Isu Persenda PM : Najip Ali Diberi Tempoh Sehingga Jumaat Ini Untuk Mohon Maaf

Hiburan

Isu Persenda PM : Najip Ali Diberi Tempoh Sehingga Jumaat Ini Untuk Mohon Maaf

Selebriti Singapura dan juga juri tetap bagi program Maharaja Lawak Mega 2017 ( MLM 2017), Najip Ali harus memohon maaf secara terbuka kepada rakyat Malaysia gara-gara mempersendakan Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Najib Tun Abdul Razak menerusi sebuah rancangan popular Singapura, OK Chope!

Advertisement

Zed Zaidi yang merupakan Presiden Persatuan SENIMAN Malaysia berkata pihaknya memberikan tempoh sehingga hari Jumaat ini untuk Najip Ali membuat permohonan maaf dan akan membuat laporan polis jika Najip Ali gagal untuk berbuat demikian.

(Jika Najip enggan memohon maaf) Kami juga cadangkan supaya Najip disekat daripada membuat penampilan dalam rancangan televisyen Malaysia.

 

Dalam rancangan itu yang diterbitkan oleh Mediacorp 5 milik Temasek Holdings, peserta diminta melengkapkan ayat: “Najib slams … for threatening Malaysia’s progress”. Para peserta program itu termasuk Najip Ali, memberikan pelbagai jawapan yang dilihat menghina dan mempersendakan perdana menteri.

Sumber Berita : Media Hiburan

Kredit Video : khnfrz media 2.0

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...