Written by AbangNara | October 13th, 2012

Kalau anda masih ingat, Zed Zaidi satu ketika dahulu pernah mempertikaikan sama ada Randy Pangalila mempunyai permit untuk berlakon di Malaysia. Semenjak kontroversi itu, tuan punya badan, Randy Pangalila tidak pernah mengeluarkan apa-apa kenyataan balas mengenai kata-kata Zed Zaidi ini.

randy pangalila

Namun menerusi Kosmo hari ini, Randy Pangalila tampil menyatakan yang isu permit ini hanyalah satu salah faham. Menurut Randy, sebelum mula berlakon di Malaysia, perkara pertama yang ditanyakan ialah mengenai permit. Kata Randy:-

Saya melihat isu ini sebagai satu salah faham sahaja. Jadi saya tidak mahu memperbesarkan isu ini. Sebenarnya, daripada pihak produksi Micheal Ang, mereka telah mendapatkan semua keizinan untuk saya berlakon di sini kerana bagi saya itu perkara paling utama buat diri saya. Sebelum hadir ke Malaysia untuk berlakon, soalan pertama yang saya tanyakan ialah adakah saya telah mendapat keizinan berlakon di sini (Malaysia). Ini kerana saya sedar saya pelakon luar dan tidak mahu menjadi seperti pendatang. Saya rasa semuanya telah jelas dan permasalahan ini hanyalah salah faham.

Bagus sungguh Randy Pangalila kerana ada awareness yang macam ini. Diharap Zed Zaidi membaca apa yang diberitahu oleh Randy di dalam suratkhabar Kosmo hari ini sekaligus menyelesaikan segala kontroversi yang timbul. Kepada Randy, jangan lupa untuk renew permit bila sampai waktunya. Kang tak pasal-pasal kena tangkap pulak. Hehehe.

randy pangalila
P.S: Jubah hitam ekslusif yang akan dikeluarkan oleh Gudang.MY minggu hadapan. Berminat? Jangan lupa LIKE Facebook Gudang.MY untuk stay up to date.

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

31 responses to Isu Permit Hanya Salah Faham – Randy Pangalila

  1. aisy says:

    entah apa2 la zz ni.x boleh org lebih ckit.

    0

    0
    • i'm not a monster says:

      ni lah jadi bila suka sgt bawak masuk org luar, org malaysia ramai yg berbakat tapi x cari…pergi cari org luar

      0

      0
      • jenn says:

        mcm mn nak majukan industri seni kita…kalau x nak kjasama ngn artis luar.Artis kita ke luar negara boleh pulak…

        0

        0
      • Raja minah jambu 24jam mengadap computer says:

        pelakon malaysia mana ada muka macm si jantan sekor niiiiiiiii !! kt indonesia pon tkde muka yg macam jamal abdillah or Amy search apeeeeeeeeeeeeeeeeee yg kau nk remeh temegh kan ni eeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeee tk paham betol lh !!

        0

        0
      • sokong zed zaidi. jangan dibagi muka sangat

        0

        0
      • kita semua sepakat di kampung hai pening lalat, kata zed zaidi.

        0

        0
      • ketegasa tu perlu..baru ada displin..dn bermaruah sesebuah negara tu..dn lebih dihormati oleh orng2 luar.. says:

        zed zaidi buat mcm tu pun bagus jgak…sekurang2ny dia tegas dlm sesuatu perkara nk2 yg melibatkn perkara seperti ni..supaya orng2 luar tk bolehlh buat sesuka hati dia je..apa2 mesti ada peraturan.. baru anak bangsa kita pn bleh belajar sifat tegas dn berdisplin mcm dia..orng2 barat dn orng2 negara lain pn bnyk yg tegas nk2 jg dlm hal ni..tu pasal negara2 dorang tk banyk muka pendatang asing bersepah dn susah nk ada pendatang asing yg tanpa permit…pasal tu jg orng2 dn artis2 dr luar pn kena lebih menghormati keputusan apapn dr negara2 mereka dn tklh orng2 luar dn artis2 luar masuk sesuka hati je…mesti negara2 dorang pn letak syarat2ny jg….

        0

        0
    • KAK CHAM KUAT GOSIP & TIDO KAT TADIKA says:

      MINTA MICHEAL ANG BAWA MASUK PELAKON EZA GIONINO PLAK PLEASE! SETIAP HARI AKKA CHAM LAYAN CITE REMAJA SEKOLAH “PUTIH ABU-ABU”..KAK CHAM C EZA GIONINO TU JAUH LG HENSEM & JAMBU DR C RANDY NI… MEREMBES KAK CHAM TGOK!

      0

      0
  2. ct says:

    x sia2 astro bw dia masuk.cz dia mmg berbakat.nk dicompare dgn zz.hampeh.org yg benar2 berbakat boleh pergi lebarkan sayap mereka ke luar.

    0

    0
  3. power rangers kaler pink says:

    yes..first
    handsomenya Randy Pangalila..

    0

    0
  4. ............ says:

    baik randy atau zz..dua2 aku x minat….seorang president seniman y hnya pada nama jer n seorang lgi artis indon…k..baiiii…

    0

    0
  5. mixgirl says:

    ada time aku minat kt mamat indon nie…tp bl pk 2x aku x eran sbb dh ramai nau rakyat indon kt m’sia nie smpai buat negara kita dh mcm negara dia pula…benci!!!!

    0

    0
  6. haH? says:

    hero melayu lembik mcm bapok! zed zaidi antaranya…

    0

    0
  7. Prince Noob says:

    betul cakap zed zaidi. orang indon yg datang malaysia kerja buruh atau berlakon sama sahaja, perlu ada permit kerja, takde pengecualian

    0

    0
  8. shahrizal jaszle jambu says:

    nmpknye skrg klu artis luar nak berlakon/menyanyi kat msia semua nak kene check permit dulu..

    0

    0
    • Raja minah jambu rindu ngan izwan pilus 24jam mengadap computer says:

      mana mana negeri pon lah kalau nk keja atau berlakon bisnes semua nk kena ada permit kerja baru boleh…….kalau tk dh kire pekerja haram !!!! minah jambu simpati ngan azean herdawati dia sakit n sakit dia kali ni makin terok ada ketumbuhan kt kepala dia ….mari kite sama sama mendoa kn semoga azean cepat semboh dari penyakit nye dn kembali berlakon…

      0

      0
  9. adik adam says:

    Bantuan ehsan anda amat-amat diperlukan & dihargai. Doakan buat adik Ahmad Adam Syukri. Adik Adam telah mengalami masalah gangguan saraf otak sejak lahir atau lebih dikenali sebagai BRAIN DAMAGED Severe HIE (Hypoxic Ischemic Encephalopathy).

    Adik Adam memerlukan sumbangan, memandangkan ibunya telah ambil cuti tanpa gaji untuk menjaga Adik Adam. Sumber pendapatan hanya dari ibu dan neneknya sahaja.

    YANG BERMURAH HATI – LINK VIDEO – ADAM

    Sumbangan amat diperlukan.

    0

    0
  10. jjang nara says:

    klo ad sape2 yg lyn cter indon yg cinta fitri dlu yg tb9 tu c randy ni ad blakon…wtak xtra je xp byk jgk scene dy n mse tu dy tgh kapel gn plakon indo nme donita cunn gler seyyyhhha agknye skg da clash kott….mse tu rmbot randy pjg sket n npk jambu dr skrg ni…

    0

    0
  11. upin ipin says:

    Ala…zz tu dengki jer ngan c randy ni sbb randy lg handsome dr zz yg blakon acah macho…pdhal x macho pon…apelg nk kate hensem!
    Buwekkkk…!
    Go randy go…

    0

    0
  12. zz ni gelabah lebey yelah indon2 yg berlakon sini bukan desperate mcm pendatang haram..

    0

    0
  13. Anonymous says:

    eleh eleh orang bilang, org indon bodoh
    tp tidak ku sangka di MALAYSIA, yang bergelar PRESIDENT lagi bodoh
    main hentam tidak selidik dulu, akhirnya sendiri MALU banyak yang KUTUK
    lain kali bijak2 lerrrr sikit,,

    0

    0
  14. Chantek says:

    tak boleh ke nak siasat dulu sebelum nak cakap bukan2 pasal orang lain???

    memalukan diri sendiri jek ZZ ni..

    0

    0
  15. syampu sunsilk says:

    xsabar nk tggu drama Dalam Hati Ada Taman….ganten banget seh mamat Randy neh..jgn marah ye pengomen2 sume ..kalu marah i love u..

    0

    0
  16. jim says:

    Aku tak dpt nak fokus baca article ni sebab asyik terpandang iklan gambar jubah tu. Model2 tu muka mcm terpaksa je…

    0

    0
  17. […] Isu Permit Hanya Salah Faham – Randy Pangalila (30) […]

    0

    0