Isu Sabun Sirih : Zarina Zainuddin Harap Dapat Maafkan Ibunya

Hiburan

Isu Sabun Sirih : Zarina Zainuddin Harap Dapat Maafkan Ibunya

Jika anda mejadi pengikut Zarina Anjoulie di Instagram ataupun memang kaki Instagram, pasti anda akan tahu tentang perbalahan antara Zarina Anjoulie dan ibu kepada pelakon Zarina Zainuddin yang dikenali sebagai Mama Zuras.

Advertisement

Mama Zuras mendakwa Zarina Anjoulie meniru dan mencedok rahsia kecantikannya dan menghasilkan produknya sendiri. Isu paling besar ialah berkaitan sabun sirih dimana Mama Zuras mengatakan sabunnya lebih elok daripada yang dihasilkan oleh Zarina Anjoulie. Sudah beberapa bulan, isu ini menjadi hangat di Instagram dengan pelbagai kenyataan balas daripada kedua-dua belah pihak ( apabila Zarina Anjoulie mengeluarkan kenyataan pasti akan dibalas Mama Zura dan sebaliknya).

Beberapa hari lepas, Zarina Anjoulie mengatakan beliau sudah membuat laporan polis terhadap Mama Zuras kerana tidak tahan diganggu di media sosial dan ia boleh membawa kesan buruk terhadap pernigaannya itu. Menurut Zarina Anjoulie, sikap cemburu Mama Zuras menjadi punca masalah ini berlaku.

Sedar isu ini sudah menjadi panas dan mendapat perhatian ramai, Zarina Zainuddin berharap agar ibunya dapat dimaafkan sekiranya ada membuat kesalahan. Tambah pelakon wanita itu lagi, sebelum ini Zarina Anjoulie dan ibunya sebenarnya mempunyai hubungan yang sangat rapat.

Memang saya marah apabila ada orang yang mengata, mencerca dan menghina ibu kerana siapa pun dia, dia tetap ibu saya dan saya tidak boleh menderhaka dengannya. Zarina Anjoulie ada menghubungi saya mengadu mengenai perkara itu dan saya hanya mampu mendengar saja. Saya tak mahu campur tangan atau jadi ‘batu api’ kerana tak mahu mengeruhkan lagi keadaan.

Apapun saya mahu mereka berdamai. Takkan Zarina Anjoulie tidak terkenang langsung hubungannya yang amat rapat dengan ibu saya dulu. Sebagai anak pula, jika ibu saya yang bersalah, maafkanlah dia. Jangan dipanjangkan lagi isu itu. Ia adalah rezeki masing-masing dan tidak perlulah kita bergaduh kerananya.

Kata Zarina Zainuddin itu ada betulnya, rezeki masing-masing bukan? Untuk apa kedua-dua pihak mahu menegakkan benang yang basah. Satu lagi, pergaduhan dan saling berbalas kenyataan di media sosial hanya akan mengeruhkan lagi keadaan.

Macam kata-kata singh dalam filem P. Ramlee, “Lu punya nasib lu makan dia punya nasib dia makan, apa salah makan sama-sama.”

Sumber Berita : Harian Metro

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...