Written by AbangNara | December 18th, 2014

Isu pengacara daripada kalangan pelawak ternyata menjadi bualan hangat sejak kebelakangan ini. Ia bermula apabila Awal Ashaari melahirkan rasa kekesalannya dengan pihak penganjur yang lebih gemar melantik pelawak sebagai pengacara dan mengenepikan pengacara serius seperti dirinya. Luahan hati Awal Ashaari telah mendapat reaksi daripada rakan-rakannya yang lain seperti AC Mizal, Aznil Nawawi dan Zizan yang nyata tidak bersetuju dengan pendapat tersebut.
awal ashaariBoleh dikatakan kenyataan Awal Ashaari itu telah menimbulkan rasa kurang senang kepada pelawak-pelawak yang turut sama menceburkan diri dalam bidang pengacaraan. Tidak mahu mengeruhkan lagi keadaan, Awal Ashaari telah tampil di akaun Facebooknya dan menjelaskan apa sebenarnya yang dimaksudkan dengan kenyataan sebelum ini. Tulis Awal:-

Assalamualikum wbt.

Lama rasanya tak menulis di Facebook tetapi hari ini terpanggil untuk menulis bagi menjernihkan keadaan yang semakin keruh dek penulisan-penulisan yang kurang sensitif oleh segelintir pelapor.

Berkenaan isu saya marahkan pelawak sebagai pengacara. Let me make it clear, that saya TIDAK pernah menimbulkan isu itu sebaliknya saya DITANYA soalan; “Apa pendapat saya apabila sekarang lambakkan pelawak-pelawak diangkat menjadi pengacara?”

Sudah tentu apabila ditanya, kita harus menjawab dan sebagai seorang “senior” bak kata sesetengah orang tu, sudah tentu jawapan yg saya berikan tidaklah ‘sebodoh’ itu untuk membuatkan rakan-rakan pengacara hebat diluar sana terasa. And obviously bukan nak menceritakan kelemahan saya tanpa sedar, as claimed.

Sudah 11 tahun saya mengacara, tak pernah sekali pun saya ada masaalah dengan pengacara-pengacara seangkatan dengan saya, cuma lately ni memang saya akui yang pengacara komedi lebih mendapat tempat dihati penonton disebabkan peredaran semasa. Isu itu tidak sedikit pun menggangu saya, because I know my strength and I know who is my target audience. Saya tidak sedikit pun rasa terkesan dengan keadaan semasa sebab saya masih lagi ada pengikut saya dan Alhamdulillah, rancangan saya tak putus-putus keudara di kaca TV.

Cuma rasa tak sedap apabila komen yang diberikan disampaikan dengan cara yang tidak sensitif. Ianya ibarat sengaja ingin mengundang salah faham diantara saya dan rakan-rakan pengacara yg lain.

Buat rakan-rakan pengacara saya yg saya hormat, you know how the entertainment works. Sometimes what you said is not what actually reported. Jangan salah anggap disini. Saya bukan juga menyalahkan rakan-rakan media saya, cuma our pemahaman tentang sesuatu isu itu berbeza dan kadang kala, ia disalah tafsir oleh segelintir orang. Interpretation seseorang penulis itu mungkin berbeza dengan apa yang selalunya dikomen. Kadangkala sesuatu komen itu sukar utk diulas kerana ababila diulas, maksudnya dah jadi lain.

Saya pernah bekerja dengan pelawak. Zizan merupakan ex-co host saya dalam Melodi selama 2 tahun and he is a good friend of mine. Setiap kali Johan mengacara, saya ketawa terbahak-bahak. Saya selalu rasa FBI tu seorang pengacara yg sangat baik. Abang AC Mizal, he is ABP Pengacara Paling Popular and I always enjoy his sense of hosting. Zulin & Sherry Al haddad are my partners dalam Melodi sekarang ni, – ADAKAH SAYA SENGAJA MEMBANGKITKAN ISU INI UNTUK MEMBUATKAN MEREKA INI TERASA? Am I that brave to dig my own grave?

Kepada yang terasa, saya mohon maaf. Bukan niat saya mengatakan apa yang anda semua baca. You guys know that you’re better than that.

Cuma memang saya ada kata yg segelintir organizer mitak saya melawak ketika bekerja. That is beyond my control. Saya mintak maaf, saya bukan pelawak.

Untuk TV stesen pula, rasanya mereka memang bijak memilih pengacara bagaimana yang sesuai untuk program yang macam mana. So far, saya selalu dapat program yg betul-betul makanan saya. Tak pernah pulak disuruh melawak tak tentu hala sbb saya naturenya bukan seorang yg kelakar.

To my beloved press member, saya menyeru kepada semua supaya kita masing masing pandai jaga nama baik dan periuk nasi kita. Youre a gatekeeper between us, and the public. Tulislah dengan penuh sensitivity supaya perkara begini dapat dielakkan. At the end of the day, we are one small community and we might end up work or bumped into each other. Tak perlu juga nak panjang-panjangkan isu ini. Rezeki ditangan Allah, ada dimana mana.

Saya harap rakan-rakan pengacara lawak saya tak sentap lama lama.

Ok lah, I nak siap. Nak pergi kerja. (haaa..nampak tak yg pengacara serius pun ada job tak putus putus? ) Alhamdulillah.

awal ashaari

Panjang lebar penjelasan daripada Awal Ashaari. Bagus sungguh ayat-ayat yang digunakan. Jelas sejelas-jelasnya. Semoga ia dapat menjernihkan keadaan. Tak guna bergaduh dan bermasam muka sesama sendiri. Industri hiburan kita pun kecil je. Pergi sana pergi sini, akan jumpa orang yang sama juga. Tak gitu? Sesungguhnya rezeki di bumi Allah ini amat luas dan selagi kita berusaha, Insya Allah rezeki tak putus-putus akan kunjung tiba.

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

38 responses to Isu Pengacara Daripada Kalangan Pelawak, Awal Ashaari Beri Penjelasan Lanjut

    • mutiara says:

      nak jugak tulis camtu, ayat yg last tu..
      ape2 lah labu..dah kena baru terngadah

      0

      0
      • k says:

        poyo la mamat ni nyampah..

        0

        0
        • Yahudi says:

          ingatlah rezeki datang daripada Allah .

          0

          0
        • Anonymous says:

          Serius beb… Lu lah manusia paling POYO gua penah jumpa… baca lu pynya statement pun dah tahu tahap Ke’poyo’an yang setahap dewa. Kalau ada anugerah POYO terbaik, mmg milik lu la beb… mungkin 20 tahun berturut, Hatrick… streak..!!!. Klu lu kurangkan sikit perasan famous lu tu, maybe lu boleh se’legend Pak Nil. Tapi mustahil la lu boleh kurangkan… sebab lu DEWA POYO.

          0

          0
        • Bedah says:

          Bongkaknya..

          0

          0
      • guna otak says:

        setuju. nampak benor backtrack statement sblm ni. watever lah awal!

        0

        0
    • Zizan Kalah ABP says:

      perghhhh! memang poyo gile babeng… orang da hampir lupa kes tu, dia saje nak naikkan balik kes… bodoh punya awal… kalau da dkt 2 minggu baru nak buat U-turn, g mamposss ler… memang la byk job mengacara sana sini, itu pn sebab kesian! HAHA.. kang xde duit nak bagi lara makan.. melara la dia.. wakakaka

      0

      0
      • kesian says:

        kalo ye pon ko x pyh la nk nyebut2 name anak die.. ape dosa budak kecik tu…ko ni agak nye x de anak kot..klu anak ko la yg disebut2 benda x elok tu,,bru pdn ngn muke ko..

        0

        0
      • nama anakjanganmain says:

        betul tu.melampau2 la comment kau. jgn la sampai mcmtu

        0

        0
  1. liza says:

    if there’s a will, definitely there’s a way.. believe in whatever you can achieve, insyallah you will be fine ..

    0

    0
  2. nok gebuzzz says:

    tu kan rezeki masing2…ko pun bukan tak de job langsung,bersyukur ape yg ada…Inn syaallah rezeki ada dimana2

    0

    0
  3. jemah pkasam says:

    blagak snguh awal..lngsung x minat.pngacara melodi ambik jihan la klu rasa nk slamatkan nyawa melodi..jihan muse ogy ahmad daud jr..

    0

    0
  4. Anonymous says:

    ayat yang last tu, perlu ker?

    0

    0
  5. ubi says:

    ya ampun…takbur dan riak menganjeng sgt ayat last tu…Ok lah, I nak siap. Nak pergi kerja. (haaa..nampak tak yg pengacara serius pun ada job tak putus putus? ) Alhamdulillah.-ish3 sudah2 la bg statement awal..bukan jadi jernih tp makin buat org menyampah dan benci ngn ko..makin keruhhhhh..apeke poyo amat mamat ni…rezeki masing2…tutup mulut jelah..ada rezeki ada, xd rezeki usaha..bukan kondem rezeki org…ish3

    0

    0
  6. poyo betul si awal nie says:

    awal sejak mula kawen sampai da ade anak asyik nak over je.
    mcm la ramai peminat dia.
    mulut mcm pompuan.

    0

    0
  7. Anonymous says:

    seriously???schaa…ko tak malu ke ada laki mcm ni mulut laser ya rabbi…ko nasihatla ckit laki ko tu…jgn nak cari publisiti murahan plak yer..tak lama lagi ko takde dapat job baru padan muka kau awall…baru ko tau awal dan akhir mcm mana..tak pasal2 c lara yg akan melara bila daddy dia takde job..berlagak mintak ampun la ko ni awal dan akhir oiiiii…menyampah rakyat Malaysia ngn ko ni laaaa…asyik sindir org je..tak sgka plak aku mulut kau sgguh laser…

    0

    0
  8. ... says:

    tak mo insaf2 gak dia.. aku terus boikot melodi .. lalalalala

    nak dekat2 sama riak mcm azwan ali…

    0

    0
  9. eric says:

    membosankn…pengacara bahasa rojak!

    0

    0
  10. YNA says:

    nape makin sombong ek awal n scha ni…emhhh..aku dh unfollow korang 3beranak..wlpun lara xtau pe2.dont teach konon…………….

    0

    0
  11. Aku says:

    Kalau tgk melodi, time awal ckp, aku mesti wat menda lain dlu..da ada story br tgk tv blk…

    0

    0
    • FedUP says:

      a’ah la…aku pon camtue gak, bila tgk si Awal nie cakap,trus wat benda len dulu. then bila da story baru nak tgk balik

      0

      0
  12. Anonymous says:

    Harap pelawak2 kt luar sana tolong buat lawak pasal mamat ni ye. kah kah kah

    0

    0
  13. hana says:

    A man should always be humble. Yang last tu *sarcasm

    0

    0
  14. peminatschawal says:

    korang ni semua sebenarnya dengki dengan rezeki diorang.. kan kan kan?

    0

    0
  15. awal dan akhir says:

    poyo, berlagak, attention seeker, gila glamer

    0

    0
  16. feeling annoyed says:

    alah poyo dan perasan bagus je si awal ni, laki bini sama jelah korang ni. Aku rasa awal yg dengki bila pelawak jd pengacara, maklum la…banyak rancangan skg ni Nabil yg jadi pengacara.Then Jihan pn dh mula naik jd pengacara. Dia jeles la tue…alih2 jd pilihan terakhir #mentorLegend….hahahaha… Tu yg xpuas hati sgt tu kan…

    Hello….pelawak ke x pelawak ke, kalau dia bagus…org akan suka tau. Bukan mcm ko, pengacara serius konon, tp aku tgk ko yg tergedik nk buat lawak tak menjadi..hehehehehew ;p
    Dan si awal ni suka nk hentam org lain kan…ko ni perangai kalau tak jaga dr skrg, nanti boleh jd meroyan mcm Azwan Ali tau..kahkahkah ;p Jgn nk jadi second AA pulak yer…kikikih Btw, aku mmg tak pnh minat lgsg si awal dan akhir ni. Lagi2 psl kes reviewIg tu..huh sgt la nampak ketara yg ko hadap duit seller utk bayo kau kannn sbb tu meroyan org spam, hello Fasha Sandha tu lg glamer,diva,meletop dan kaya takde heran pon dia org spam ig dia.. Nampak beno ko ni mharap pujian melangit dr follower ko sampaikn tak bole lgsg teselit promote spam tu kannnnn.. Phuihh belagak nau ko ni awal, baru dpt bini si kembang kalao dpt secantik Fazura tu aku tak tahu diva tahap mana ko nti.
    Ingat x dulu ko kawen pn pnh mintak sponsor sana cni utk support wedding of the world ko tu, org support, DOA kn ko, org sokong karier ko…org minat ko, sayang anak ko…tp sebab sekelumit spam dr seller2 picisan ni jer ko dh meroyan marah2kan org… Dasar tak tau bersyukur. Lupa Daratan!!!

    0

    0
  17. yong says:

    Saya setuju dengan pendapat awal. Pengacara yang serius perlu diberi ruang. Pelawak yg jadi pengacara kadang-kadang melawak tak kena tempat. Mcm dlm anugerah AIM baru2 ini zizan nampak kurang cerdik dengan lawak yang tak kena tempat. Ingat masa Adibah Nor dan Aflin jadi pengacara, mereka buat lawak juga tapi tak nampak bodoh dan memperbodohkan orang lain.

    0

    0
  18. sya says:

    Betul la awal cakap, dia x pandai melawak so kalo suruh melawak mmg dia x nak sbb dia bukan pelawak. Cuma salah tafsir oleh wartawan yg tanya, tup2 jadi isu. thats why kena clarify betul2 bila nak tulis. Bila silap dh jadi fitnah.

    0

    0
    • mutiara says:

      laen kali tak payah tunggu wartawan tanya..buat je ayat sendiri kat fb ke insta ke. sebenarnya die dah ada ayat. tup2 alasan wartawan tanya. wartawan pulak yg kena. tu boleh je tulis kat atas tu

      0

      0
  19. Kamjat Musibat says:

    Awal + Kamjat = Kamjat Musibat

    0

    0
  20. Tasha says:

    Awal ni makin berlagak. Baru 11 tahun kat industri pengacaraan dah mcm taik. Please la Awal bodoh, awak jangan nak salahkan pengacara pelawak klu awak kurang job. Sebab itu bukan salah sesiapa tapi salah diri sendiri. Lama kelamaan org dah tak nak ambil awak dah sbb pihak produksi tau ramai org dah tak nak tgk muka awak kat TV. Sebab apa? Sebab perangai awak teruk. Berangan nak jadi mcm artis hollywood ker? Tolongla ubah perangai bodoh sombong awak tuh.

    0

    0
  21. Biskut says:

    sama la mcm menteri2 kat luar sana. slalu jer media yg slh konon memutar belitkan statement dorg….

    0

    0
  22. Audrey says:

    Honestly, aku dulu pernah ada pengalaman interview oleh sorang wartawan. Tujuannya untuk ruangan Remaja ke apa tak ingat, dalam surat khabar. Masa interview, aku ingat lagi, aku takde la cerita banyak benda pun. Sekali bila keluar artikel, ada banyak ayat yg aku tak pernah sebut pun. Aku gelak2 baca artikel tu sebab memang bagus sungguh ayat-ayat tu, dan aku tak pernah terfikir nak keluar statement macam tu.

    So, ayat diputarbelit atau direkacipta oleh wartawan ni sebenarnya memang berlaku.

    0

    0
  23. loganathan says:

    mmg klau ko ..ckp wartawan ske tmbah ayat…dh skarang bila ko nak clearkan keadaan…tpi tetap ayat yg ditaip…oleh owner sndiri..mcm nie..mmg bleh nmpak…lar..
    statement yg sbnar dri spe kn…haish.

    0

    0