Written by AbangNara | June 13th, 2013

Minggu lalu, Abang Nara dan beberapa orang rakan blogger lain telah menghadiri majlis pelancaran Little Red Cube. Little Red Cube ini ialah sebuah kompleks membeli belah terbaharu di Puteri Harbour, Nusajaya, Johor.

little red cube

Selepas mendengar ucapan perasmian daripada boss besar Little Red Cube, kami semua dihiburkan dengan pertunjukan fesyen oleh kanak-kanak comel. Memang terasa kemeriahannya. Suasana macam karnival dengan kehadiran maskot-maskot comel dan aktiviti-aktiviti yang awesome.
little red cube

Kemudiannya kami dibawa berjalan-jalan melihat tarikan-tarikan yang ada di Little Red Cube. Salah satu tarikan utamanya tak lain tak bukan ialah Hello Kitty Town. Abang Nara pun teruja sampai siap posing bergambar. Tak sabar rasanya nak bawak Abang Nara bermain di sini.

little red cube

Apa yang Abang Nara paling suka dengan Little Red Cube ini ialah kewujudan Traders Hotel yang bersambung dengannya. Ini memang sangat memudahkan pelancong-pelancong. Dah penat berjalan, boleh balik bilik hotel untuk berehat. Tak adalah badan terasa penat sangat kan?

little red cube

Selain itu, ada pemandangan Puteri Harbour yang memang sangat cantik lebih-lebih lagi jika dilihat daripada atas Traders Hotel. Bolehlah petang-petang sambil minum kopi menikmati udara segar dan pemandangan indah yang menenangkan fikiran. Romantik pun romantik gak. Hehehe.

little red cube

Selain itu, ada banyak lagi kedai-kedai menarik seperti Poney, Toy’s R Us, Starbucks dan macam-macam lagi yang ada di Little Red Cube. Kiranya kalau nak shopping memang boleh lah kat sini. Abang Nara tak sabar nak bawak anak Abang Nara bermain-main di Toy’s R Us.

little red cube

Jika ada kesempatan, silalah pergi berjalan-jalan ke Little Red Cube. Ada karnival menarik yang akan tamat pada 23 Jun ini. Untuk info lanjut, layari Facebook Little Red Cube dan laman web Little Red Cube.

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

3 responses to Jalan-Jalan Di Little Red Cube

  1. aku dia dan dot dot says:

    salam.~ “bang Nara tak sabar nak bawak anak Abang Nara bermain-main di Toy’s R Us.” aduiiiii.. alahai abg nara oiiii. toy’s r us ni bukan tmpt main. ni kedai jual barang mainan. yg nk main tu kt hello kitty ngn big club yg ade bob the builder, Thomas&friends ngn lain2.

    0

    0
  2. minah jambu tukar kaler merah biru says:

    helo ! mana pengomen2 semua ni ? tknk komen ape2 ke kt ruangan ni ? makna Nye minah jambu 2nd lah ye? eh betol ke minah jambu 2nd?

    0

    0
    • minah jambu tukar kaler merah biru says:

      emmmmmm betol pn minah jambu 2nd..yehhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhh !!!

      0

      0