JAKIM & Halal Haram Di Malaysia

Hiburan

JAKIM & Halal Haram Di Malaysia

Abang Nara seringkali tertanya-tanya bagaimana status halal untuk sesuatu produk itu dikeluarkan oleh JAKIM. Cara pemeriksaan, berapa lama masa yang diambil, kriteria yang perlu dipatuhi dan macam-macam lagi persoalan yang bermain di minda Abang Nara. Tugas JAKIM bukan mudah sebab kalau salah bagi status halal, ia bakal memberikan kesan kepada jutaan rakyat beragama Islam di Malaysia.

Jadi hari itu bila berpeluang menghadiri sesi penerangan JAKIM tentang isu halal haram dan prosuder pengeluaran sijil halal mereka, memang seronok rasanya. Banyak fakta-fakta menarik yang Abang Nara perolehi. Antaranya proses mengeluarkan sijil haling paling minimum akan mengambil masa 30 hari. Mesti ada yang tertanya-tanya kenapa lama sangat kan? Sebab memang banyak step-step yang perlu dilakukan oleh JAKIM. Bukan sekadar periksa bahan kandungan yang digunakan sahaja.
jakim halalSelain memeriksa dengan teliti bahan kandungan yang digunakan, JAKIM juga akan memeriksa mesin pembuatan produk tersebut, jenis bungkusan yang digunakan, bahan-bahan campuran kimia dan macam-macam lagilah semuanya akan turut sama dikaji. Kiranya sampai ke akar umbi akan diperiksa oleh JAKIM. Kita kalau dengar nampak macam mudah je kan kerja JAKIM? Sebenarnya ia memerlukan ketelitian yang amat kerana halal haram di Malaysia ini merupakan satu amanah buat mereka. Tak boleh main-main.

Advertisement

Contoh yang paling mudah ialah kes coklat Cadbury yang didakwa mempunyai DNA babi baru-baru ini. Bila ada isu sebegini, perkara pertama yang akan dilakukan oleh JAKIM ialah menggantung sijil halal Cadbury. Selepas itu pegawai penyiasat JAKIM akan terus pergi membuat siasatan di kilang. Terus check satu demi satu termasuklah bahan-bahan dan mesin-mesin yang digunakan. Bukannya satu dua mesin yang ada kat kilang Cadbury nie, berpuluh-puluh tau. Itu yang ambil masa lama sikit untuk JAKIM mengesahkan status halal Cadbury.
jakimRasanya semua orang pun dah tahu yang selepas pemeriksaan dengan teliti JAKIM dah pun sahkan coklat Cadbury adalah halal. Tak ada DNA babi dan sebagainya. Untuk pengetahuan, JAKIM turut bekerjasama dengan Jabatan Kimia Malaysia untuk menguji produk Cadbury. Tengok tue betapa seriusnya pihak JAKIM menangani isu halal haram ini. Abang Nara yakin selepas ini anda tidak akan lagi was-was untuk menikmati coklat Cadbury kegemaran ramai ini.

Apa pun, kalau rasa ada produk yang was-was mengenai status halal haramnya, boleh check mengenainya di laman web halal JAKIM. Kalau JAKIM dah kata halal, tak perlulah nak timbulkan keraguan dalam diri sendiri sampai rasa was-was. Telan je lah. Kita selaku rakyat Islam Malaysia kena ada kepercayaan kepada institusi seperti JAKIM ini. Mereka dah jalankan tugas mereka. Dah tak perlu untuk kita pergi buat kajian sendiri. Kang tak pasal-pasal terbakar rumah plak. Hehehe.
jakim halalSelamat menjamu selera.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...