Isu Perlekehkan Juruterbang Berbadan Besar : Kevin Zahri Mohon Maaf

Hiburan

Isu Perlekehkan Juruterbang Berbadan Besar : Kevin Zahri Mohon Maaf

Semalam, pakar kesihatan Kevin Zahri menerusi status Twitter beliau,  mendakwa penerbangan beliau daripada Kuala Lumpur ke Brunei tertangguh selama 30 minit  kerana juruterbang lewat.

Advertisement

Menurut Kevin, juruterbang berkenaan kelihatan tercungap-cungap ketika ke pesawat kerana mempunyai bentuk tubuh badan yang besar.

Gara-gara “tweet” berkenaan Kevin dikecam hebat oleh netizen yang menganggap beliau tidak harus mengeluarkan kenyataan sebegitu sedangkan beliau merupakan pakar motivasi didalam program Jom Kurus  1 Malaysia (JK1M) yang membantu ramai orang yang berbadan besar untuk menurunkan berat badan.

Walaubagaimanapun, Kevin telah tampil memohon maaf atas isu berkenaan dan beliau sebenarnya tiada niat untk menghina juruterbang tersebut.

Harapnya ia menjadi pengajaran buat semua orang agar tidak mengeluarkan kenyataan yang sensitif di media sosial. Kadang-kadang dalam berkata kita tidak sedar ia boleh mengguris hati orang lain.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...