Isu Saya Khianati Ahmad Idham Adalah Mengarut – Pekin Ibrahim

Hiburan

Isu Saya Khianati Ahmad Idham Adalah Mengarut – Pekin Ibrahim

Penerbit serta pengarah, Ahmad Idham sebelum ini ada mengeluarkan kenyataan kepada pihak media bahawa aktor terkenal Pekin Ibrahim telah mengkhianati beliau apabila idea asal pelakon itu  untuk menghasilkan filem Mat Motor telah dilarikan oleh Pekin tanpa pengetahuan beliau selepas beberapa pihak turut memberikan cadangan untuk mengembangkan lagi idea berkenaan.

Advertisement

Enggan lagi dirinya terus dipandang negatif oleh masyarakat, Pekin telah tampil menjelaskan perkara sebenar dan menyifatkan tuduhan Ahmad Idham terhadapnya adalah mengarus sedangkan penerbit itu tidak ada kena mengena dengan projek filem tersebut.

Ini projek dan idea asal saya bersama seorang lagi rakan, Azwan Annuar yang kini sudah meninggal dunia. Bagi menjayakan projek ini, sudah pasti saya mencari penerbit untuk menggerakkan pembikinan filem ini dan diakui Ahmad Idham juga antara penerbit yang disenaraikan.

Tetapi segala mesej menerusi WhatsApp saya tidak dibalas, jadi saya pun cari orang lain. Maka saya anggap dia tak berminat. Kalau berminat, dia dah mula bagi duit untuk mulakan filem ini. Saya tidak khianati dia pun.

Buat Pekin perkara ini tidak perlu diperbesarkan memandangkan penerbit itu tidak memberi respons mengenai perancangan seterusnya filem itu dan beliau juga tidak teragak-agak untuk terus membidas Ahmad Idham sekiranya projek beliau “di ganggu” lagi.

Kalau dia kacau saya lagi, saya kacau dia balik. Dulu saya mungkin budak-budak. Tetapi sekarang saya dah tua. Saya dah sama dengan dia. Saya hormat dia sebagai seorang anak seni. Tetapi kalau saya jadi dia, saya tidak akan bertindak melulu memberi kenyataan media seperti itu. Saya tuan punya karya, suka hati sayalah nak buat dengan siapa.

Kami rasa ini cuma isu tidak puas hati Ahmad Idham kepada Pekin. Jika benar apa yang Pekin cakap itu, sepatutnya Ahmad Idham mengambil peluang yang diberikan dengan baik dan janganlah menuduh jika anda sendiri lepaskan peluang yang sudah terbentang luas buat anda.

Sumber Berita: mStar Online

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...