Written by Bella | January 11th, 2017

Hubungan cinta antara pelakon Izara Aishah dan anak tiri Datuk Siti Nurhaliza, Adib Khalid bukan lagi rahsia. Malah pasangan ini cukup sensasi sekali dan mempunyai peminat yang agak ramai. Ada khabar angin mengatakan mereka bakal berkahwin pada tahun ini.

Izara mengakui beliau dan Adib ada membicarakan perkara berkenaan tetapi masih ada belum sebarang tarikh yang ditetapkan untuk berkahwin.

Belum ada sebarang tarikh ditetapkan kerana keluarga kami belum berjumpa. Namun, saya dan Adib ada bercakap dan merancang mengenai perkara ini.

Apabila sampai masanya nanti saya pasti akan maklumkan berita baik ini tetapi buat masa sekarang belum ada kata putus daripada pihak kami.

Menurut Izara, beliau tidak terkejut dengan gosip mengatakan beliau bakal menamatkan zaman bujangnya tahun ini. Sedikit rimas dengan khabar angin seperti itu, Izara akur sebagai selebriti beliau harus menjelaskan perkara sebenar kepada umum.

Sebenarnya berita ini bukanlah baru untuk saya kerana di awal perkenalan saya dan Adib, orang luar sudah mengharapkan kami mendirikan rumah tangga. Sepanjang tempoh empat tahun bercinta, kami sering diajukan soalan ini.

Saya akui sedikit ‘rimas’ tetapi sebagai selebriti saya perlu menjelaskan perkara sebenar.

Kami doakan agar Izara dan Adib ada jodoh sehingga ke jinjang pelamin. Sudah beberapa tahun juga mereka bercinta dan harapnya hubungan mereka dapat melangkah ke fasa seterusnya.

Sumber Berita : Harian Metro

24 responses to Izara Aishah Dan Adib Khalid Bakal Berkahwin Tahun Ini?

  1. melati says:

    ???? saper mereka ini..!! ponin

    2

    9
  2. Miss Unibes says:

    Izara ni comel je bentuk wajah dia. Kecik tapi tak kecik sebab dahi dia luas. Tapi comel macam kucing. Adib pulak sekali tengok macam Danny XFactor bila berjambang. Sekali tengok je. Kalau dua tiga kali tengok tu memang Adib lah. Pape pun semoga ada jodoh.

    31

    0
  3. ash says:

    kawan sy pernah ckp
    nk cr lelaki yang nk kawan dengan kita mmg ramai mmg senang
    tp nk tunggu yg sudi lamar utk jadi isteri mmg susah
    semua hanya dtg dan pergi
    dia pernah setia hingga 11 tahun
    tp laki2 tu still senyap
    last2 dia angkat kaki

    41

    0
    • petanda says:

      lama sgtt tu. setahun dua pun dah kira ckup lama. kalu bf xde plan niat mau kawin, angkat kaki saja…

      27

      0
      • ash says:

        kami dh pujuk jgn tunggu mamat tu
        dia pn lama dh tawar hati
        tp laki tu mmg pandai pujuk
        kalau kawan sy merajuk
        dia sanggup tunggu siang malam sampai kawan sy beralah
        sanggup dia tidur dalam kereta sanggup amek cuti nk pujuk kawan saya
        heran kan
        tapi bila sebut bab nikah kawen
        diam jer
        bila kawan sy nekad berpisah
        macam2 mamat tu ugut
        tp Alhamdulillah kawan sy x layan

        11

        0
  4. Anonymous says:

    bagus..jgn tunggu lama2. elok dah tu…

    23

    0
  5. Anonymous says:

    pernah jumpa izara kt luar. sweet je org dia…mmg cantik sgt. tak berangan pulak. ok lah. all the best…

    19

    0
  6. saje jer says:

    korang rasa tok kay terangsang tak tengok izara??? kih kih kih

    0

    20
  7. Anonymous says:

    mak ai ingat kepit sana ingt dh jumpa family…apa pn semoga cepat2 kawin…

    13

    1
  8. Yekeni says:

    Nice…. tak banyak hu hah mcm yg sorang tu. Asyik cakap nak kawin, tak kawin kawin. Yg lain tak banyak bunyi, semua dah kawin…

    2

    12
  9. Anonymous says:

    Apsal tgk couple ni ok je..dari Nora Danish & Nedim?

    4

    0
  10. LoveIzaraAisyah says:

    Izara ni comey.btw semoga izara dpt khwn taun ni.love u izara

    1

    0