

      0

      0
  5. sentap says:

    kompem abby abadi dan wardina tu..hahahahha

    0

    0
  6. semek says:

    ostad brni sound retis je..bini menteri tkut kn c4 wkwkw..mohon terase

    0

    0
    • chronicz says:

      aku yakin ustaz tegur semua wanita islam secara amnya.. cuba ko rajin2 dgr ceramah dia.. kadang-kadang siap ayat kiasan lagi.. so, mana-mana orang nak terasa ke, nak insaf ke, nak buat2 bodo tak dengar ke, tu hak seseorang la.. semua wanita islam tahu bertudung dan menutup aurat tu wajib dan berdosa besar.. cuma nak dengan tak nak bertudung je.. tak kan nak suruh ustaz bawak rotan g kejar sorang2 kot.

      yang aku nampak, ustaz nak highlight kan kat statement tu, kalau dah bertudung dan menutup aurat, jangan anggap diri tu dah cukup bagus sampai sedangkan di dada pun ilmu belum cukup lagi.. kalau bini2 menteri mula bertudung pun aku yakin, diaorang sure tak nak jadi “setazah gila glamour” berceramah sana sini.

      0

      0
    • i know says:

      cian kt kau kn…rosemah kembang tu da lme die tegur…dlm youtube pn ade..cri la kesahihan sblm keluarkn ape2 statement..jgn kerana ego fitnah pn kite ketepikan..huhuhuhu..mohon terasa…hihihihi…

      0

      0
    • minah jambu merah biru says:

      jangan nk babitkn bini2 menteri ! dorang punye suka nk pakai tudong atau pon tak !! lu sapa nk paksa2 dorang !!

      0

      0
  7. 88uy says:

    bertudung tu bagus..itu dituntut..tapi ilmu pun kena ada kalau kita sbok sgt nak beri ceramah..sekadar secebis ilmu, yg banyak maksiat dan lagha masih tak berubah mcm dulu..tak guna juga..cakap pumpang2, tapi akhlak hidup seharian kelaut..tak guna juga…jd saya sokong apa kata ustaz..terpakai buat sesiapa pun, bukan artist saja..

    0

    0
    • Anonymous says:

      Maaf…menutup aurat bukan di tuntut tapi diwajibkan dalam agama.

      0

      0
      • 88uy says:

        anon, maksud dituntut ialah wajib..kenapa ianya dituntut? kerana Allah mewajibkan nya..penggunaan bahasa saja..dan dalam kitab pun wajib dan dituntut digunakan seiring.

        0

        0
        • indah says:

          menututp aurat memang wajib.. yg tak wajibnya pakai tudung.. tudung sarang pun boleh..asalkan aurat x nampak ;P

          0

          0
  8. Mengong pnya soklan ampa ne..dok soh bini2 mnteri apa bnda..?? Ustad kata JANGAN ARY NE PKAY TDUNG ESOK JDY USTAZAH..xphm ka..?? Kang kata bengap mqah pulak..dh bini mnteri xpkay tdung nk jdy ustazah apa bndanyaa..hai ne msty jwb soklan spm xbca n xphmi soklan ps2 jwpan mula lar karut2..jtuh hkum sna sni..mslah mnusia ne..diqi sndqi pown xbtoy dok gelong lg..adik bqadik unx smua ka dh pkay tdung..?? Make sure btoy2 naa sblom terjah owg..law unx kta smua adik bqadik snak saudara unx dh pkay tdung sklypon kmy xnmpk..tpy Tuhan nmpk nooo..bulan2 posa ne..astaga..

    0

    0
    • doakan kak pah says:

      kenapa teruk sangat ni dik..pening kepala baca….BM dapat berapa dulu ni?

      0

      0
    • mak dara says:

      Adikk, ko sekolah kt mana dulu, aku nk ketuk cikgu bm ko, ape bahasa ko tulis ni, mcm nk lempang ngn kaki jek aku bacaaaaaa, stressss betul la pose2 nj

      0

      0
    • Adesss..sowy lerr kakak2 trsyg..hehehe..posa2 ne adehhh..tulih pown dh len..kehkehkeh..

      0

      0
    • daum ketum says:

      teruk nya penulisan ko…mabuk?

      0

      0
    • pocoyo says:

      nota kaki :

      huruf i ganti y
      huruf r ganti q
      huruf k ganti x

      sekian

      0

      0
    • rapunzel says:

      ALIEN DETECTED…. bahasa yang lgsg xdpt difahami.. google translete pon xpt merungkaikan maksud ayat ni…. -_-

      0

      0
  9. kapakbesi says:

    try pi dengaq bila ostad ni buat ceramah kat luaq selain topik agama….hancoqqqq

    0

    0
  10. Pemerhati SeMalaysia says:

    xpayh kecoh tunggu ustaz sound.. yg Allah dah lama suruh.. nabi suruh… xsedr2 lagi plak.. jgn nak salahkan ustaz dia sbgai ustaz sahaja.. yg Allah cipta kita suruh pun wat xtau APA lgi klu ustaz.. uztaz cuma nasehat kita ka.. yg berubah ke Marah lebih baik kita doakan xkirala artiska..Bini menteri ka.. sape2 la.. yg nilai allah bukan.. kita… selanat berposa…

    0

    0
  11. Anonymous says:

    Jangan hari ini bersongkok,,esok terus jd ustaz…

    0

    0
  12. .. says:

    kebayakan penyokong pembangkang cukup tak suka dengan ustaz kazim.kenapa ye? anda boleh cari kat youtube ustaz kazim da menasihat supaya rosmah bertudung..apa yang di cakap ustaz betul.harini berhijab esok xmungkin terus berdakwah..ilmu agama ni perlu masa difahami untuk diri sendiri sebelum dapat disampaikan.

    0

    0
    • ostad party says:

      sbb dalam PAs jer boleh dpt jd ostad osatzah segera…itula namanya Islam yg didemokratikkan.dlm UMNO pon ader ostad berbulu ayanm 40 eko.

      0

      0
  13. Anonymous says:

    bagus bertudung dan menutup aurat kan ustaz pun mention cm tu..tapi jgn pula ambil kesempatan berceramah sedangkan ilmu sangatlah kurang …bukan apa takut apa yg di ceramahkan lari dari islam yg sebenar.. ada juga yg lebih berani siap sound ulamak lagi sedangkan diri baru nak berjinak2 dengan ilmu agama..renungkanlah baik2..selamat berpuasa..* x tuju kat sape2 untuk peringatan aku juga..suka le tu

    0

    0
  14. Anonymous says:

    Sokong Ustaz Kazim

    0

    0
  15. popo says:

    Setuju dengan ustaz.
    Ilmu agama kalau tersalah cakap/tafsir pastu disampaikan pulak kat org…..akan buat org salah phm.
    Umpama belajar Quran tanpa guru.
    Boleh terpesong dik ooi

    0

    0
  16. Aku ni le says:

    kah…kahhh….kalau abby x terasa x tahu le…silap2 hb nti dia bidas plk ap y ustaz kazim ni cakap…abby kan sentiasa meroyan…

    0

    0
  17. Puteri says:

    Ustaz Kazim……….. Ustaz kesayanganku.. ;)

    0

    0
  18. anon says:

    Setuju sangat2…. Tak kesah kalau bercita2 nak jadi ustazah, takde yg larang pun tapi gih lah dalami dulu lslam barulah nak bagi ceramah ke. Ni baru bertudung 2.3 bulan dah berlagak pandai. Samalah dgn Abby & Wadina tu. Mcm abby bagi ceramah situ sini tapi perangai teruk, dgn laki pun derhaka. Setengah org ni pandai berceramah & berlagak pandai je tapi tak praktik kan pun. Takyah samakan ustaz kazim dgn ustaz sorg lagi yg suka wat kelakar bodoh tu. Tu ustaz kampung….

    0

    0
  19. Lily says:

    Perempuan je? Lelaki yang hari ni berkopiah, berjambang dan esok berceramah pulak macam mana? Misogynist.

    0

    0
  20. asal tutup aurat jer kira muslimah says:

    Org jantan kt negara Arab dan India, pantang tgk pompuan, dia nak rogol. Sebab apa?

    Pd hal pompuan kt sane punyelah dikongkong mcm burung dlm sangkar… dan ditindas seolah tiada aper2 hak…

    Itulah yg berlaku apabila si wanita percaya bulat2 psl KELEBIHAN tutup aurat. Tp last2 ditindas dan dirogol. Pastu perogolnya terlepas bebas. Yg disalahkan tetap si penutup aurat.

    To all you men and women out there,
    Ini bukan pasal tutup aurat,
    sebenarnyer korang kena ajar anak jantan korang:

    Teach your son(s) not to RAPE.

    You men and women yg taksub dgn hal tutup aurat,
    Your son(s) rape women/girls because he is lack of self-contrl. He needs to be sent to prison or rehab, whatsoever.
    It is not because pompuan tak tutup aurat.

    So, PLEASE.
    please teach your son not to rape.
    Now matter how scantily she dressed, no men have the right to rape he4 No men have the reason to rape her.

    0

    0
    • asal tutup aurat memang muslimah says:

      put it this way la watever your name is, if you do not want to tutup aurat, suit yourself. you can stroll around naked for all i care. personally you choose to show your body even how silly it is , and personally those ladies want to cover theirs up.

      so stfu and live your life how you want it to be.

      rape? no rape cases in US, UK etc? only in places where hijab is made compulsory? rape is not about hijab or not. it’s about men with animal instinct. so wateveryournickis, you wanna talk about rape, talk about rape. do not bring hijab in the discussion. if you wanna bring hijab in, might as well bring in micro mini skirt, sleeveless tops, tight jeans etc.

      wanna discuss like academician? talk with brain not ass ok?

      0

      0
      • asal tutup aurat jer kira muslimah says:

        Helo, cik jah. Subjek yg disampaikan di sini adalah kes rogol di negara Arab dan India di mana perogol bebas dr dibicarakan. Si mangsa pula menutup auratnya – jenis pompuan yg sopang santung.

        Case in point: perogol dibiarkan bebas

        Kalau cik jah gagal memahami subjek yg disampaikan, sila kawal emosi hijab kau terlebih dulu, tak pun, kalau panas sgt, bukak hijab ko bg sejuk dulu, pastu guna otak baca subjek yg cuba disampaikan.

        Negara Arab dan India ‘membunuh’ segala bentuk hak utk wanita. Termasuk kes rogol. Badan hak asasi spt Avaaz ligat berkempen utk menegakkan hak para wanita yg perlukan pembelaan ini. Warga dunia termasuk yg kapir menurunkan tandatangan pd petisyen utk legislation terhadap masalah ini. Cik jah dh sain atau belum? Atau terlalu sibuk berhijab stok cookie-cutter?

        Disebabkan cik jah mentioned psl USA dan UK, di sana if berlaku kes rogol, adakah para perogol itu mendapat layanan istmewa spt di Arab dan India? So, cik jah, pls use your brain and not your ass when trying to rebutt.

        Let’s hijab and selfieeeeeeee….. Lollllllsssss

        0

        0
  21. weng weng says:

    USTAZ SGT TELUS ..SOKONG!!!

    0

    0
  22. tuhan maha mengetahui segala gala nya…..siapalah kita untuk menjatuhkan hukuman kepada seseorang….salam ramadhan & selamat berpuasa.

    0

    0
  23. pearl says:

    hmm bukan nak kata la, artis2 sekarang mmg ramai dah bertudung…tapi adusss tak berapa nak sempurna…pakai tudung tapi baju lak ketat Ya Rabbi…

    0

    0
  24. Orang jahat sekalipun kalau dia bagitau benda baik.. ok la.. dia jahat ke apa ke menjawab la sendiri dengan tuhan.. asal dia tak ajar kita wat benda jahat..

    0

    0
  25. asal says:

    la….nak tegur org tutup aurat jaga solat kena puasa…kena ada degree dulu ke? patutla ramai org melayu terus2an jahanam. sorry Ustaz, saya respek you but for this, you are wrong big time!

    0

    0
  26. lola says:

    mmg pon puak pembangkang ni x suke ustaz kazim..ape ustaz ckp ni betol..tp puak pembangkang sebok shoot ustaz kate dibeli umno lah ape..ni bkn psl politik..ustaz nasihat ikhlas..cube lah bukak minda sket, ni psl agama..

    0

    0
  27. Anonymous says:

    hurmmm…rsnyer isu berbuat kebaikan memberi sedekah dihalau dr berbuat baik lagi keji dri org yg sudah memakai tudung cuba mengajak semua org berbuat kebaikan…kot… sgt sedy org islam xbg sedekah kt gelandngan…ustaz kazim yg mulia tolong tegur jugak yer..sedey rsnyer

    0

    0
  28. kasyaf imani says:

    sokong ustaz kazim ! ustaz kesayangan ~

    0

    0
  29. joy says:

    kalau sekadar nak berkongsi perasaan/pengalaman rasanya tak ada salahnya.
    jika sebelum ni bkongsi cara hidup n pemikiran yang kurang baik dgn peminat, apa salahnya bkongsi cara hidup n mesej yg baik kpd peminat..bukanlah take over jadi ustazah. cukup sekadar jadi daie yang menyampaikan. kerana tugas menyampaikan yg haq itu (islam) itu adalah tugas kita semua. dan kita semua patut tuntut ilmu kerana tugas tersebut. mohon penulis janganlah ambil statement ustaz separuh-separuh hanya utk mensensasikan isu.

    0

    0
  30. anon says:

    bagaimana plak dgn yg bergelar ustazah, bila dapat jawatan tinggi/ menteri trus kluarkan hujah2 terpesong/ mempermainkan agama islam (hudud) semua tue? Hanya semata2 menyokong kenyataan parti? Atau ustaz/ ustazah yg yang memberikan hujah menghentam pihak lain tetapi apabila pihak sendiri salah, semuanya diam membisu walaupun kenyataannya pihak sendiri salah?

    Hint (‘ hujah takpe bekerja sebagai pelacur sekiranya desakan hidup’)

    p.s….ustaz/ ustazah yg ada kepentingan masing2 tidak layak mengeluarkan hujah ini. Biarkan mereka2 yg neutral (tidak menyokong mana2 pihak sahaja yg berbuat demikian)

    0

    0
  31. […] Jangan Hari Ini Bertudung, Esok Terus Jadi Ustazah – Ustaz Kazim Elias (85) […]

    0

    0