Written by AbangNara | May 9th, 2017

Melbourne. Orang kata, sekali kita menjejakkan kaki ke bandar ini, perasaan rindu dan keinginan untuk kembali semula pasti akan dirasai. Dinobatkan sebagai “most liveable city” untuk 6 tahun berturut-turut pada 2016, Melbourne mempunyai keunikannya yang tersendiri sehingga membuatkan kita terpanggil-panggil untuk terbang ke sana.
melbourne

Kawan-kawan Abang Nara yang pernah pergi ke Melbourne kesemuanya pernah berkata “rindu la nak jalan-jalan kat Melbourne.” Jadi Abang Nara pun tanyalah “apa yang best sangat Melbourne nie sampai kau nak pergi 2,3 kali?” Lalu mereka berkata “sekali kau pergi, dah rasai ketenangan Melbourne, lepak kat kafe sana, shopping sana, memang kau nak pergi lagi”. Tak puas hati dengan jawapan mereka, Abang Nara membuat sedikit kajian tentang kehebatan Melbourne.

melbourne

Rupa-rupanya memang banyak sangat benda ‘best’di Melbourne ini. Terdapat banyak tempat-tempat menarik untuk sightseeing dan shopping. Nak lepak minum kopi pun terdapat kafe-kafe di merata tempat! Makanan halal pun sangatlah senang nak cari. Antara aktiviti best yang boleh dilakukan di Melbourne ialah:-

1.Tengok keletah kanggaru, koala dan burung penguin di Phillip Island

Abang Nara yakin mesti mereka yang dah pernah pergi ke Phillip Island pasti akan merindui keletah haiwan-haiwan comel di sana seperti burung penguin, kanggaru dan juga koala. Anak-anak pun confirm suka dapat tengok haiwan-haiwan ini. Sambil-sambil itu korang boleh layan keindahan pantai di sana dan menikmati pemandangan matahari terbenam. Romantik beb!!!
phillip island

2. Mencuba pelbagai jenis restoran

melbourne

Restaurant Rumi nie kalau baca review dia memang semua bagi 5 bintang

Bab makan di Melbourne memang best. Semua jenis restoran ada terutama sekali yang halal! Restoran-restoran halal di Melbourne sangatlah sedap, unik dan lain daripada yang lain. Antara yang popular ialah Restoran Rumi (Rumi Restaurant) yang menyediakan sajian istimewa Lebanon, Burger Edge yang menjual 100% daging burger halal, Red Spice Road yang menghidangkan “chicken rib” pujaan hati seluruh Melbourne dan banyak lagi. Confirm perut korang kenyang sepanjang percutian di Melbourne nanti.

3. Lepak minum kopi sambil menikmati ketenangan bandar Melbourne

melbourne

kafe macam nie bersepah di tepi jalan Melbourne

Orang kata apabila di Melbourne, kita perlu duduk minum kopi setiap hari sambil menikmati keindahan, ketenangan dan kenyamanan bandar ini. Bab nak cari kedai kopi atau cafe tak perlu risau sebab berlambak sangat di Melbourne. Bandar ini ibaratkan syurga bagi pencinta kopi dan penggemar kafe-kafe. Kopi dan makanan yang disediakan di kafe-kafe sana memang kaw-kaw sedap. Lagi best apabila bangun awal pagi dan nikmati sarapan yang disediakan di kafe-kafe itu, confirm menangis sebab sedap sangat.

melbourne

nampak cantik dan sedap sangat-sangat. Adui. Meleleh air liur dibuatnya

4.Merasai sendiri budaya dan kesenian bandar Melbourne

melbourne

Tarikan sebenar Melbourne yang menyebabkan ramai orang pergi 2,3 kali melawat bandar ini ialah kebudayaan dan keseniannya yang unik dan pelbagai. Pertama kali pergi memang orang akan merasa kagum melihat segala apa yang ditawarkan muzium, pertunjukan seni budaya, festival filem, festival muzik dan bermacam-macam lagi. Malah setiap tahun, jutaan pelancong akan hadir untuk merasai kemeriahan festival-festival seperti Moomba, the Melbourne International Arts Festival, Melbourne International Film Festival, Melbourne International Comedy Festival dan The Melbourne Fringe Festival. Sekali dah rasa keunikan budaya Melbourne, confirm korang akan jatuh cinta dan ingin kembali lagi.

melbourne

5.Shopping sakan di Melbourne

melbourne

Salah satu sebab ramai kaum wanita kembali semula ke Melbourne ialah keseronokan bershopping di sana. Ia merupakan ‘shopping heaven’ sebab banyak sangat tempat shopping dengan harga yang berpatutan. Antara nama-nama tempat shopping yang terkenal ialah Bourke Street Mall, Melbourne Central, Queen Victoria Village, Emporium Melbourne dan The Strand. Melbourne juga mempunyai pelbagai kedai-kedai atau brand yang tidak ada di Malaysia. Banyak benda rare yang boleh dibawa balik ke Malaysia. Dinasihatkan untuk bawa duit yang secukupnya. Kad kredit jangan dilupakan!

melbourne

Sekiranya anda merindui Melbourne dan ingin terbang ke sana sekali lagi, ini adalah masa terbaik buat anda. AirAsia X kini sedang menjalankan promosi KL – Melbourne dengan harga bermula RM549 untuk penerbangan sehala bagi kelas ekonomi dan RM1,699 untuk flatbed penerbangan sehala. Murah kan? Tapi tempoh promosi ini amat terhad iaitu bermula dari 1 sehingga 21 Mei ini untukpenerbangan 1 Mei sehingga 30 September 2017. adi tunggu apa lagi? Refresh balik memori anda di Melbourne bersama AirAsia X!

[jetpack-related-posts]

12 responses to Jalan-jalan, Makan, Shopping & Nikmati Keindahan Melbourne

  1. fromthe_truestory says:

    jadilah pekerja “kutip buah di Australia”..seminggu dpt anggaran RM2000.00…kalau sbulan dh bape…gerenti dpt gi merbourne jugk tang2 tu jugk.

    1

    0
  2. Hanna says:

    I love Melbourne…..next yr nak gi lagi …..tapi tak nak la naik Airasia ……

    1

    0
  3. Mak Becok says:

    kalau si bijan dan kak mah anak gajah tak curi duit bole gak gi melancung, ni dah le kena buang keje, hutang keliling pinggang, nilai matawang jatuh, gst dll.
    Udah2 le tu Nara, tak yah lagi nak advertise, bukannye ada duit pun,

    2

    0
  4. fromthe_truestory says:

    kalau si penyewa tu x buat hal…bulan ni budget aku x lari..skrg budget dh lari…aku nk gi Giant ke Tesco , Aeon ke fikir 5 kali..kali ke 6 fikir…x pegi…tapi mmndngkn brg kurg kt umh, pegi jelh..beli brpada2..tapi nsib baik masih bekerja.

    1

    0
    • Sakura says:

      kalau dah x cukup duit x payah lah pergi melancong Australia. duit tu simpan untuk benda penting .

      0

      0
  5. Anonymous says:

    Melbourne tak best la.Sejuk dan orang2 dia racist.Semacam aje pandang muslim & orang Asian.Kalau locals di Sydney & Perth tu ok sikit.Tempat2 tourist macam Great Ocean Road,St Kilda beach etc semua overated.Lagi best kalau pergi Sydney.Ada iconic landmark Sydney Opera House,Sydney bridge.Cantik gila view situ.

    3

    1
    • Sakura says:

      orang melbourne pandang rendah ke kat kita orang asia ni ??? macam lah kita hadap sgt nak pergi sana. kita lebih suka melancong ke Jepun.

      0

      0
  6. Sakura says:

    Bang Nara… promosi AirAsia KL – Jepun ada tak ?? kita nak tengok bunga sakura kat Jepun, agak2 ada lagi x bunga sakura bulan Mei ni… ??

    0

    0
  7. Org kg says:

    Bagi aku kat melbourne lgi besh dr sydney,g kat opera tu tak ada apa2 y special masuk kt situ mcm tugu peringatan je tpi syarat nak g kat situ coz landmark,mna2 klu g kluar negeri mesti cari landmark bru sah haha,mmg melbourne sejuk but sydey lagi hujan wet,tpi y paling besh kat goldcoast ada movie world n apartment kt laut kedai2 pun kat bawah apartment je makan pun turun je kat bawah byk muslim food klu sape2 nk bawa family or honeymn lh,shopping tak byk pilihan tapi murah klu nk beli jenis branded jam or beg2 kasut2.baju2 kulit kat market melbe pun ada jual.tapi tak tau lh kn stiap org punya citarasa berlainan n budget

    0

    0
  8. kakak merayap says:

    gold coast – best weiii…makanan halal pon senang. dh ke sini 2 kali. sekiranya ada rezki akan ke sini lagi. tk jemu.

    tangalooma island (Brisbane) – pada yg sesiapa suka city life, island ni tk sesuai utk uolz. cos tk ada wifi & boring nanti. yg suka alam semula jadi, this is best! mlm2 blh kasi makan wild dolphins. blh kayak, hiking dan byk lagi.

    Sydney – selain opera house. saya suka ke Blue Mountain. blh duduk dlm hutan tu beberapa jam sambil menikmati keindahan ciptaan allah. shopping kat sini best!

    part racist ni, memang betul…separuh dari org2 Australia pandang kita 2nd class. tapi tk kurang juga yg hormat pada kita.

    0

    0

Leave a Comment

Optional