Izara Aishah Nafi Bercium Dalam Filem Sinaran

Hiburan

Izara Aishah Nafi Bercium Dalam Filem Sinaran

Osman Ali antara pengarah yang cukup terkenal dalam pembikinan filem berkualiti tetapi hampir setiap filem beliau pasti akan ada babak intim bukan?  Bermula daripada Puaka Tebing Biru sehinggalah yang terbaru iaitu filem berkonsepkan muzikal, Sinaran.

Advertisement

Baru-baru ini, ada yang mendakwa pelakon Izara Aishah  yang membawa watak sebagai Tina dikatakan bercium dengan Syarif Sleeq didalam filem Sinaran. Gosip ini nyata mengundang kritikan beberapa pihak yang mengatakan pelakon-pelakon di Malaysia kini sudah tidak segan untuk melakonkan babak intim.

Walaubagaimanapun, Izara menjelaskan perkara itu tidak berlaku sama sekali dan semuanya hanya “camera trick” sahaja.

Saya tak cium dan tak kena pun, tetapi bunyi ciuman sahaja yang lebih. Biasalah dalam lakonan akan menggunakan camera trick untuk menunjukkan perkara tersebut betul-betul berlaku.

Namun, Izara harus akui yang beliau merasa sedikit risau dengan babak tersebut dan meminta agar peminat tidak terus menghukum ataupun memikirkan sesuatu yang negatif sebelum menonton filem tersebut.

Saya ok sahaja ketika melakonkan babak tersebut tetapi masih memiliki sedikit kerisauan dengan maklumbalas negatif penonton. Saya harap penonton faham dan tidak menghukum, kerana saya memang tidak mencium Syarif.

Kalau filem Osman Ali memang tidak terkejut jika ada aksi sebegitu, mungkin ia salah satu idea beliau untuk melariskan lagi sesebuah filem. Apa-apapun pelakon itu juga mempunyai hak untuk tidak melakukan perkara yang boleh menimbulkan fitnah.

Sumber Berita: Media Hiburan

 

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...