Written by Bella | May 15th, 2017

Mula menceburi bidang hiburan menerusi program realiti berdasarkan undian dan baru-baru ini turut memenangi tiga kategori pada AME 2017 juga atas undian peminat, pelawak terkenal Johan merasa agak kurang selesa apabila peminatnya sanggup menghabiskan wang ringgit mereka untuk menyokong beliau.

Saya marah mereka undi saya kerana pengundi saya bukan di kalangan yang berada. Mereka orang biasa. Duit yang mereka ada baik disedekahkan kepada anak yatim atau bantu ibu bapa, itu lebih baik. Tetapi inilah apabila dikatakan peminat, kita kentut pun mereka kata wangi. Jadi saya terima kasih kepada peminat kerana mengundi saya.

Sejujurnya, Johan mahu peminat beliau membelanjakan wang mereka untuk keperluan ataupun sesuatu yang lebih berfaedah buat mereka. Johan tidak mahu peminatnya rasa terbeban dengan mengundi beliau.

Saya selalu marah peminat saya beli surat khabar atau berkenaan dengan duit. Saya tidak sokong penyokong saya menyokong saya dengan duit.   Kalau nak cakap duit, saya ada duit. Jangan buang duit anda. Kalau undi atas talian tidak mengapa, itu tidak guna duit. Saya tidak mahu bebankan orang. Duit itu boleh buat benda lain daripada dihabiskan kepada artis pujaan.  RM50 dihabiskan untuk artis pujaan? Kita boleh dapat beras sekampit.

Setiap artis mempunyai pandangan berbeza berkaitan undian peminat untuk mereka di dalam sesuatu anugerah. Apa-apa pun, zaman sekarang kita harus berjimat dalam setiap perkara.

Sumber Berita : THE MALAY MAIL ONLINE

19 responses to Jangan Buang Duit Anda Untuk Sokong Saya, Undi Atas Talian Secara Percuma Tidak Apa – Johan

  1. Intan says:

    Sbb harapkn yg free, nan hado johan mlm ni.. Sedih. Adakah zmn johan dh abis?

    1

    14
    • zaman johan dah abis pun dia dah kaya rayo..gaji DJ kat era pun bepuluh ribu sebulan..ko apa ado? nan hado jugak kan..

      28

      1
    • kipashijau says:

      johan mmg x nak org membazir duit undi dia.. org berbakat tak perlu nak kene undi2 ni.. fans dia ada je wpon xde yg mengundi, sbb tu masih laku sampai skrg,.

      18

      0
  2. Yaya says:

    Johan ni natural. Tak bajet ensem macho mcm retis lain. Kalah menang rileks je dia.

    40

    0
    • anon says:

      dah mmg non ado rupa nak budjet pe lagi ..huahauahuaahu

      1

      11
    • iq says:

      lepas ko kalah semua yang tercalon ? nape masa menang tak cakap macam tue.dah kalah nak sindir2 pulak

      5

      4
    • Faizal Al Baldi says:

      mmg la x bajet handsome sbb dia mmg xensem. bongok statement awk ni

      1

      0
      • Yaya says:

        Suka hati nak membongokkan org.
        Sbb dia TAK HENSEM la aku kata dia TAK bajet2 hensem. Rileks je.
        Bukan mcm sesetengah retis lain. Dan kau jugak. Muka dah la nan hado, tapi try hard jgk sbb nak nmpk hensem.pui..

        1

        1
  3. Kesiannyaaaaaa says:

    Mmg patut pon yg menang bagi kepada yg betul2 dj radio..bukan pada yg main tangkap pelawak lah, pelakon lah. Suara dj radio mesti kedengaran lunak..bukan bertempik-tempik tak kena tempat. Telinga bingit kekadang dgr.

    11

    3
  4. sentap says:

    suka dia ni…rilex je…simple

    20

    1
  5. Anonymous says:

    Johan ni jumpa kat luar pun friendly x mcm zizang.

    21

    0
  6. anon says:

    bebual lah ko johan
    ko menang dulu pun atas UNDI PEMINAT
    apa bengap nya statment
    semak ar ..
    kalau ikut ko pun tak layak jadi dj populer
    atau pengacara ….syok sendiri …

    1

    14
    • Anonymous says:

      si anon ni mmg dengki kt johan le tu. kau la bengap.. tak paham statemtn org. org suh berjimat pun kata bengap.. bukannye dia eksen sampai kau nk ingatkan dia menang sbb undi peminat. ehh… bengap punye anon bengap! pergi amik kursus pemahaman, bengap!

      10

      1
      • anon says:

        yg ko nak sentap apahal
        hak aku lah nak type
        ko nya bengap dan bangang sila simpan utk anak cucu ok
        mmg arr kena igtkan dia SEBAB DIA DULU MENANG PUN PASAL UNDI PEMINAT !
        lalalalalallalalalallalaa

        2

        5
  7. Anonymous says:

    cuba kalau tak pernah menang anugerah bagai.. mesti tak ckp mcm nie kan…

    8

    0
    • supportJohan says:

      mmg la kalau tak menang tak akan cakap macam tu. sbb tak ada org yg akan bazir duit untuk vote dia. dia menang sebab ada vote SMS dan sebab tu la dia pesan kat org jgn bazir duit utk vote dia. korang yg tak pernah jumpa dia mmg akan kata dia macam2. bila dh jumpa, baru korg tau johan n ozlynn orang yg macam mana. sangat baik and tak sombong. AME lepas, muka Johan yg layu n kepenatan pun sanggup datang jumpa peminat dia kat KFC shah alam lepas. jgn suka menilai org lain ye.

      7

      0
  8. Anonymous says:

    Eceh,Ayat baru!

    2

    0
  9. thetaktakutmatiman says:

    humble.
    komen paling matang dan membina dari seorg selebriti.
    bukan peminat..dan tidak masuk dengan gaya johan jd dj..tapi statement ni paling bijak.
    tidak suka johan sbgai DJ..ttapi respek johan sebagai selebriti.tahniah Johan!

    18

    1

Leave a Comment

Optional