Written by Bella | April 3rd, 2015

Sejak kebelakangan ini, kita sering melihat pelakon Izreen Azminda mengenakan tudung bukan? Ramai yang ingin tahu adakah beliau bakal berhijrah? Menurut tuan empunya badan, beliau sudah lama mempunyai niat untuk menutup aurat dan buat masa ini sedang membiasakan diri untuk bertudung ketika keluar pada rumah.

Mendorong lagi niat beliau, Izreen yang sedang menjayakan sebuah drama memerlukan wataknya untuk bertudung sepenuh masa.

Saya dalam proses membiasakan diri keluar rumah dengan menutup aurat. Ia umpama tempoh serta proses percubaan buat saya untuk menjadi manusia yang lebih baik. Insya-Allah doakan yang baik-baik saja ya.

Insya-Allah selesai penggambaran drama Eksperimen Cinta ini saya akan nekad dengan keputusan menutup aurat sepenuhnya. Ini kerana masih ada keperluan babak yang memerlukan saya membuka tudung.

Izreen pada masa yang sama menyangkal dakwaan kononnya belaiu ingin mengenakan hijab kerana ingin berkahwin.

Perubahan itu memerlukan beberapa langkah kecil untuk kita benar-benar bersedia untuk berhijrah. Doakan yang terbaik buat Izreen Azminda.

Sumber Berita: Berita Harian

 

 

11 responses to Izreen Azminda Biasakan Diri Bertudung

  1. Anonymous says:

    Bagus la. biasakan diri jangan menggedik boleh?

    0

    0
  2. uii says:

    Ermm klau aq jdi ko kan izreen aq diam je n say no komen..sbb perjelasan ko ni mcm2 org tafsir

    0

    0
  3. Memang cantik la ….blouse dia pakai pun cantik

    0

    0
  4. Feredea.com says:

    Cantik dan manis bila bertudung, smoga terbuka pintu hati unutk bertudung

    0

    0
  5. Kasi Mantap says:

    umur masa ini memang tengah cantik dan menarik

    0

    0
  6. Gigi emas says:

    Pakai tudung take semestinya baik…Islam yg dipraktikkan di Malaysia tidak membawa banyan progress. Rakyat semakin passive dan menjadi mundur

    0

    0