Itu Pandangan Peribadi Peminat, Bukan Kecaman Dari Shila Amzah – ND Lala

Hiburan

Itu Pandangan Peribadi Peminat, Bukan Kecaman Dari Shila Amzah – ND Lala

Sebentar tadi telah berlangsung sesi penerangan daripada ND Lala mengenai kemelut dan kontroversi yang melanda anaknya, Shila Amzah. Agak panjang juga penerangan tersebut di mana ND Lala telah menggunakan kesempatan bertemu media itu untuk menjelaskan kronologi kemelut ini berlaku. Selepas kronologi kontroversi selesai diterangkan, ND Lala telah menjawab persoalan yang bermain di minda para media.

shila amzah nd lala

Advertisement

Persoalan pertama ialah ‘Kenapa Shila Amzah kecam media Melayu?’. Jawapan yang diberikan oleh ND Lala ialah:-

Shila Amzah tidak kecam media Melayu. Shila repost pandangan peminat. Shila Amzah tidak kecam media Melayu. Ok? Dapat jawapan ini? Ini jawapan kami sendiri yeah. Bukan ada tokok tambah tak, sebab ia tak ada diulas apa semua. Ini yang tepat.

shila amzah

Di atas ialah gambar ‘repost’ yang telah dilakukan oleh Shila Amzah. Seperti yang anda nampak, ia ditulis oleh peminat Shila Amzah yang menggelar diri mereka Shilaamzah_photograph. Apabila ditanya pada sesi soal jawab, kenapa perlu ‘repost’ kerana ia seolah-olah menunjukkan Shila bersetuju dengan apa yang dikatakan oleh peminatnya, Shila menjawab:-

Ia merupakan satu pertanyaan. It was not a statement. It was a question. Actually rasa macam, it makes sense tapi it’s a question. Sha pun ada pertanyaan macam itu pada diri Sha sendiri. So why not I just repost? So bila kan dia punya papbapapom(reaksi yang diterima), oooo. Apa ini??!!!

ND Lala juga turut memberikan pendapatnya mengenai ‘repost’ yang telah dilakukan oleh anaknya itu:-

Adakah kami akan minta maaf? Ok? Kalau repost itu mendatangkan rasa tersinggung yang amat sangat kepada rakan-rakan media yang berkaitan, saya selaku manager Shila Amzah daripada kecik sampai sekarang, untuk topik itu untuk soalan itu, saya rasa untuk menjernihkan keadaan, Shila, kami wajar minta maaf, kalau repost itu mendatangkan salah sangka dan pertikaian. Tetapi secara peribadi, saya melihat bukan isu untuk memanjangkan pandangan daripada orang ramai.

shila

Ada benarnya juga penjelasan daripada Shila Amzah dan ND Lala ini. Bila baca balik memang nampak ia lebih kepada satu persoalan dan bukannya kenyataan. Namun biasalah kekeliruan mudah terjadi kerana tafsiran setiap orang berbeza-beza. Nantikan sebentar lagi maklumat terkini mengenai kontroversi kedua iaitu penajaan syarikat judi dalam menjayakan konsert Shila Amzah.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...