Written by Bella | January 23rd, 2017

Pernah memberitahu beliau enggan lagi memikirkan soal cinta ataupun menerima mana-mana lelaki dalam hidupnya, pelakon Izreen Azminda kini mengakui beliau sebenarnya sudah bersedia untuk berkahwin lagi selepas  hampir 3 tahun bergelar janda.

Memang sebelum ini saya pernah mengeluarkan kenyataan mengenai hati ini sudah tertutup untuk lelaki. Mungkin ketika itu saya tidak boleh berfikir panjang dan tidak bersedia. Namun, sekarang saya akan terima lelaki yang sesuai, yang boleh menjaga saya dan anak. Selain itu jugam dia perlu berkemampuan dari segi ekonomi yang kukuh dan yang paling penting saya juga suka dekat dia.

Kalau nak kahwin, saya kena cari yang betul-betul nak kita. Tapi bukanlah saya nak cakap perkahwinan sebelum ini adalah salah. Cuma jodoh saya dan bekas suami hanya sampai setakat itu saja.

Menurut Izreen, jika beliau berkahwin lagi, kali ini beliau tidak mahu memasang impian ataupun menaruh harapan yang tinggi.

Kali ini kalau saya berkahwin, saya tak nak meletakkan satu harapan yang besar atau tinggi. Bagi saya, biarlah benda ini jadi secara semula jadi. Kalau ada jodoh, ianya akan berpanjangan dan kalau tidak, saya bukan keseorangan, masih ada Adrian iaitu anak saya.

Izreen pernah berkahwin dengan pengarah drama Lara Aishah, Riza Baharudin pada 2012 dan bercerai pada tahun 2014. Hasil daripada perkahwinan , mereka dikurniakan seorang anak lelaki bernama Muhammad Adrian Umar yang kini berusia 4 tahun .

Sumber Berita : Utusan Online

7 responses to Izreen Azminda Sudah Terbuka Hati Untuk Kahwin Lagi

  1. Jane says:

    Ekonomi yang kukuh?
    Straight to the point beb…
    Gold Digger… what a shame

    4

    0
  2. joyah ketipung says:

    lately byk artis perempuan desperate nk kawen and nak kawen lagi.

    4

    0
  3. Selipar Putus says:

    Artis perempuan skarang ni berpakat nak kawen lagi, hati dah terbuka etc etc..

    Ni hati dah terbuka ke, or pantat tu dah gatal?

    3

    0
  4. Ashy says:

    i find her annoying

    8

    0
  5. Shhh says:

    tk penah minat pun kt dia ni..tk tahu kenapa…watak2 dia sblm ni byk yg annoying tu pada aku mcm sama je dgn dia..mulut longkang..sorry to say lah

    6

    0
  6. Miss Unibes says:

    Dia ni aku suka masa berlakon “racun menantu”. Setakat suka tengok wajah je. Dan aku memang jenis suka wajah ala2 Rita Rudaini, Vanida Imran, Misha Omar. Ada lah iras2 Izreen ngan Rita. Kalau lain2 hal macam statement tu kurang berkenanlah lagi2 pasal lelaki. Jenis mulut kata dah move on tapi hati tak. Sebab tu statement mcm cari pasal je. Tapi try hard tunjuk diri bahagia sgt2 tanpa lelaki. Tolonglah Izreen & Rita jgn keluar statement lagi pasal lelaki walaupun wartawan tanya. Diam2 je lah. Dan ingat kita tak boleh nak ramal apa2 yg akan dtg. Yg pernah melakukan kesilapan samada sengaja atau tak, tak selamanya akan buat silap. Mungkin akhir hidup diorang lebih baik. Dan sudah2 lah mengaku diri lebih baik dari org. Memang baik tapi kita tak sempurna. Bila2 masa buat silap. Wallahualam. Aku dah macam celaka je nasihat org. Lol.
    “Assalamualaikum. Insan cemerlang datangnya dari hati. Hatinya tenang, jiwanya bersih ye ye… Selamat ber ber ber berrrrramal” -Johan tiru Dato Fadzilah Kamsah.

    4

    1
  7. akulgsantek says:

    kalu gitu rasa…ermmmm..cari dato2 lah berkemampuan..

    2

    1