Written by AbangNara | June 17th, 2016

Setiap kali Ramadhan tiba, selain daripada berpuasa dan berterawih, satu lagi perkara yang Abang Nara ternanti-nanti ialah hiasan di shopping kompleks. Nampak macam “eleh tue pun excited nak tengok ke?” tapi Abang Nara memang suka ushar kekreatifan, keunikan dan kecantikan hiasan-hiasan di shopping kompleks seluruh Malaysia sempena menyambut Aidilfitri ini. Salah satu yang Abang Nara teringat ialah hiasan bertemakan “kampung” di NU Sentral pada Aidilfitri 2015.

nusentral

Nu Sentral Aidilfitri 2015. Terimbau kenangan masa zaman kanak-kanak beraya di kampung

Jadi hujung minggu lalu lepas hantar sepupu ke KL Sentral, Abang Nara melangkahkan kaki ini ke NU Sentral semata-mata untuk melihat hiasan Aidilfitri di shopping kompleks ini. Ternyata langkah kaki ini tidak sia-sia. Cantik sangat-sangat hiasa Hari Raya NU Sentral tahun ini. Memang smart!!!

nusentralAbang Nara sempat membaca penjelasan tentang konsep perhiasan Aidilfitri di NU Sentral tahun ini. Konsepnya adalah Rekaan Islamik Kontemporari. Apa yang paling menarik ialah penggunaan idea 5 rukun Islam di dalam hiasan kali ini. Kalau korang perasan kan ada 5 kelopak bunga di gambar di atas kan? Itu menunjukkan solat 5 waktu yang kita selaku umat Islam harus tunaikan setiap hari. Menarik kan idea si tukang design nie?

nusentral

amcam ada gaya Maher Zain tak ambil gambar kat bulan?

Alang-alang dah sampai takkan nak tengok je kan? Kenalah bergambar dan ambil selfie sikit. Boleh upload kat Instagram dan Facebook dengan hashtag #NURaya dan #NUSentral. Tak payah susah-susah nak cari port bergambar sebab rekaan Aidilfitri NU Sentral kali ini didatangkan siap dengan 10 selfie point. Makin senanglah untuk mereka yang gila selfie untuk bergambar di posisi terbaik. Tak gitu? Abang Nara sempatlah berposing 4,5 gambar.

nusentral

teknik selfie yang cukup sempurna dari diri ini

nusentral

nanti nak bawak Aariz ngan Arissa ambil gambar kat kartun nie

nusentral

boleh wat gambar salam perantauan nie

Heheh. Hensem gak diri ini rupanya bila sekali sekala bergambar di tempat yang secantik NU Sentral nie. Kalau korang dah habis bergambar, banyak lagi aktiviti lain yang boleh dilakukan di sini. Untuk makluman, ada hadiah-hadiah bernilai sehingga RM1,200 untuk mereka yang paling kreatif ber’selfie’ di 10 selfie point NU Sentral ini. Jadi bila upload tue, jangan lupa guna hashtag #NUSentral dan juga #NURaya. Untung-untung dapat hadiah-hadiah menarik. Sapa tak nak wei!!

nusentral

korang mesti lagi kreatif daripada Abang Nara punya kan? RM1,200 tue beb. Takkan taknak kot?

Setiap hujung minggu sepanjang bulan Ramadhan ini pula, akan ada persembahan istimewa daripada kumpulan-kumpulan nasyid dan juga penyanyi yang cukup popular. Ada Raihan, Sabhi Saadi, In Team, Amelina dan ramai lagi. Selain itu ada juga aktiviti seperti menganyam ketupat, pertandingan pasang langsir, pertandingan pakai baju raya dan pertandingan menghias bunga. Abang Nara dah tangkap gambar jadual yang lengkap untuk tatapan korang semua.

nusentral

Kalau nak cari baju raya pun boleh dilakukan di NU Sentral ini. Banyak kedai-kedai (terutamanya untuk perempuan) yang jual baju kurung, jubah, baju Melayu, kuih muih raya dan macam-macam lagi. Terlalu banyak pilihan sampai boleh serabut mata dibuatnya. Abang Nara sempat juga tengok-tengok baju-baju yang dijual. Boleh tahan kualitinya. Harga pun berpatutan. Bolehlah kalau nak cari sehelai dua untuk dipakai di pagi raya.
nusentral

nusentral

Jadi tunggu apa lagi? Kalau ada kelapangan, bolehlah pergi tengok sendiri kecantikan, keindahan dan kekreatifan perhiasan Aidilfitifri di NU Sentral. Silalah bergambar sampai lebam. Jangan lupa hashtag #NURaya dan #NUSentral bila upload gambar tue. Maklumat lanjut layari www.facebook.com/nusentral.

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

7 responses to Jalan-Jalan Tengok Dekorasi Aidilfitri Di NU Sentral

  1. Mak Jenin says:

    syoknya shopping surrounding mcm nie…!!!

    0

    0
  2. Anonymous says:

    eh ingtkan design tuk deepavali tadi kalau a.nara x explain..:D

    0

    0
  3. Anonymous says:

    Fuh! Nsb baek xde muka bini nara

    0

    0
  4. Rashidah mat taik says:

    Hensem baju nara.beli kat mana?

    0

    0