Written by Bella | June 4th, 2017

Baru sahaja menyambut ulang tahun perkahwinannya yang keempat bersama isteri tercinta, Awin Nurin beberapa hari lepas, pelakon Izzue Islam menerusi satu muat naik di akaun Instagramnya ada membuat ucapan dan berharap dapat menyambut ulang tahun perkahwinan yang seterusnya bersama cahaya mata.

Tidak dinafikan, ramai yang agak tersentuh ketika membaca ucapan tersebut dan mendoakan agar Izzue dan Awin dikurniakan cahaya mata secepat mungkin. Malah, ada peminat yang menyarankan agar Izzue dan Awin mendapatkan rawatan daripada pakar kehamilan seperti yang dilakukan oleh pasangan Fizo Omar dan Mawar Karim.

Ya, siapa yang tidak mahu rezeki cahaya mata tapi saya percaya dengan perancangan Allah. Kami memang ada merancang untuk berjumpa pakar tapi belum ada masa kerana sibuk dengan jadual seni. Insya-Allah, suatu hari nanti. Alhamdulillah, setakat ini saya dan isteri tidak berasa tertekan dengan persoalan mengenai anak. Kami anggap mereka yang bertanya adalah mendoakan tentang kami.

Semoga Izzue dan Awin tabah menghadapi ujian didalam rumah tangga ini. Jangan cepat putus asa dan terus berusaha.

Sumber Berita : mStar Online 

30 responses to Izzue Islam Dan Isteri Rancang Rujuk Pakar Kehamilan

  1. Anonymous says:

    Usaha tanda kejayaan..

    2

    1
    • Anonymous says:

      Tahniah buat Fattah Amin…adakala sesuatu penghinaan dan kritikan pedas itu adalah punca kejayaan dan rezeki kamu…

      3

      4
    • Aunty Jijah says:

      Takpe izu.. take it positive.
      Akak penah terbaca article bila tak dpt rezeki anak lagi, tu sbb tuhan nak bagi extra time for husb & wife.
      Time ni la korg bleh plan nak pegi bercuti berdua, relax2 n tak perlu risau psl nak tuka pampers anak takde budak nak nangis minta susu.
      So enjoy ur time to the max for now..
      Tgk ramona & anzalna, berjalan holiday non stop dgn laki msg2 sementara boleh, izu & awin jgn fikir sgt nanti stress, just go with the flow je insyaAllah..

      15

      0
  2. Aku says:

    People nowadays should be more open minded about this matter.. It is not that we should feel ashamed of.. Get a proper treatment and pray harder.. All the best!

    16

    0
  3. Anonymous says:

    KAWIN LAIN MCM ASRAF MUSLIM….LEPAS TU JADI DUTA POLIGAMI. TU PUN BANGGA KEMAIN.

    10

    2
  4. Juju says:

    His wife must be way older than him…look like 40s memang ambil masa untuk mengandung sebab dah berusia..

    0

    13
    • Anonymous says:

      mulut jaga na..nanti kena pada anak2 cucu anda…

      12

      0
      • Anonymous says:

        Siapa cakap 40an susak cik? Asalkan ada lagi telur2 boleh aja ngandung. Asalkan belum putus haid. Pepadai je mak cik ni!!

        12

        0
    • Anonymous says:

      Aku perasan makcik2 suka cakap mcm gitu. Mentang2 lah dia beranak sedozen takde perancang keluarga betol!

      11

      0
    • akukawin umur40, skrg ada 3 anak.. says:

      juju says:
      June 4, 2017 at 7:05 pm

      klau nk mgdung cpt atau x cpt, bkn brgantung pada usia wanita tu, ada gk yg berusia mcm 40an…cpt je hamil, ni rezeki Allah bgi dn tgk pada tahap kesuburan laki & bini, kkdang ada yg mudapun kawen umrur 21 thn pun x gak hamil2. Inbt yg muda je ke yg boleh hamil…x ada pgalam hidup jgn komen bagai.

      7

      0
    • Anonymous says:

      im 40 my husband 27, nikah 2016, 2017 bulan satu dapat seorag putera, ALLAH yang tentukan, manusia hanya merancang

      8

      0
      • wekkkkkkk says:

        ada hapy atau malu x nk bjalan kt luar..hrp muka u (bini) nmpk mcm umur 27 jugk…apapun mmg untung dpt lki muda, mcm2 boleh buat atau angkt apa2 benda yg kita dh brumur ni mmg x dpt dn x kuat nk buat. Anak pun mcm nk sempot angkat / dukung kalau anak dh berisi badan naik ke 14 kilo keatas. Allah bgi anak ada sebb, dn x bagipun ada sebb jugk.

        0

        6
  5. Jom usha blog saya ?

    0

    4
  6. Kanji says:

    Wah cepat dah anniversary 5 tahun

    0

    0
    • minah jambu suka saahara yaakop says:

      kalau dh umr2 macmgini tak payah la nak ada anak ..layan laki aje sudaa..

      1

      12
      • Anonymous says:

        Mulut ko..biar lah. Sesah dengan lada dan jintan baru taw! Semua wanita ada naluri keibuaan. X payah sibuk pasal pookie orang Minah oiiii!!!

        8

        0
  7. nane says:

    teruskan berdoa kepadaNya, ada yang lamabt 12 years married akhirnya dapat zuriat..yang penting doa dan sabar.

    3

    0
  8. Anonymous says:

    umur dah banyak…pergi lah buat rawatan segera..
    mesti ade jalannya…Insyaallah.

    1

    0
  9. Kak Kiah says:

    Teruskan usaha. Akak dah kawen 7 tahun dah pun takde anak lagi sampai skang. Sampai dah takde sapa dah nak tanya2 pasal anak hahaha. Pucuk pangkalnya pasangan kena supportive. Akak ngan laki pun bila masih berdua ni memang pegi holiday je tiap tahun. Lepas tu ada masa yang lebih untuk jaga parents sebab kakak dah sibuk dengan anak dia. InsyaAllah Izzue..Allah sebaik perancang. Chaiyokk!!

    2

    0
  10. anonymous says:

    Allah tak menjanji kan yang sakit je mati….yang sihat tak mati….Allah tak janji yang kawin pasti berkekalan…dan Allah tak janji bila kawin mesti ada anak….so redha la dengan ketentuan Allah…….kita kan hanya hamba ….jangan la nak mengata itu ini..yang ada anak pun bercerai berai…yang ada anak pun kena madu….so anak bukanlah penyebab kebahagiaan dan berkekalannya rumah tangga…semuanya Allah yang rancang

    4

    0
  11. wekkkkkkk says:

    setiap kali x branak, wanitalh jdi sasaran…mana tau si lelaki mmg mandul..22 kena cek la. Pompuan je slah.

    0

    0
  12. Boday says:

    chance untuk mengandung lebih tinggi pada usia 20an sebab subur. Bini izzue nampak berusia so kena usaha lebih..kalau ada rezeki ada lah..kalau takde juga, kawin satu lagi, pilih yang muda dan cantik sikit.

    0

    0
  13. Fake jumpa bomoh indon atau thai? says:

    Ashraf dulu kalau tak silap tak sampai 2 tahun usia perkawinan sebelum dia kawin satu lagi sebab nak zuriat, itu pun tanpa pengetahuan isteri.

    0

    0
  14. Juju says:

    Kasihan dah lah tak berapa nak cantik, takde rezeki pula ?

    0

    0
  15. Aielana Sophie says:

    cantik tak penting, yang penting isteri yang baik..menghormati suami dan berbudi bahasa. Kalau muka tak cantik dengan perangai buruk, cemburu buta dan sombong memang malang lah. Apa pun semoga pasangan ni berjaya dapat zuriat. Seronok lah ada baby

    0

    0

Leave a Comment

Optional