Written by serenity | January 1st, 2012

Baru-baru ini, Izreen Azminda telah mengumumkan dia akan berkahwin dengan Mohammad Riza Baharuddin, seorang krew produksi tetapi pelbagai cerita telah ditimbulkan oleh individu tertentu tentang tunangnya itu. Antara yang kami dengar, Riza pernah berkahwin dengan bekas isteri pelakon Badrul Muhayat, Julia Daud, tetapi telah meninggalkan wanita itu ketika sedang sarat mengandung anak pertama. Bukan itu saja, Riza juga dikatakan masih tunangan seorang wanita bernama Rafeda yang juga pernah menggugurkan kandungannya hasil hubungan dengan Riza kerana pada masa itu Riza masih merupakan suami Julia. Pihak Harian Metro telah menghubungi Izreen, dan Izreen menyatakan:

Perempuan itu buat cerita saja. Bila minta bukti tak tunjuk, malah bila ditanya keluarga Riza, mereka tidak pernah menghantar rombongan meminang kepada sesiapa pun.

Saya sebenarnya dapat tahu pasal hal ini kelmarin (Khamis). Bila diberitahu teman rapat mengenainya dan membaca tuduhan itu, perkara pertama terlintas ialah, kenapa ini boleh berlaku dan apa tujuannya? Namun bila difikirkan semula, mungkin ada yang tidak puas hati dengan kami. Riza mungkin ada sejarah silam tapi sebagai manusia biasa, dia patut diberi peluang kedua.

Izreen yang mendapat pujian ramai kerana lakonannya dalam drama Tentang Dhia mendakwa dia percayakan tunangnya itu:-

Pun begitu, saya tidak mahu mengiyakan atau menidakkan mengenai masa silamnya. Yang penting, saya percayakan tunang saya. Saya ada bercakap dengannya pasal isu ini dan meminta dia berterus terang jika ada perkara yang cuba disembunyikan daripada saya.

Saya harap sangat satu hari nanti Tuhan akan tunjukkan kebenaran, siapa benar dan siapa salah.

Kalau boleh, saya mahu fokus dengan karier dan tidak mahu lagi dikaitkan dengan kontroversi. Saya tidak nafikan kadangkala kontroversi boleh membantu menaikkan nama artis, tapi pada masa sama ia boleh buat saya ‘down’ dan memberi kesan kepada kerjaya saya.

Orang kata, kalau dah cinta, lautan api pun sanggup direnangi. Kita sebagai orang luar hanya boleh memerhati, dan berharap Izreen akan berbahagia dengan keputusan yang diambilnya. Buat pengetahuan anda, Izreen telah pun bertunang dengan Riza semalam, dalam satu majlis sederhana di rumah Izreen di Alor Setar, Kedah dan hanya dihadiri oleh teman rapat dan ahli keluarga.

25 responses to Izreen Azminda Percaya Pada Tunang

  1. hazamon says:

    seksi sgt pompuan nih..adehhh..dalam drama juvana manis bertudung..apa nak jadi…kalau beratus2 laki tgk gambar seksi ni,cuba kira berapa byk dosa dia dapat…nauzubillah…

    0

    0
    • anabono says:

      Tak sesuai la dia pakai mcm ni..bdn dia mcm bidang skit lg elok pkai tudg mcm tntg dhia and juvana tu.

      0

      0
      • minah mangga duk mengadap macbook siang malam says:

        Sori tak kenal dgn minah ni! pakai terdedah2 bajet kawa lak… hidung kemek! kulit gelap! blaaa la weii… buruq

        0

        0
    • Larahati says:

      “lautan api sangup drenangi”….
      Cuba awak terjun kedalam kawah air yg bedidih sangup kerrr??

      Cinta cintun mmg semua manis…
      Pijak semut pun tk mati kot
      bla dh putus..hmmm buruk sana sini smua kuar
      pa2 pun..moga smpai kejinjang pelamin,bahagia hingga keakhir hayat hendak nya…

      0

      0
      • cek somtam says:

        mana ada lautan brapi at dunia…yg d maksdkan nan lautan brapi,adalah neraka jahanam…

        0

        0
  2. cili pedas says:

    01012012..toink3

    0

    0
  3. cik gayah says:

    aishhh seksi bebenor… melawok je k…

    0

    0
  4. Queen.Of.Goldfish says:

    melly!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!

    0

    0
  5. didi says:

    ala kalau masa bercinta tu semuanye indah sokmo kan.bau kentut pon wangi
    cube klo dah putus,bau kentut pon dah mcm bau bangkai.hehe

    0

    0
  6. rj says:

    Harap ada sinar utknya menutup aurat…semoga allah membuka pintu hatinya

    0

    0
  7. Dato minah jambu 24jam mengadap computer says:

    minah jambu no komen…pasal izreen ni tk jambu terima khaseh aje lah yeeeeeeeeeeeeeee !!

    0

    0
  8. Datin Maimon says:

    lelaki tu mst mulut manis je kan..if not mcm mana dia bleh terjebak dgn laki tu..mmg la past is a past, if once a man pernah buat mcm2 kt perempuan. ada potensi dia akan ulang benda yg sama. maybe izreen shud take as a lesson. it’s oj nk ng dia peluang, but i afraid it will happen to her. lgpun dia baru je kenal dgn laki tu..dats my opinion.. :)

    0

    0
    • mak enon says:

      aku teperanjat dak reen ni nak kawen dengan bekas suami kawn aku, member aku tu tak cerita pun, tau2 aku nampak muka dak raju (riza) ni.dulu julia (bekas kekasih) pernah mengamuk tepon kat opis aku cakap dia ngandung anak riza, dan katanya sampai nak tunjuk video terlampau mereka yg d rakam d hp, dan katanya dia dah bagi tahu pada mak riza tentang hal itu. aku ingat dia memain, tapi bila semua ni terkeluar, tambah pulak gambar dia tak pakai baju di peluk oleh wanita seksi, ntah sapa, mungkin perempuan yang dakwa izreen rampas tunang dia agaknya, aku cuba hbungi member aku tu plak tak dapat, yang aku pelik tarikh gambar tue, rasanya dia masih suami isteri lagi, member aku ni pun satu, tak cerita ngan kita orang plak.

      0

      0
  9. aleya says:

    pakaian nak berkemban aje, rimas aku dgn artis malaysia ni.. mengalahkan kat hollywood pulak.. MELUAT !

    0

    0
    • Queen.Of.Goldfish says:

      iklim and cuaca di malaysia adalah tropika….panas2 suam~~~

      dats y fashion bkemban digilai ramai artist malaysia kini…

      makin sikit kaen..makin sejuk ketiak…

      jadi pihak berwajib y btngujawab dalam hal2 sebegini ialah nivea whitening deodorant~~~

      coz memasing nak ketiak kasi putes gebu punya…

      (mood melalut suda)hahhahahhaha

      happy sunday morning all!!!!

      peace yawwwwwwww

      0

      0
  10. akulah says:

    rantai burung hantu ka x elok… apa nak jadi la orang kita ni = _=

    0

    0
  11. layankan aje la says:

    tkejut die ni seksi upenye.. huhu.. x bpe ssuai la kak uii..
    semoga badai yg melanda dpt ditepis.. biase la, ngah tunang mcm2 dugaan.. sbb tu aq x tunang pn dlu.. nikah trus sudeyhh.. lg manis yaww.. hua3..

    0

    0
  12. Wahsap says:

    She’s a freaking dude.

    0

    0
  13. reban ayam says:

    prangai cm jamban!

    0

    0
  14. minah senget says:

    xde la cntekk sgt pun izreen nie.

    0

    0
  15. Reena says:

    Dressing cenggini bukan apa u ols..global warming bak kata anak sedara aku yg 12 thn..*kekecik dah pandai sarcastic*..neway, nak percya tu biar berpada2..yg dah kawin pun byk kena tipu inikan pulak yg baru tunang..

    0

    0