Written by Bella | February 12th, 2015

Pelakon terkenal Jackie Chan yang telah menerima gelaran Datuk sewaktu anugerah Pangliman Mahkota Wilayah pada awal Februari lalu masih merasa kekok apabila disapa dengan panggilan tersebut.

Menghargai pemberian tersebut, Jackie menjelaskan beliau memerlukan sedikit masa untuk menyesuaikan dirinya dengan gelaran yang diterima dan tidak kisah jika sesetengah pihak mahu menggunakan gelaran Datuk atau tidak kepadanya.

Sejujurnya saya memerlukan sebulan dua lagi untuk membiasakan diri dengan panggilan tersebut dan saya sangat hargai apabila dikurniakan gelaran Datuk.

Lucunya, saya rasa janggal apabila orang memanggil saya dengan panggilan Datuk apabila tiba di sini pagi tadi. Tapi saya tidak kisah sama ada orang mahu memanggil saya dengan panggilan Datuk atau tidak.

Jackie juga tidak kisah jika sesiapa ingin terus memanggil beliau dengan gelaran taiko yang merujuk kepada abang  kerana panggilan tersebut lebih lama dan dekat kepada dirinya.

Datuk pun ok, taiko pun ok. Tapi kalau panggil taiko, lagi saya suka kerana panggilan itu lebih lama dan lebih dekat dengan saya.

Biasalah tu bukan senang nak terima orang panggil kita dengan gelaran baru bukan? Sampai waktunya nanti kita akan terbiasa dengan gelaran tersebut.

Sumber Berita: Sinar Harian

14 responses to Jackie Chan Masih Kekok Dipanggil Dengan Gelaran Datuk

  1. nok gebuzzz says:

    suka tgk jackie chan,low profile orgnya….x d gossip murahan….

    0

    0
  2. ANON says:

    taiko suda mali…

    0

    0
  3. telitabis says:

    org cina sebut Datok ka Latok..?..hehehe..

    0

    0
  4. Mehmet says:

    Jackie Chan: “Sungguh ini manyak syok Malaysia ni pun, tak tahu macam mana mendapat Datuk ni pun, aduhainya pun..”

    0

    0
  5. Afdhlon Shaiko says:

    haih, bilalah plak aku nak merasa dapat datuk nih?? tak dapat datuk dapat nenek pun aku terima..

    0

    0
  6. Poppy says:

    Jackie, telinga Poppy pun kekok bila Jackie dpt gelaran Dtk.

    0

    0
  7. Anonymous says:

    mcm2 la msia ni..Jackie chan dpt datok,shah rukh khan dpt datok,penagih dadah dapat datok..ada ape pd datok?

    0

    0
  8. lynn says:

    Beliau diberi anugerah Dato bukan kerana lakonan beliau. Tapi atas sumbangan beliau, derma beliau kepada pembangunan seni dan juga kemanusiaan di sini. Memang ramai tak tau, tp try google, baru nampak mengapa gelaran tersebut diberikan.

    0

    0